Sunday, June 15, 2014

Kisah lagu Arjuna Beta oleh Fynn Jamal

Assalam bloggersss...

Pernah dengar tak lagu Arjuna Beta?
Ermmm bagi saya, lagu ni penuh dengan makna yang mendalam. Walaupun ramai pendengar yang kata lagu macam meniru suara Yuna, dan tidak kurang juga ada yang sangka ini lagu Yuna, tapi sebenarnya lagu ni adalah dinyanyikan oleh Fynn Jamal. Saya pun kurang kenal penyanyi ni. Penyanyi baru rasanya. Tapi apa-apa pun, saya suka dengan lagu ni.

Bukan sebab penyanyi, tapi sebab liriknya. Cuba korang dengar betul-betul lirik lagu ni, seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penyanyi tentang luahan rasanya. Ok, ni antara bait-bait liriknya...

**Arjuna Beta**

Takkan ku biarkan walau ribut
menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu
mana nak pergi
jalan betul
anakanda tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Semenjak dengar lagu ni buat pertama kali, mula-mula saya rasa biasa-biasa ja, tapi lepas saya dengar beberapa kali, dan hayati lirik lagu ni, satu perasaan sebak menyelubungi diri ini, tak tau la perasaan apakah ini? Lepas ja saya download lagu Arjuna Beta dari Youtube.com, saya asyik dok ulang-ulang, kadang-kadang dari malam hingga ke pagi, lepastu, sambung pula dengar time tengah online dan study. Sampaikan housemates yang lain dah bising sebab saya asyik pasang lagu yang sama ja seharian.

Tapi saya tak kisah. Yang penting, lirik lagu ni benar-benar buat saya tertarik dan rasa macam rindukan seseorang yang saya sangat sayangi, dan sudah tentulah mak dan bapa saya.

Tak cukup dengan tu, saya cuba pula search cerita di sebalik penghasilan lirik lagu ni. Rupa-rupanya ada cerita sedih yang berlaku disebalik lagu ni. Huhuhu patutlah rasa sebak ni asyik muncul tiap kali dengar lagu ni. Sebenarnya lagu ni, Fynn Jamal tujukan untuk anaknya yang bernama Bakti Arjuna Fitri, yang mana dulunya adik Juna pernah mengidap jantung berlubang. Fynn Jamal juga pernah pohon sumbangan untuk pembedahan anak dia.


Mula-mula search tu, ada juga la beberapa blogger yang lain turut update tentang kisah lagu ni, dan dari situ juga la saya baru tahu kisah-kisah ni. Bagi sesiapa yang nak follow cerita selanjutnya tentang Fynn Jamal ni, bolehlah ringan-ringankan tangan dan cursor untuk follow BLOG FYNN JAMAL , PAGE FYNN JAMAL dan instagram (korang cari la sendiri ya).

Kat bawah ni adalah salah satu kisah yang Fynn Jamal share kat pagenya iaitu kisah adik Juna dan pembedahannya, yang ni saya copy paste ja dari blog yang lain...hayatilah~

.........................................................................................................................................................
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya, 
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.

.................................................................................................................................................

Wassalam ^_^

Sunday, June 01, 2014

Kegembiraan 31 Mei 2014 UNIMAS

Assalam dan haiii bloggerss...

Dalam kita sedih, pasti ada kegembiraan yang menanti. Tapi siapa yang tahu bila kegembiraan tu akan datang, kan. Kegembiraan tu dapat kita kongsi dengan sesiapa ja yang penting kita ikhlas dalam perhubungan tu, samada dengan family atau kawan-kawan. Serupa la dengan saya, di UNIMAS ni, syukur sangat-sangat dapat kawan-kawan yang gila-gila, paling sempoi, paling nakal, paling happening, paling banyak masalah, paling skema, paling suka membuli, paling gabrah, paling last minute, paling pandai buat lakonan prank dan segala-segalanya untuk mereka. Sayang sangat-sangat dengan mereka-mereka ni.

Kelmarin, pada 31 Mei 2014, genaplah umur ni 23 tahun. Rasa macam kejap jak masa tu berlalu, kan.

Kelmarin juga la saya rasa paling banyak perkara yang saya sendiri tak dapat nak ceritakan kat dalam blog ni. Tak tau nak mula dari mana sebab terlalu banyak benda yang nak diceritakan. Apa-apa pun cerita kelmarin sangat meninggalkan kenangan buat diri ini semenjak berada di UNIMAS bumi kenyalang ini.

Terima kasih sangat-sangat buat kawan-kawan tercinta sebab masih ingat tarikh birthday diri ini even saya dah privatekan tarikh tu kat fb. Hehehe. Sampaikan mak angkat dan family angkat pun tak tau yang kelmarin adalah tarikh birthday saya time pergi lawat mereka di rumah sebab saya yang tak bagitau mereka. hehehe. Bukan tak nak bagitau, takut nanti ada prank yang tak dijangka akan berlaku kat rumah. Seram. hehehe. Maaf mak angkat, terima kasih dengan wish nya ya Tapi yang paling mengejutkan adalah time balik hostel, housemates dan geng dari vista ilmu rupanya dah rancang something sejak awal lagi. Rasa sangat-sangat terharu. Mula-mula rasa macam nak marah jak sebab housemates tak nak buka pintu rumah sebab diri ini dah terlalu penat berjalan seharian pegi rumah keluarga angkat dan ada beberapa masalah yang dihadapi sepanjang hari tu. Lepas tu, tiba-tiba perasaan tak sedap hati pula datang. Dan tiba-tiba.... dushhhh ambik kau, bedak tepu kena setepek di muka time masuk rumah, rasa macam nak nangis jak time tu. Terharu kuasa 7, tau tak. huhuhu. Ini prank kedua yang pernah saya kena sepanjang umur 23 tahun ni.

