Sunday, December 22, 2013

Waris Botingkek VS Yc Rakcs

Assalam dan selamat petang....

Hujung-hujung minggu ni tak tau nak buat apa. So, nak hilangkan tahap kebosanan yang melampau ni, kita layan dulu music video kat youtube.

Masa tengah syok dengar lagu-lagu kat youtube tu, macam biasa la, saya akan baca komen-komen pengunjung yang lepas. Hehehe bajet rajin pulak kan nak baca komen orang, buku tak nak pulak dibacanya. Tiba-tiba ada satu komen ni kata macam ni, "ciplak ciplak ciplak!!!! walaupon best".

Saya ni pantang sikit dengar hal ciplak-ciplak ni, nak juga tau, apanya yang kena ciplak tu. Jadi saya pun search la satu nama ni kat youtube pastu dengar lagu tu betul-betul. Ermmm lepas dengar tu, baru la saya tau apanya yang kena ciplak. Saya rasa isu ni maybe dah lama kot, tapi saya baru tahu tentang hal ni, almaklum la, agak tertinggal sikit hal-hal gosip macam ni.

Sebelum tu, dia antara dua artis yang kalau kita dengar salah satu lagu dorang ni, memang nampak sama tapi bukang dia...hehehe


Lepas saya search beberapa info dari mr.google, rupa-rupanya waris telah menciplak lagu YC iaitu seorang rapper dari Amerika Syarikat. Tak tau la apa motif si Waris ni nak ciplak, maybe dia ada alasanya tersendiri. Kalau anda dengar lagu kedua-duanya, memang nampak sama dari awal hingga akhir termasuk la tarian gaya lenggok tangan dorang seperti kat dalam gambar di atas ni.

Lagi satu, disebabkan itu, lagu Waris botingkek-tingkek ni terpaksa digugurkan dari pencalonan AIM ke-20. Memang agak sedih juga la kan apabila lagu dah kena calon tapi terpaksa diketepikan atas faktor-faktor yang kita sudah ketahui sendiri.

Tapi, bukan lagu ni sahaja yang menciplak, ada banyak lagi lagu-lagu kat Malaysia ni yang ciplak, pada entry yang lalu-lalu, saya ada update tentang persamaan lagu antara Rossa (penyanyi Indonesia) dengan Ella ft Shah (penyanyi Malaysia), klik SINI untuk info lebih lanjut.

Sebenarnya, tak salah nak menciplak, tapi jangan la jadikan benda tu sebagai hak milik korang, itu kan hasil seni orang lain, kalau nak menciplak pun, kreditkan nama orang atau artis yang korang nak ciplak tu, so, takda jadi isu hangat nanti.

Ce dengar lagu kedua-duanya ni...

WARIS ft JUZZTHIN - BOTINGKEK (Official Music Video)


YC - Racks (Remix) - OFFICIAL VIDEO


ok la, bye dan Wassalam ^_^



No comments:

Please..Leave Your Name Here...