Monday, February 17, 2014

Blog vs Vlog

Assalam dan hepy blogging…

Tahu tak apa perbezaan blog dan vlog???

Orite, meh sini saya bagitau. Blog tu sebenarnya adalah suatu laman sosial yang lebih bersifat seperti diari, dan apa yang lebih nyata tentang blog ni adalah ianya hanya melibatkan tulisan, pembacan dan gambaran. Ala kasi pendek cerita, blog tu adalah yang macam saya taip ni la. Entry-entry yang saya taip dan laman ni adalah sebenarnya blog.

Vlog pula adalah tentang video. Pengguna hanya perlu menggunakan video yang telah dirakam dan upload video tu, contohnya kat youtube.

Hah tu la bezanya antara blog (typing) dan vlog (video). Sekarang ni, di zaman yang serba teknologi ni, pengguna dah tak segan-segan dah nak upload video mereka kat youtube. Ada juga blogger dan vlogger aktif yang jadi famous hanya disebabkan hasil tangan mereka tu.

Ermmm memang senang kan nak famous, tapi bukan senang nak jadi famous yang disegani. Kebanyakan yang saya tengok pengguna blog atau vlog sekarang  ni famous dengan memalukan diri sendiri. Tapi ada juga blogger yang famous sebab intipati dalam blog mereka tu adalah berkenaan cerita-cerita hangat dan info semasa. Ya la, kan zaman sekarang ni, manusia lebih bersifat “mengambil berat” aka busy body. Jangan hairan pula kalau hal-hal yang kecil akan menjadi besar. Semua benda nak dijadikan isu. Contoh blog yang famous sekarang ni adalah beautifulnara dan murai, ada juga blogger-blogger lain yang famous tapi saya tak ingat dah namanya, dulu-dulu saya tahu la. Hehehe.

Manakala vlog pula, lagi meletop. Hanya kerana satu video, sudah cukup membuatkan seseorang tu famous tahap gaban dan ada juga sebahagiannya menjadi trend atau ikutan orang lain. Antara vlogger yang dapat kita lihat sekarang ini adalah matluthfi90. Saya suka tengok video-videonya sebab banyak pengajaran dan info semasa yang dia terapkan dalam videonya tu, tambahan pula videonya semua memang gila-gila lucu, tau tak. Ok , vlogger yang seorang ni pula mesti korang sangat-sangat kenal iaitu awek legoland dengan trendmark nya “macam comel jer, macam cantik jer”..sampaikan artis-artis pun dah terikut-ikut trendmarknya tu. Kalau korang search kat youtube, mesti ramai vlogger-vlogger yang korang akan jumpa, macam-macam ragam ada.

Kalau saya la disuruh buat vlog, hishhh tak nak la saya, buat malu diri ja. Cukup la saya berceloteh-celoteh kat blog ni. Lagi pun, kalau blog, rasanya ramai yang tak layan kot, ya la, kan manusia sekarang ni ada yang malas nak membaca dengan perkataan yang berjela-jela ni, dorang lebih suka layan video yang lawak-lawak.

Takpa, lagi pun saya lebih suka kalau blog saya ni kurang pembaca. Boleh la saya taip apa-apa ja yang saya suka. Hehehehe.

Ok la, tu jak untuk hari ni.

Bye dan Wassalam ^_^




Apa Yang Patut Diterapkan Dalam Drama Atau Filem Melayu???

Assalam dan hepy blogging…

Tentu ramai yang suka tengok drama dan filem melayu kan. Walaupun kadang-kadang ada juga drama atau filem yang memang tak logik jalan ceritanya. Hehehe

Tapi kan, kadang-kadang terpikir juga, betul ka drama-drama atau filem melayu ni kebanyakannya hanya berunsurkan cinta, gangster, seram dan komedi saja???

Bagi saya, ya memang kebanyakannya adalah berunsurkan empat tu ja.

Kalaulah saya ni seorang penulis atau pengarah, saya nak cerita tu ada diselitkan unsur-unsur ilmiah atau pengetahuan am sikit. Ala kalau tak dapat jadi pengarah atau penulis pun, cukup la saya jadi sebagai pemberi cadangan, sebab saya ni sebenarnya takda bakat pun untuk jadi seorang pengarah yang berwibawa ataupun penulis yang penuh kreatif dan inovatif.

Apa yang saya maksudkan di sini, adalah cuba kita ambil contoh sikit berdasarkan cerita dari filem Spectum 3D, cerita tu kurang menonjolkan unsur tentang cinta tapi ianya lebih kepada thriller. Cerita tu adalah berkenaan sekumpulan peneroka atau pengkaji yang telah menjumpai sebuah gua misteri di dasar laut. Dan apa yang saya dapat perhatikan dari filem ni, ianya banyak memberitahu kita bahawa terdapat tempat-tempat misteri di dasar laut yang belum diterokai oleh manusia. Cerita ini juga ada menonjolkan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang penyelam sebelum menyelam ke dasar laut yang mana suhu di bawah dasar laut yang mempunyai kedalaman kira-kira beberapa kaki adalah mempunyai suhu yang agak rendah dan sejuk, dan dari filem ni juga, ianya mengajar kita bagaimana kehendak manusia yang mempunyai sifat ingin tahunya yang tinggi terhadap ciptaan hebat itu dalam menyelami cabaran-cabaran untuk membongkar sebuah misteri gua. Sebenarnya saya tak tau nak explain, tapi klu korang dah tengok filem tu, mesti korang paham apa yang saya maksudkan.  Pada masa yang sama juga, kita ni sebagai penonton, tak akan jangka bahawa rupanya ada tempat seumpama itu kat dalam dasar laut. Ini lah yang saya maksudkan sebagai pengetahuan am.