Tambah-tambah lagi kawan-kawan tercinta ni sanggup pegi masak mi goreng, dan buat kek coklat. Terharu lagi sekali. Lepastu belon dengan tertulis nama-nama dorang. Saya makin terharu. huhuhu tak tau nak gambar terharu tu macam mana.


Terima kasih sangat-sangat geng. Tak sangka korang sanggup bersusah payah buat event birthday ni.

Love you muah muah ~_^..

baiii dan Wassalam ^_^


Wednesday, May 28, 2014

Saya Bukan Sombong

Assalam dan haiii...

Jam dah menunjukkan pukul 3.47 pagi, dan saya masih lagi menjadi burung hantu kat meja makan ni sambil online. Tak dapat nak tido.ehmmm

Entry kali ni saya nak cerita serba serbi tentang diri saya ja. Hehe. Biasanya, kalau orang yang tak kenal saya mesti akan anggap saya ni seorang yang sombong dan menyampah kot. Dan sememangnya bukan kebiasaan saya untuk menegur orang duluan, sebabnya saya ni pemalu sikit. hehehe. Bukannya apa, saya risau, if saya yang tegur duluan, mereka kenal saya ke? Nanti saya juga yang malu kalau mereka tiba-tiba cakap, "hehe kita kenal ek?". Dushhh kena sebijik, malu weiii.

Yang sangat menampakkan saya ni sombong adalah saya bukan jenis yang menegur lelaki atau perempuan yang jarang saya tegur dan jumpa, even saya kenal dia sekalipun. Salah satu sebabnya adalah kerana malu atau segan, dan yang kedua pula adalah saya tak nak rapat sangat dengan mana-mana lelaki terutamanya, takut ada yang salah faham.

Owh ya lagi satu sebab kenapa saya nampak sombong adalah kerana saya ni bukan jenis yang dapat mengingat muka orang, maksudnya kalau orang tu adalah orang yang jarang saya jumpa, sudah tentulah amat sukar untuk saya nak cam mukanya. Dan kadang-kadang juga saya kurang sikit dalam mengingat nama seseorang, dan biasanya saya akan mengambil masa sikit untuk saya nak refresh otak ni. Hal ni bukan sebab saya ada penyakit otak tau, tapi saya jenis yang malas nak ingat, saya tak nak bebankan otak, ni kiranya macam boleh diibaratkan seperti pendrive la juga...hehehe. Sekiranya kita letak terlalu banyak file kat dalam pendrive, mesti pendrive tu pun akan mudah kena virus atau stuck sikit, kan. Hah sebab tu la, saya tak nak serabutkan otak saya sebenarnya. Takut sakit kepala datang lagi.

Bukan seorang dua ja yang dah cakap saya ni sombong, rasanya dah ramai kot. Even bekas housemate saya yang dulu pun pernah suarakan pasal first impressionnya terhadap saya, dia kata, mula-mula dia nampak saya, dia ingat saya ni macam orang sombong dan berlagak sikit. Sampaikan dia cakap, "sombong gila-gila b***". Hehehehe. Tapi saya tak kisah sangat, sebab saya lebih suka orang yang berterus-terang, at least perkara tu boleh membantu untuk memperbaiki diri kita kelak.

Kalau orang yang dah kenal lama dengan saya, confirm first impression korang tu akan berubah 180 darjah. Hehehe. Tapi saya akan menjadi seorang yang pendiam dan pasif apabila saya rasa kekok atau tidak selesa dengan suatu persekitaran atau keadaan atau situasi. Pada masa yang sama, saya akan cuba perhatikan keadaan dan mencari jalan untuk menyesuaikan diri even it's hard for me to do it. Lagi satu, saya jenis yang banyak berfikir dan suka membaca air muka orang. Saya tahu bunyinya macam agak psiko atau mengarut sikit, kan. Tapi macam best pulak tau jadi seorang yang pendiam sekejap dan perhati keadaan. Dari situ, kita boleh tahu bahasa badan yang seseorang tu cuba gunakan dan expresi muka yang mereka cuba untuk serlahkan. Bak kata orang, lain di mulut, lain juga di hatinya.

Tapi, sebenarnya, tak semua gambaran yang kita bayangkan tu adalah tepat, sebab kalau dari sudut pandangan sahaja digunakan untuk membuat kesimpulan awal tentang seseorang, memang  tak kan tepat punyalah. So, sebab tu la kita dikurniakan akal untuk berpikir dan merenung sejenak, bukannya bertindak secara melulu. Sama juga macam situasi korang yang mungkin akan anggap saya ni seorang yang sombong, sebab hanya melihat pada luaran sahaja, bukan menyelami dari sudut dalaman. Bak kata petikan,


Jadi, please dont judge me. You love me, and I will more love you because you are my friends.

Itu ja la entry hari ni. Sekian. Hehehe.

Baiiiii dan Wassalam ^_^





Sunday, May 25, 2014

Apa Itu HIPERSOMNIA?

Assalam dan haiii bloggers...

