Wednesday, December 25, 2013

Keluarga Tercinta

Assalam dan selamat pagi...

Pagi yang sejuk lagi nyaman ni membuatkan diri ni makin malas nak mengulang kaji, nak tido memanjang  pun tak boleh juga sebab kepala ni asyik pikir pasal exam jak. Lepas tu, kalau bangun awal pun bukannya nak stdy, online jak yang diuruskan, adehhh apa nak jadi la dengan kamu ni aisyah oiiii...pleaseeee wake up laaa, next week, exam start already bah..haiyoooo...bagi siapa-siapa yang mempunyai kepakaran dalam motivasi khususnya, tolong laa motivasikan jasad dan roh ni supaya belajar.

Sebenarnya bukan hal-hal stdy yang saya nak update ni, entah la macam mana chapter stdy ni boleh termasuk. Hari ni saya cuma update pasal ahli-ahli keluarga saya jak, Tak tau la samada entries sebelum ni saya pernah ada update atau tak pasal ahli keluarga saya yang sebenar-benarnya.


Owh ya, baru saya ingat, dulu-dulu saya ada update pasal adik-beradik saya jak, tapi hari ni saya nak story pasal seluruh ahli keluarga saya yang ada kat tawau tu.

Ok, dengan ini saya mempersembahkan bos-bos besar dalam rumah saya. Taraaaa~


Gambar yang kat atas tu adalah mak bapak saya. Dua-dua saya sangat-sangat sayang till jannah. Mereka la sumber inspirasi, dan buah hati pengarang jantung saya. Satu sikap ketara bapak saya adalah beliau orangnya degil tapi penyayang. Tapi bak kata pepatah, bapak borek anak rintik, macam tu la saya dengan bapak, degil-degilnya bapak, degil lagi saya. Kalau mak pulak, mak saya ni penyabar orangnya, tapi jangan sampai sabarnya meletus, dah la. Semua orang boleh terdiam. Saya paling suka kalau pergi shopping dengan mak, hehehe. Kadang-kadang tu beliau sponsor apa yang kita beli tu. Tapi kena agak-agak  juga la kan kalau nak minta spend, tengok pocket money dulu, kalau awal bulan tu boleh la kena belanja sakan oleh mak, tapi kalau hujung bulan, ermm diam-diam je la..hehe. Selain tu, mak saya ni kuat sangat bekerja. Kadang-kadang dia dapat tidur dalam 3 atau 4 jam jak, lepas tu waktu yang lain tu beliau habiskan dengan membuat kuih-kuih untuk dijual di pasar minggu nanti. Sampaikan ada satu hari tu saya dapat call dari adik saya, dia cakap, mak pengsan kat rumah. Ya Allah macam mau gugur jak jantung ni masa tu. Nak bercakap pun, suara ni dah rasa sebak-sebak. Alhamdulillah esoknya, mak saya dah ok.

Hah yang tu story serba sedikit pasal mak bapak saya, sesungguhnya mereka lah anugerah terindah yang saya pernah dapat dalam hidup ni. Syukur sangat-sangat.

Ok, next saya nak story pasal adik beradik saya yang lain. Seperti saya dah bagitau tadi, saya pernah update pasal adik-beradik saya kat blog ni dulu, klik SINI untuk lebih lanjut. 


Gambar kat atas ni adalah abang, adik-adik dan anak buah saya. Anak buah saya ni sebenarnya anak dari cousin saya. Saya dan cousin memang rapat sangat-sangat, macam adik dan kakak kandung sudah. Ya la, saya ni kan takda kakak, nasib baik ada kakak sepupu, boleh juga share-share cerita dan gosip. Selain adik-beradik yang kat gambar di atas ni, saya ada dua lagi adik, iaitu adik lelaki di bawah saya dan adik perempuan. Dalam adik-beradik, ada dua jak beradik perempuan, yang empat lagi adalah lelaki. Saya anak kedua. Sepatutnya saya ada abang seorang lagi, yang sulung, tapi dah meninggal time kecik-kecik dulu.

Dalam keluarga saya, kami tak pernah pun ambik gambar sekeluarga. Nak tau sebabnya apa? Sebab keluarga kami memang jarang dapat berkumpul bersama-sama semuanya, kalau dapat berkumpul pun, mesti salah seorang tu takda, so takkan la nak ambik gambar keluarga kalau seorang ahli takda kan, nanti ada pulak yang merajuk or ambk hati. 

Takpa la, jom layan beberapa gambar keluarga saya...

mak dan adik ke-2 bongsu

si Upin dan Ipin kat rumah, my little bro

Anak buah yang ke-2 dan tercomel


bye dan Wassalam ^_^


No comments:

Please..Leave Your Name Here...