Sunday, December 29, 2013

Buang Virus Shortcut Dalam Pendrive

Assalam dan selamat ber'supper'...

Tengah-tengah malam ni terasa macam nak update something pulak. Tapi kali ni, saya bukan nak cite pasal orang atau pengalaman, ni cerita lain dari yang lain.

Kali ni saya nak share tentang macam mana nak remove shorcut dari pendrive kita. Memang ini adalah hal yang biasa berlaku untuk student U khususnya, terutama time nak print assignment kat kedai atau time nak ambik nota kat komputer di bilik kuliah.

So, mulai hari ni, jangan risau, sebab saya akan bantu mana yang saya mampu dan tahu. Saya ni pun baru juga belajar guna benda ni, dan alhamdulillah ianya menjadi.

Owh ya, sebelum tu, saya nak bagitau, cara ni kita boleh guna kat mana-mana lappy ataupun komputer, at least kat dalam lappy atau komputer korang tu ada benda ni iaitu Command Prompt.

#1 : Pegi kat simbol home tu, then search Command Prompt.

#2 : Klik benda tu. Nanti akan keluar benda jenis ni kat screen..

#3 : Then, taip attrib -h -r -s /s /d F:\*.*
       Lepas tu tekan butang enter.
      Cuba tengok yang huruf F tu. Sebenarnya, huruf tu tak semestinya berhuruf F, huruf tu adalah mewakili lokasi pendrive kita kat dalam lappy atau komputer. Kalau pendrive kita terletak di flash drive G, taip la G and so on.

#4 : Then, pegi buka  file dalam flash drive kita. Mesti korang perasan kan sebab ada banyak folder-folder atau file-file kat dalam tu, ada yang dalam bentuk shortcut dan ada yang macam biasa. Highlight semua file yang dalam bentuk shorcut tu, lepas tu tekan butang "delete" kemudian "enter". Semua file yang terkena virus akan terpadam.

So, kalau lepas ni pendrive tu asyik shortcut jak lepas cucuk kat lappy, cuba guna cara ni, manatau berkesan, kan. Saya cuma share ilmu yang saya ada jak, kalau salah tolong tunjukkan. Peace no war.

Bye dan Wassalam ^_^


10 comments:

Auni Liyana said...

Tak jdi pun.. shortcut tu still ade kt folder dlm pndrive.. cner nii???
http://cikpapazola.blogspot.com/

Auni Liyana said...

Tak jdi pun.. shortcut tu still ade kt folder dlm pndrive.. cner nii???
http://cikpapazola.blogspot.com/

norsilawati hamdan said...

Saya buat jadi....tq aisyah

Aisyah Qaisyiah said...

ok..sama2 ^_^

Anonymous said...

sya try buat.. tp bila nak masukkan comman palang / (yang kekiri) x boleh */*... mohon bantuan..

Aisyah Qaisyiah said...

kalau awak guna laptop, cuba tengok kat atas keypad "Enter", ada satu keypad tu simbolnya macam ni:
|
\

Anonymous said...

Saya dh cube...jadi.TApi lepas sy keluarkan pendrive tu then sye cucuk balik kt komputer..still keluar shortcut balik

Zuaa said...

Salam, nak tanya sis,kenapa bila dah tekan enter lepas tulis attrib hingga *. Dia ulang balik ayat c:\users? Terima kasih .

Zuaa said...

Salam, nak tanya sis,kenapa bila dah tekan enter lepas tulis attrib hingga *. Dia ulang balik ayat c:\users? Terima kasih .

ParkSu said...

Menjadi..thanks ya..

Please..Leave Your Name Here...