Minggu lalu, ada sorang kawan ni hah tanya saya, dia kata,

"kak aisyah pernah dengar tak Hipersomnia?

Saya jawab,"ermmm apa tu? Tapi kalau Insomnia pernah dengar la. Apa benda tu Hipersomnia, amalina?

"Kalau Insomnia tu kan penyakit yang tak boleh tido, tapi kalau Hipersomnia pula sebaliknya, maksudnya penyakit kuat tidur, apa benda ja yang dia buat mesti rasa nak tidur. Even dia mau makan pun mesti rasa macam nak tidur."


Ok, entry kali ni saya akan share serba sedikit tentang hipersomnia ni atau dalam bahasa English dipanggil sebagai Hypersomnia. Hipersomnia ni bermaksud tidur yang berpanjangan dan agak sukar untuk bangun.

Antara penyebab penyakit ini adalah disebabkan kerosakan otak, tertekan, uremia iaitu kegagalan ginjal untuk berfungsi dengan baik dan menyebabkan urea berkumpul di dalam saluran darah, kegemukan, penggunaan alkohol dan ubat-ubatan yang berlebihan. Orang mempunyai hipersomnia ni akan tidur berpanjangan tidak kira la pada waktu malam mahupun waktu siang. Walaupun mereka sudah tidur pada siang hari dalam waktu yang agak lama, tetapi mereka tetap merasa tidak cukup tidur dan ini akan menyebabkan otak mereka menjadi agak lembap dan malas untuk bergerak.

So, korang rasa, korang dalam kategori yang mana? Insomnia atau Hipersomnia? Atau tengah-tengah? hehehe...

Ok, tu jak la untuk entry kali ni.

Baiii dan Wassalam ^_^

Sunday, April 27, 2014

Pertama Kali Jadi AJK Melibatkan Artis (Dynamite Islamic of Art Night)

Assalam dan selamat malam blog...

Tiba-tiba pula datang mood nak update entry time malam-malam sunyi macam ni. Housemates yang lain semuanya ada aktiviti luar 2 hari 1 malam.

Entry kali ni tiada la yang special sangat, biasa-biasa saja, just untuk menghilangkan keboringan. 

Hari rabu yang lalu, saya dan geng rumah yang lain jadi AJK untuk 1 event kat UNIMAS, iaitu Dynamite Islamic of Art Night (DIN). Artis jemputan pada malam tu adalah Imam Muda Najdi dan Mr. Bie. Macam tak sangka pula, rupanya IM Najdi ni seumur dengan saya, manakala Mr.Bie pula sedaerah dengan saya, hehehe nampak tak ke-matching-an kitorang kat situ..hehe ^_^

<<Poster>>

Ini la kali pertama saya jadi AJK peringkat UNIMAS dan melibatkan artis-artis yang popular. Selalunya saya setakat jadi AJK kolej atau kelab IPTA saja. huhuhu kesian kan. Time tu saya pegang dua jawatan iaitu AJK publisiti dan usher.

Macam-macam kerenah yang saya dapat tengok kat geng-geng saya ni, apa taknya, masing-masing excited nak join event yang melibatkan artis ni di samping untuk menambah pengalaman. Bagi saya, ini adalah pengalaman kedua yang saya rasakan macam havoc havoc gitu selepas saya pernah menjadi Pengarah Program masa kat Politeknik KK dulu. Saya tau apa rasanya kalau menguruskan event yang besar macam ni, ditambah lagi dengan debaran-debaran yang yang tak menyenangkan.

Ok, nak dijadikan cerita juga, pada malam DIN hari tu, sebenarnya itu adalah kali pertama saya memakai jubah. Sebelum ni, saya takut sangat nak pakai jubah sebab saya rasa macam tak sesuai pula kalau saya pakai jubah tu, nampak macam kebesaran di badan dan macam orang baru balik dari umrah pula rasanya. Tapi, lepas pakai jubah tu, saya rasa macam selesa pula dan macam nak pakai lagi la, in sha Allah kalau ada duit lebih sikit, plan nak beli jubah la dua helai, 1 helai untuk mak dan 1 helai untuk saya.


Time malam tu, saya bertugas untuk menjadi usher dekat pintu masuk dewan Arena Gemilang, DeTAR Putra. Nak tau tak, time bertugas hari tu, habis kebas pipi ni bah gara-gara kena senyum setiap kali ada orang yang datang, kiranya macam jadi penyambut tetamu la, lepas tu kena cakap macam ni, "Selamat datang", dan "Silakan masuk". Bukan pipi saja yang kebas tau, dengan lutut-lutut ni sekali bah kebas, naik loglai sudah kaki ni sebab kena berdiri dan menunggu dekat pintu selama 2 jam. Lepas tu, kena suruh pula naik tingkat atas untuk jadi penyambut tetamu sebab dah penuh tempat duduk dewan kat bawah. So, sebagai AJK bawahan, kenalah patuh arahan ketua, kan. Takpa, ikut jak. 

Walaupun penat, tapi sangat-sangat menyeronokkan. Yang penting niat a.k.a nawaitu tu adalah ikhlas, in sha Allah. ^_^

Dari atas dewan la, baru saya dapat tengok persembahan-persembahan dari kumpulan nasyid UNIMAS dan artis-artis jemputan.

Ingatkan kat atas pentas jak ada sesi fotografi dan persembahan, rupa-rupanya kat belakang pentas pun lagi banyak kerenah dorang buat...hehehe sumbernya ada dari ajk pentas.

