Monday, December 09, 2013

Menjaga Hati

Assalam dan selamat petang blogsss

Hari ni saya bukannya nak nyanyi lagu Menjaga Hati ya, lagipun suara saya ni tersangat la berharga untuk menyanyi...hehe saya maksudkan suara saya ni tak la berapa sedap sangat, cuma cukup rasa saja la.

Tahu tak apa makna "menjaga hati" tu???
Semua orang tahu apa itu menjaga hati, kan, tapi tak semua orang tahu nak menjaga hati. Apa sebabnya? Ya, sebab adanya sikap endah tak endah dalam diri, dan kadang-kadang juga, seseorang itu selalu mempertikaikan orang lain bahawa orang tu tak pandai menjaga hatinya, pada hal dirinya sendiri tak reti nak menjaga hati orang lain, so how come orang nak menjaga hati kamu juga. Not fair la kan. So, before kita cakap orang tu tak reti nak menjaga hati kita, adalah lebih baik la kan sekiranya kita cermin dan lihat diri kita sendiri dahulu, mungkin sikap tu datang berpunca daripada diri kita sendiri ataupun mungkin orang tu memang mempunyai sikap macam tu sejak dari kecil lagi. Tak boleh juga kita salahkan sesiapa kan, sebab itu lumrah manusia.

Lagi satu, kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita telah menyinggung perasaan seseorang itu, ya la sebab manusia ni kan, kalau dah terlampau happy sangat-sangat, mana la mereka perasan samada kata-kata dia tu telah memberi kesan pahit mahupun manis kat orang lain atau kat kita. So, sebelum kita nak bercakap, menegur kesilapan ataupun bergurau, adalah seeloknya kita berhati-hati dan gunakan ayat yang sesuai dengan keadaan. Kita tak tahu keadaan atau mood setiap orang sekeliling kita kan, mana la tahu time tu, orang tu tengah moody ke, ataupun period ke, tak pun maybe time tu orang tu baru lepas kena marah oleh someone ke, then, time dia tengah mood tak berapa ok tu, kita pulak bergurau atau keluarkan kata-kata yang menyinggung perasaannya, tak ke lagi susah keadaannya tu.

Betul la kata orang, menjaga hati orang lain lebih susah berbanding menjaga hati sendiri. Ada pulak sesetengah orang sanggup menjaga hati orang lain berbanding menjaga hatinya sendiri sampaikan hari-hari dia makan hati sorang-sorang. Orang lain kenyang makan nasi goreng, mee goreng, kue tiaw, roti, airskrim, pizza, kfc dan sebagainya la. Tapi yang sorang tu pulak asyik memendam perasaan, kenyang makan hati. Ibaratnya di luah mati emak, ditelan mati bapak, ermm, eh betul ke peribahasa saya tu, ataupun sebaliknya. Ah mana-mana la, yang penting maksud yang saya nak terangkan tu sampai.

So, berdiam diri lebih baik daripada menyuarakan. aduiiiii.... Kalau dah namanya yang melibatkan perasaan ni, memang complicated la sikit, mengalahkan soalan dalam financial management. Ermmm typical manusia memang macam tu kot. Tapi ada juga kes-kes yang lain pernah dan selalu terjadi kat kita iaitu kita selalu berfikiran negatif dan berfikir itu ini pasal orang lain, pada hal orang tu tak pernah terlintas pun untuk buat macam tu, mungkin hanya kebetulan saja, atau dengan kata lain Salah Sangka. Hah yang ni la punca segala punca dan faktor kepada tiadanya sifat menjaga hati.
Owh ya lagi 1..hehe dari tadi lagi satu lagi satu, yang last nya takda ka??
Ermmm ok la, this is the last but not least, ada juga sebahagian kita yang cuba nak menyembunyikan perasaan tersinggung itu dengan menyatakan yang kita ni "ok jer...", "saya tak kisah laa" dan macam-macam ayat lagi la yang boleh menutup perasaan tersinggung kita tu daripada orang tersebut. Orang macam ni memang tersangat la baik hati dan tulus, dia sedaya upaya nak menyembunyikan perasaan sakit hatinya tu demi menjaga hubungan yang baik dengan orang sekelilingnya. Tetapi, kena beringat juga la kan, manusia pun ada tahap kesabarannya, lambat-laun akan meletup juga ibarat gunung berapi yang mencurahkan lava nya dan akhirnya memudaratkan apa yang ada disekelilingnya. So, saya tak nak la ada yang jadi macam ni. Perlu diingatkan juga, jangan buat endah tak endah dengan orang yang lembut, ayu, dan tambah-tambah lagi kalau orang tu jenis yang jarang marah, hah sekali mereka marah, seribu tahun tak kan mungkin marahnya akan reda.

Sebagai orang yang profesional ataupun matang dan yang sama waktu dengannya la, jaga la hati orang di sekeliling anda, tak kira la dia tu keluarga, bf/gf, kawan, jiran ataupun saudara-saudara kita, berhati-hati dalam berbicara dan perlakuan, memang kadang-kadang kita ni terlalu hyper-active atau agresif, tapi sebaik-baiknya kawal la sikap tu, bukan untuk kebaikan kita sorang jak, tapi untuk orang sekeliling kita.

Ok la, tu jak entry untuk hari ni, esok ada presentation. Harap dapat buat yang sebaiknya. amin.

Bye and Wassalam ^_^ 





1 comment:

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

Please..Leave Your Name Here...