Selain itu, kalau kita dapat bandingkan juga antara drama filem melayu dan western, memang ada perbezaannya. Memang la perbezaan wayang melayu dan western adalah dari segi kebebasan dan pergaulan antara pelakon-pelakon, tapi bukan itu yang saya nak beritahu sebenarnya. Cuba korang perhatikan kat wayang melayu, kalau dorang kata watak si pelakon tu adalah seorang yang genius, mereka hanya tonjolkan sebagai genius yang dikhabarkan oleh si pelakon tambahan, takda bukti kukuh yang menunjukkan si watak ni adalah genius. Then, cuba pula korang tengok filem High School Musical 1, dalam cerita ni, dikatakan si heroin adalah seorang yang genius, suka membaca dan kurang bersosial.  Apa yang saya lihat dari watak si heroin ni, pengarah telah menunjukkan bukti yang si heroin ni adalah seorang yang genius, buktinya adalah apabila scene kat dalam kelas, si heroin tu dengan beraninya telah menegur dan memperbetulkan kesalahan dalam pengajaran lecturer nya dengan menerangkan pembetulan tu secara terperinci. Bukti genius yang kedua pula adalah melalui scene budak-budak kolej tu cuba mengaplikasikan bahan-bahan teknologi mereka dengan menyambungkan wayar-wayar yang dapat menghubungkan video secara langsung bagi memisahkan hubungan si hero dan si heroin. Yang ni la baru dikatakan genius, boleh melakukan apa yang mustahil, bukannya genius yang hanya dicakap di bibir sahaja, pastu tup tup dapat markah 100% or A++. Macam tak logik ja…

Bagi saya la kan, apa yang saya inginkan dalam sesuatu drama atau filem, adalah bukannya yang fokus kepada unsur cinta-cinta, perebutan harta dan iri hati semata-mata, tapi saya inginkan sebuah drama atau filem yang diselitkan dengan pelbagai variasi dan apa yang penting adalah serba sedikit cerita ilmiah dan pengetahuan am yang dapat ditonjolkan dalam drama atau filem.

Kalau setakat cerita-cerita yang berunsurkan cinta ja terus, lama-kelamaan penonton akan jadi bosan dan dah dapat agak kisah at the end nya, para penonton tertarik dengan sesuatu cerita tu pun disebabkan pelakon-pelakonnya yang mantap, cantik, dan hensem, walaupun cerita tu asyik-asyik tentang kisah yang sama ja. Melalui pemerhatian saya la kan, most of the drama and film adalah tentang cinta, perkahwinan terlarang, perebutan harta, iri hati, pejabat-pejabat dan projek yang berjuta-juta. Bagi saya, cerita-cerita ni dah lapuk.

Di samping menonton, sebenarnya ada banyak drama atau filem luar Negara yang telah menarik minat saya untuk terus melayannya antaranya termasuklah

1) Tai Chi Master

·         kisahnya adalah tentang pembelajaran kung fu tai chi yang mana setiap pergerakan mempunyai nama dan kisahnya tersendiri, walaupun ianya fiksyen, tapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu serba sedikit asal usul tai chi ni, dan cerita ni juga ada menonjolkan tentang bagaimana kemajuan mesin Negara barat yang mula dibawa dan diperkenalkan kepada orang-orang china seperti mesin penghasilan kopi dan bancuhan kopi dan mesin-mesin yang lain. Tetapi penerimaan terhadap mesin-mesin teknologi ini masih belum dapat diterima di Negara china pada masa tu yang mana masih mengamalkan sistem Dinasti dan bergantung penuh dengan alat tradisional.


2) Phir bhi dil hai Hindustani

·         ok cerita ni memang best juga dan secara tak langsung ianya serba sedikit berkaitan dengan asam garam kehidupan pihak yang berpolitik. Ianya mengisahkan dua orang wartawan dari saluran media yang berbeza tetapi kedua-duanya telah bekerjasama dan mengambil tindakan berani demi menegakkan sebuah keadilan. Pelbagai isu yang dilontarkan melalui filem hindi ni dan dapat kita jadikannya sebagai iktibar dan renungan. Dan dari filem ini juga la segala permainan pihak-pihak tertentu dimainkan demi kepentingan masing-masing.
Dah lama saya ternanti-nanti sebuah hasil drama atau filem melayu yang dapat menonjolkan unsur-unsur yang saya maksudkan tu.

Harap-harap akan ada la kan suatu hari nanti….hehehe
So, itu ja la coretan untuk hari ni.

Bye dan Wassalam ^_^





Please..Leave Your Name Here...