Ok, jom layan beberapa gambar yang saya curi-curi ambil dari beberapa sumber, tapi saya akan creditkan sumber mana saya dapat gambar-gambar tu supaya saya tidaklah kena tuduh sebagai melanggar hakcipta pengguna..hehehe betul ka tu ayat saya??

Gambar credit to page fb Mr.Bie dengan caption "selfie sik malu"

Gambar credit to ustaz mirul bersama ahli-ahli Qasidahnya.

Gambar credit to shuhadah, ini adalah kumpulan nasyid Nowfast UNIMAS. 

Ada satu lagi ahli kumpulan nasyid UNIMAS yang buat persembahan time tu tapi saya tak dapat jumpa gambar-gambar dorang, nama kumpulan yang saya maksudkan adalah Da'my.

Kitorang pun tak ketinggalan juga untuk berselfie..hehe

Bersama Imam Muda Najdi

Di sakura

Sebelum pegi bertugas..

Ok la, tu jak entry untuk hari ni...

Bye dan Wassalam ^_^

Tuesday, April 01, 2014

Teringat Musuh yang Sepintas Lalu

assalam dan selamat bloggersss...

Malam ni saya agak free sikit sebab tiada benda yang nak dibuat, so, online ja la memanjang..hehehe
Pada hal assignment dah berlambak-lambak dengan project bagai la apa la. Tak pa, otak ni kadang-kadang perlukan rehat juga, mana boleh dipaksa...hehehe

Korang nak tau tak, malam ni UNIMAS diselubungi dengan kabus tebal, saya mention KABUS bukan jerebu ya. Malam-malam begini tengok kabus kat UNIMAS, teringat pula suasana time di kundasang dulu, masa tu saya tengah kursus, cuaca masa tu sejuk sangat-sangat, tambah-tambah pula kalau waktu malam, pakai dua blanket pun tak dapat tahan sejuknya.

Ok, tolak ketepi dulu pasal tu, sekarang ni saya nak story pasal satu hamba Allah ni pula. Dulu-dulu la kan, masa saya join aktiviti Ko-Q  Taekwondo di UNIMAS, masa tu kitorang sambut karnival Ko-Q di dewan DeTAR UNIMAS, so tugas saya masa tu adalah menjaga dan mengurus booth bersama-sama ajk yang lain. Ahli taekwondo yang lain pula bertugas untuk membuat persembahan taekwondo kat atas pentas.

Diringkaskan cerita, lepas habis ja sesi karnival tu, kitorang yang menjaga booth ni kena suruh masuk dalam dewan untuk sesi penutupan karnival Ko-Q tu, so, saya dengan geng-geng saya yang agak-agak bising ni, pegi la mengambil tempat duduk audience, time tengah syok-syok duduk tu, ada pula satu hamba Allah ni tiba-tiba datang dengan lagaknya yang memang ada rupa macam nak menghalau kami ni, katanya, tempat tu dah di reserve untuk kelab Ko-Q dorang iaitu Kayak. Kami pun apa  lagi, naik berang la, ya la time tu tiada pun apa-apa notis di kerusi tu yang membagitahu tempat tu di reserve untuk dorang. First come first serve la kan. hehehe. Bila diingat-ingat balik time tu, rasa sakit hati pun ada dan lucu pun termasuk sekali.

Korang tau tak, kejadian tu berlaku masa saya di sem dua iaitu tahun lalu. So, bila diimbas-imbas balik, baru saya tau budak yang kitorang hampir bergaduh  pasal tempat duduk hari tu rupa-rupanya adalah orang yang sama ajar kami berdikir iaitu sifu kami. Makkk aiiii saya tak tau pun, saya ni bukannya jenis yang reti ingat muka, itu pun saya dapat tau dari kawan saya yang sama-sama hampir bergaduh mulut dengan dia, kawan saya la yang bagitau pasal hamba Allah si budak kayak tu. Haishhh kalau si sifu tau ni, habis la. Harap-harap la dia tak ingat, ya la benda tu kan dah lama, takkan la dia ingat, kan. hehehe.

Ok la, tu jak entry untuk hari ni....selamat bercuti pertengahan semester buat warga UNIMAS!!!!

Bye dan Wassalam ^_^



Monday, March 24, 2014

Dikir Barat FKIK Sakura di UNIMAS

Assalam dan selamat pagi bloggersss...

Entry kali ni saya nak stroy pasal pengalaman saya join dikir barat. Mesti korang tau kan yang dikir barat ni asalnya dari kelantan. Sepanjang hidup saya, tak pernah terpikir pun nak join benda ni. Masa mula-mula pemilihan dulu pun saya ingat nak join boria jak, lepas tu saya tengok ramai geng-geng saya join dikir, so saya pun ikut jak la mereka, sebab bagi saya, mencuba sesuatu yang baru tu lebih baik berbanding tak mencuba langsung.

Korang nak tau tak, dalam ramai-ramai 25 orang ahli kami, hanya seorang jak yang ada pengalaman berdikir, yang selebihnya zero pengalaman, tambahan pula tiada seorang pun yang mahir main alat muzik. Yang lebih uniknya lagi, tukang karut kitorang bukannya pure kelantan, dia dari sabah..hahaha pelik-pelik, yang juara pula ada chinese dari perak, dan awak-awak pula dari seluruh negeri kecuali kelantan,sarawak dan perlis.

