Monday, March 10, 2014

Kehilangan Pesawat MH370

Assalam dan selamat pagi bloggg...

Pesawat MH370 dari KLIA ke Beijing telah dilaporkan hilang pada 08/03/2014, Ahad. Sudah masuk hari ketiga pesawat MH370 hilang. Masih belum ada khabar tentang penemuan mereka. Kehilangan ni mula dikesan apabila Pesawat MH370 hilang dari radar dan tidak dapat dikesan oleh menara kawalan pada pukul 2.40 pagi waktu Malaysia. Isu ni sangat-sangat mengejut orang Malaysia dan seluruh dunia sebab ianya melibatkan 14 buah negara berdasarkan 227 penumpang, 2 bayi, dan 12 krew Malaysia Airlines.

Apa yang paling menyedihkan, terdapat beberapa individu dan wartawan-wartawan yang tak bertauliah cuba menyebarkan berita-berita palsu dan membuat spekulasi sendiri. Saya pun tak tahu dari mana mereka dapat berita-berita tu. Kebanyakannya adalah mereka dengar dari internet dan orang sebelah menyebelah mereka. Kalau tengok di FB, majoriti cerita pasal kehilangan MH370 ni, tapi sangat menyedihkan apabila ada pula segelintir manusia yang pandai-pandai buat lawak dan ambil kesempatan ataus kehilangan MH370.

Sekarang ni, hanya mendengar berita dari live streaming ja yang saya mampu lakukan disamping mendoakan keselamatan penumpang-penumpang dan krew-krew MH370.

Setiap kejadian, pasti ada hikmahnya dan hanya Allah SWT saja Yang Maha Mengetahui. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk kepada kita semua dan pasukan penyelamat Search and Rescue (SAR) untuk mencari di mana kedudukan sebenar pesawat tu dan penumpang-penumpang serta krew-krewnya sekali.
Kita tak mampu menyuruh orang untuk berhenti membuat spekulasi sebab itukan mulut orang, kita mana boleh tutup, so hannya doa yang mampu kita kirimkan supaya mereka semua selamat dipertemukan dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Jangan berhenti berdoa. Buat masa ni, seluruh Malaysia telah mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang-penumpang dan krew-krew MH370. So, daripada kita sibuk-sibuk membuat spekulasi yang entah apa-apa tu, lebih baik kita mohon pada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan pencarian ni.

Bye dan Wassalam ^_^



1 comment:

D.Shahril Hakime said...

sama2 le kita berdoa..agar deme ni selamat semuanya...

Please..Leave Your Name Here...