Mula-mula berlatih tu, kitorang tak tau nak buat apa, so kitorang belajar nyanyian jak la dulu. Sehingga la seminggu sebelum pertandingan tu, ada seorang budak lelaki dari kolej kediaman sebelah yang tawarkan diri nak ajar kitorang. Perasaan saya masa tu, ya ampun syukur sangat-sangat sebab ada yang sudi nak ajar. Bagi saya, menang tu saya dah tak peduli dah, sebab yang penting kitorang dapat buat persembahan yang baik dan tidak memalukan. Dalam seminggu tu la kami bertungkus-lumus untuk belajar pelbagai jenis bunga dikir dan ditambah lagi dengan nyanyian baru untuk ending dikir kitorang, semua tu idea dari Encik Irfan iaitu sifu kitorang, tak terbalas jasanya tu oleh kami.

Lagi satu, rupa-rupanya kami adalah satu-satunya kumpulan dikir yang semuanya wanita, dan kolej lain pula semuanya lelaki. Hanya 4 kumpulan dikir dari beberapa kolej kediaman saja yang menghantar wakil untuk pertandingan tu, antaranya termasuklah Sakura, Cempaka, Bunga raya, dan Tun Ahmad Zaidi. Kalau diperhatikan, pengdikir-pengdikir dari kolej lain memang superb. Kitorang hanya mampu bertepuk tangan dan kagum tengok mereka buat persembahan.
Kolej Kediaman Sakura

Kolej Kediaman Cempaka

Kolej Kediaman Bunga Raya (brc)

Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (taz)

Walaupun banyak masalah yang kami hadapi masa petandingan tu, tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus buat persembahan. Bermula dengan alat muzik, hinggalah masalah dengan suara kitorang yang tak berapa dengar time berdikir, entahlah maybe microphone tu ada masalah kot. Tapi apa-apa pun, past is past. Yang penting kitorang dah buat yang terbaik. Owh ya, korang nak tau tak, sepanjang kitorang berlatih tu kan, kitorang tak pernah pun guna alat muzik yang sebenar seperti gong, rebana ibu, rebana anak dan marakas. Kitorang hanya gunakan alat-alat yang ada disekeliling jak. Nak tau tak apa benda tu? cuba la teka~ hehehe.

Walaupun hanya mendapat tempat keempat dari empat penyertaan, tapi kitorang rasa lebih istimewa sebab Sakura dapat buktikan yang kitorang pun boleh sertai persembahan yang mana pihak lawannya semua lelaki. Si sifu pula tak henti-henti bagi kata-kata semangat. Ayat yang selalu dicakapnya ialah "Layan Jer". Ayat tu dah jadi macam satu trademark pula. hehehe.

Sekarang ni, pertandingan dah habis, biasanya kalau malam-malam tu kitorang selalu berlatih sampai pukul 12 atau kurang dari tu. Jadi, kitorang rasa lain macam pula kalau tiada latihan. Seriously saya katakan, berdikir ni memang best, enjoy jak kita rasa.

Ok la tu jak entry untuk hari ni..Jom layan beberapa gambar kitorang kejap...hehehe







Antara geng-geng yang sanggup datang untuk bagi sokongan kat kitorang. Sempoi la dorang ni, sanggup dorang datang dari jauh dengan membawa banner lagi untuk menyokong, banner buatan sendiri tau.

Bye dan Wassalam ^_^


Saturday, March 22, 2014

Perginya Seorang Lagi Geng Kami

Assalam dan selamat bloggerssss...

Sebelum nak ambik mood untuk buat assignment, kena la update blog dulu..hehehe sementara ada idea ni.
Entry kali ni saya nak cerita hari-hari terakhir bersama seorang kawan kami yang terpaksa berhenti dari sambung pengajian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun dalam kesedihan untuk berpisah, tapi kami tahan jak sebab tak nak keadaan jadi tambah sebak. Yang nak pergi tu adalah yang bertudung coklat yang tengah duduk tu, Nani namanya, dia adalah bekas housemate saya masa sem 1 dulu kat kolej sakura UNIMAS. Tapi sekarang dia terpaksa tinggalkan kami.



Tiada apa yang kami dapat bagi selain kata-kata yang kami ungkapkan melalui kad hasil kekreatifan kami sendiri. Demi menyiapkan kad ni, kami sanggup bersengkang mata supaya kad ini nampak cantik dan sweet2 gitu..hehe.

Harap, nanti kita dapat jumpa lagi Nani, and always keep in touch. We are gonna miss u..

Bye dan Wassalam ^_^




Monday, March 17, 2014

Sokongan #PrayForMH370 Dari UNIMAS

Assalam dan selamat malam bloggers...

Rakyat Malaysia masih lagi dilanda kesedihan atas kehilangan MH370 yang sudah seminggu lebih hilang sejak 8 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai cara sudah yang digunakan oleh ahli penyelamat kita untuk mencari mereka, tapi masih juga belum dapat menemui mereka. Kita sebagai rakyat biasa hanya mampu berdoa kepada Allah atas keselamatan penumpang-penumpang dan krew-krew MH370.

Tidak ketinggalan juga saya dan warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut mendoakan keselamatan mereka. Salah satunya adalah seperti yang kat dalam gambar bawah ni..




Pelbagai harapan dan doa yang telah disampaikan oleh warga UNIMAS supaya MH370 dapat kembali semula.



Pelajar-pelajar dari kelas media saya

Bye dan Wassalam ^_^




Monday, March 10, 2014

Kehilangan Pesawat MH370

Assalam dan selamat pagi bloggg...

Pesawat MH370 dari KLIA ke Beijing telah dilaporkan hilang pada 08/03/2014, Ahad. Sudah masuk hari ketiga pesawat MH370 hilang. Masih belum ada khabar tentang penemuan mereka. Kehilangan ni mula dikesan apabila Pesawat MH370 hilang dari radar dan tidak dapat dikesan oleh menara kawalan pada pukul 2.40 pagi waktu Malaysia. Isu ni sangat-sangat mengejut orang Malaysia dan seluruh dunia sebab ianya melibatkan 14 buah negara berdasarkan 227 penumpang, 2 bayi, dan 12 krew Malaysia Airlines.

Apa yang paling menyedihkan, terdapat beberapa individu dan wartawan-wartawan yang tak bertauliah cuba menyebarkan berita-berita palsu dan membuat spekulasi sendiri. Saya pun tak tahu dari mana mereka dapat berita-berita tu. Kebanyakannya adalah mereka dengar dari internet dan orang sebelah menyebelah mereka. Kalau tengok di FB, majoriti cerita pasal kehilangan MH370 ni, tapi sangat menyedihkan apabila ada pula segelintir manusia yang pandai-pandai buat lawak dan ambil kesempatan ataus kehilangan MH370.

Sekarang ni, hanya mendengar berita dari live streaming ja yang saya mampu lakukan disamping mendoakan keselamatan penumpang-penumpang dan krew-krew MH370.

Setiap kejadian, pasti ada hikmahnya dan hanya Allah SWT saja Yang Maha Mengetahui. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk kepada kita semua dan pasukan penyelamat Search and Rescue (SAR) untuk mencari di mana kedudukan sebenar pesawat tu dan penumpang-penumpang serta krew-krewnya sekali.
Kita tak mampu menyuruh orang untuk berhenti membuat spekulasi sebab itukan mulut orang, kita mana boleh tutup, so hannya doa yang mampu kita kirimkan supaya mereka semua selamat dipertemukan dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Jangan berhenti berdoa. Buat masa ni, seluruh Malaysia telah mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang-penumpang dan krew-krew MH370. So, daripada kita sibuk-sibuk membuat spekulasi yang entah apa-apa tu, lebih baik kita mohon pada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan pencarian ni.

Bye dan Wassalam ^_^



Monday, February 17, 2014

Blog vs Vlog

Assalam dan hepy blogging…

Tahu tak apa perbezaan blog dan vlog???

Orite, meh sini saya bagitau. Blog tu sebenarnya adalah suatu laman sosial yang lebih bersifat seperti diari, dan apa yang lebih nyata tentang blog ni adalah ianya hanya melibatkan tulisan, pembacan dan gambaran. Ala kasi pendek cerita, blog tu adalah yang macam saya taip ni la. Entry-entry yang saya taip dan laman ni adalah sebenarnya blog.

Vlog pula adalah tentang video. Pengguna hanya perlu menggunakan video yang telah dirakam dan upload video tu, contohnya kat youtube.

Hah tu la bezanya antara blog (typing) dan vlog (video). Sekarang ni, di zaman yang serba teknologi ni, pengguna dah tak segan-segan dah nak upload video mereka kat youtube. Ada juga blogger dan vlogger aktif yang jadi famous hanya disebabkan hasil tangan mereka tu.

Ermmm memang senang kan nak famous, tapi bukan senang nak jadi famous yang disegani. Kebanyakan yang saya tengok pengguna blog atau vlog sekarang  ni famous dengan memalukan diri sendiri. Tapi ada juga blogger yang famous sebab intipati dalam blog mereka tu adalah berkenaan cerita-cerita hangat dan info semasa. Ya la, kan zaman sekarang ni, manusia lebih bersifat “mengambil berat” aka busy body. Jangan hairan pula kalau hal-hal yang kecil akan menjadi besar. Semua benda nak dijadikan isu. Contoh blog yang famous sekarang ni adalah beautifulnara dan murai, ada juga blogger-blogger lain yang famous tapi saya tak ingat dah namanya, dulu-dulu saya tahu la. Hehehe.

Manakala vlog pula, lagi meletop. Hanya kerana satu video, sudah cukup membuatkan seseorang tu famous tahap gaban dan ada juga sebahagiannya menjadi trend atau ikutan orang lain. Antara vlogger yang dapat kita lihat sekarang ini adalah matluthfi90. Saya suka tengok video-videonya sebab banyak pengajaran dan info semasa yang dia terapkan dalam videonya tu, tambahan pula videonya semua memang gila-gila lucu, tau tak. Ok , vlogger yang seorang ni pula mesti korang sangat-sangat kenal iaitu awek legoland dengan trendmark nya “macam comel jer, macam cantik jer”..sampaikan artis-artis pun dah terikut-ikut trendmarknya tu. Kalau korang search kat youtube, mesti ramai vlogger-vlogger yang korang akan jumpa, macam-macam ragam ada.

Kalau saya la disuruh buat vlog, hishhh tak nak la saya, buat malu diri ja. Cukup la saya berceloteh-celoteh kat blog ni. Lagi pun, kalau blog, rasanya ramai yang tak layan kot, ya la, kan manusia sekarang ni ada yang malas nak membaca dengan perkataan yang berjela-jela ni, dorang lebih suka layan video yang lawak-lawak.

Takpa, lagi pun saya lebih suka kalau blog saya ni kurang pembaca. Boleh la saya taip apa-apa ja yang saya suka. Hehehehe.

Ok la, tu jak untuk hari ni.

Bye dan Wassalam ^_^




Apa Yang Patut Diterapkan Dalam Drama Atau Filem Melayu???

Assalam dan hepy blogging…

Tentu ramai yang suka tengok drama dan filem melayu kan. Walaupun kadang-kadang ada juga drama atau filem yang memang tak logik jalan ceritanya. Hehehe

Tapi kan, kadang-kadang terpikir juga, betul ka drama-drama atau filem melayu ni kebanyakannya hanya berunsurkan cinta, gangster, seram dan komedi saja???

Bagi saya, ya memang kebanyakannya adalah berunsurkan empat tu ja.

Kalaulah saya ni seorang penulis atau pengarah, saya nak cerita tu ada diselitkan unsur-unsur ilmiah atau pengetahuan am sikit. Ala kalau tak dapat jadi pengarah atau penulis pun, cukup la saya jadi sebagai pemberi cadangan, sebab saya ni sebenarnya takda bakat pun untuk jadi seorang pengarah yang berwibawa ataupun penulis yang penuh kreatif dan inovatif.

Apa yang saya maksudkan di sini, adalah cuba kita ambil contoh sikit berdasarkan cerita dari filem Spectum 3D, cerita tu kurang menonjolkan unsur tentang cinta tapi ianya lebih kepada thriller. Cerita tu adalah berkenaan sekumpulan peneroka atau pengkaji yang telah menjumpai sebuah gua misteri di dasar laut. Dan apa yang saya dapat perhatikan dari filem ni, ianya banyak memberitahu kita bahawa terdapat tempat-tempat misteri di dasar laut yang belum diterokai oleh manusia. Cerita ini juga ada menonjolkan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang penyelam sebelum menyelam ke dasar laut yang mana suhu di bawah dasar laut yang mempunyai kedalaman kira-kira beberapa kaki adalah mempunyai suhu yang agak rendah dan sejuk, dan dari filem ni juga, ianya mengajar kita bagaimana kehendak manusia yang mempunyai sifat ingin tahunya yang tinggi terhadap ciptaan hebat itu dalam menyelami cabaran-cabaran untuk membongkar sebuah misteri gua. Sebenarnya saya tak tau nak explain, tapi klu korang dah tengok filem tu, mesti korang paham apa yang saya maksudkan.  Pada masa yang sama juga, kita ni sebagai penonton, tak akan jangka bahawa rupanya ada tempat seumpama itu kat dalam dasar laut. Ini lah yang saya maksudkan sebagai pengetahuan am.

Selain itu, kalau kita dapat bandingkan juga antara drama filem melayu dan western, memang ada perbezaannya. Memang la perbezaan wayang melayu dan western adalah dari segi kebebasan dan pergaulan antara pelakon-pelakon, tapi bukan itu yang saya nak beritahu sebenarnya. Cuba korang perhatikan kat wayang melayu, kalau dorang kata watak si pelakon tu adalah seorang yang genius, mereka hanya tonjolkan sebagai genius yang dikhabarkan oleh si pelakon tambahan, takda bukti kukuh yang menunjukkan si watak ni adalah genius. Then, cuba pula korang tengok filem High School Musical 1, dalam cerita ni, dikatakan si heroin adalah seorang yang genius, suka membaca dan kurang bersosial.  Apa yang saya lihat dari watak si heroin ni, pengarah telah menunjukkan bukti yang si heroin ni adalah seorang yang genius, buktinya adalah apabila scene kat dalam kelas, si heroin tu dengan beraninya telah menegur dan memperbetulkan kesalahan dalam pengajaran lecturer nya dengan menerangkan pembetulan tu secara terperinci. Bukti genius yang kedua pula adalah melalui scene budak-budak kolej tu cuba mengaplikasikan bahan-bahan teknologi mereka dengan menyambungkan wayar-wayar yang dapat menghubungkan video secara langsung bagi memisahkan hubungan si hero dan si heroin. Yang ni la baru dikatakan genius, boleh melakukan apa yang mustahil, bukannya genius yang hanya dicakap di bibir sahaja, pastu tup tup dapat markah 100% or A++. Macam tak logik ja…

Bagi saya la kan, apa yang saya inginkan dalam sesuatu drama atau filem, adalah bukannya yang fokus kepada unsur cinta-cinta, perebutan harta dan iri hati semata-mata, tapi saya inginkan sebuah drama atau filem yang diselitkan dengan pelbagai variasi dan apa yang penting adalah serba sedikit cerita ilmiah dan pengetahuan am yang dapat ditonjolkan dalam drama atau filem.

Kalau setakat cerita-cerita yang berunsurkan cinta ja terus, lama-kelamaan penonton akan jadi bosan dan dah dapat agak kisah at the end nya, para penonton tertarik dengan sesuatu cerita tu pun disebabkan pelakon-pelakonnya yang mantap, cantik, dan hensem, walaupun cerita tu asyik-asyik tentang kisah yang sama ja. Melalui pemerhatian saya la kan, most of the drama and film adalah tentang cinta, perkahwinan terlarang, perebutan harta, iri hati, pejabat-pejabat dan projek yang berjuta-juta. Bagi saya, cerita-cerita ni dah lapuk.

Di samping menonton, sebenarnya ada banyak drama atau filem luar Negara yang telah menarik minat saya untuk terus melayannya antaranya termasuklah

1) Tai Chi Master

·         kisahnya adalah tentang pembelajaran kung fu tai chi yang mana setiap pergerakan mempunyai nama dan kisahnya tersendiri, walaupun ianya fiksyen, tapi sekurang-kurangnya kita dapat tahu serba sedikit asal usul tai chi ni, dan cerita ni juga ada menonjolkan tentang bagaimana kemajuan mesin Negara barat yang mula dibawa dan diperkenalkan kepada orang-orang china seperti mesin penghasilan kopi dan bancuhan kopi dan mesin-mesin yang lain. Tetapi penerimaan terhadap mesin-mesin teknologi ini masih belum dapat diterima di Negara china pada masa tu yang mana masih mengamalkan sistem Dinasti dan bergantung penuh dengan alat tradisional.


2) Phir bhi dil hai Hindustani

·         ok cerita ni memang best juga dan secara tak langsung ianya serba sedikit berkaitan dengan asam garam kehidupan pihak yang berpolitik. Ianya mengisahkan dua orang wartawan dari saluran media yang berbeza tetapi kedua-duanya telah bekerjasama dan mengambil tindakan berani demi menegakkan sebuah keadilan. Pelbagai isu yang dilontarkan melalui filem hindi ni dan dapat kita jadikannya sebagai iktibar dan renungan. Dan dari filem ini juga la segala permainan pihak-pihak tertentu dimainkan demi kepentingan masing-masing.
Dah lama saya ternanti-nanti sebuah hasil drama atau filem melayu yang dapat menonjolkan unsur-unsur yang saya maksudkan tu.

Harap-harap akan ada la kan suatu hari nanti….hehehe
So, itu ja la coretan untuk hari ni.

Bye dan Wassalam ^_^





Wednesday, January 01, 2014

Selamat Tahun Baru 2014 M, 1435 H

Assalam dan selamat tahun baru..

Saya harap, dengan pembukaan tahun baru ini, hidup kita akan menjadi lebih diredhai Allah. amin

Baru jak beberapa jam stdy, fokus saya dah hilang gara-gara dengar keriuhan budak-budak UNIMAS ni sambut tahun baru dan ditambah lagi dengan bunyi-bunyi dentuman bunga api.  Cantik tu memang la cantik, tapi saya betul-betul tak tau macam mana nak menghayati tahun baru ni, bagi saya, hari demi hari, tahun demi tahun adalah sama saja bagi saya. Yang membezakannya adalah cuma pengalaman yang saya laluinya.

Then, masa buka FB pulak, semua sibuk wish happy new year dan nak pasang azam itu ini. Tak salah nak pasang azam, tapi janganlah biarkan  ianya terkubur macam tu jak, macam cakap tak serupa bikin ba orang bilang.

Sebenarnya, saya pun tak ingat samada tahun-tahun sebelum ni saya ada pasang azam atau tak, ya la, otak saya ni jenis yang susah nak ingat sesuatu perkara kalau tak penting sangat. hehe tu la kelemahan yang saya tak boleh nak elak. Sebenarnya saya pun ada azam yang baru bulan lepas ka tak silap saya pasang, cuma tunggu masa jak nak laksanakannya, tapi saya belum ada keyakinan dan bimbingan yang lebih untuk melaksanakannya. Saya berharap sangat dapat berubah ke arah yang lebih baik, dan perubahan tu saya akan cuba lakukan secara slow motion. Kata orang, lebih baik berubah walaupun hanya seberat zarah daripada hanya duduk  tak berbuat apa-apa. Tetapi, selagi niat atau azam kita tu baik, in sha Allah, Dia Yang Maha Berkuasa pasti akan menghantar orang-orang yang baik untuk membantu kita.

Kali ni, saya bukanlah nak bajet baik ka apa ka, cuma saya rasakan perubahan tu sesuatu yang perlu dalam hidup kita, kalau bukan sekarang, bila lagi. Tak kan la nak tunggu ajal dah dekat atau bala dah  menimpa baru terhegeh-hegeh nak buat perubahan, kan. So, apa-apa pun yang kita lakukan, lakukannya kerana Allah. Dan, memang tidak dinafikan juga la kan, kekadang ada sifat mazmumah yang timbul dalam diri kita, tapi cuba la lawan perasaan tu, atau pun mohon doa kepada Allah agar dijauhkan daripada sifat-sifat tu.

So, bagi saya, azam tu tak semestinya dipasang time awal-awal tahun jak, sebenarnya bila-bila masa pun kita boleh pasang azam, cuma cepat atau lambat jak untuk kita laksanakan azam tu. Jangan sampai tak terlaksana, dah la, sia-sia jak otak pikir pasal azam tu, tapi tak dilaksanakan pun.

Sempena di tahun 2014 ni, tahun baru bagi seluruh dunia (ye kot), persiapkan diri kita untuk menghadapi beberapa cabaran dan liku-liku kehidupan yang bakal kita akan hadapi lagi, jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran buat kita. Dan jangan lupa, syukur kepada Allah SWT sebab masih diberi peluang untuk bernafas di tahun 2014 ni walaupun ramai dah yang membuat andaian pasal 26 Disember yang lalu tu. Tu semua kerja dan kehendak Allah.

Akhir kata, wish me luck for exam..hehehe.

Bye dan Wassalam ^_^


Please..Leave Your Name Here...