Thursday, November 21, 2013

Pengalaman Shopping Secara Online

Assalam dan selamat petang bloggg...

Hampir sebulan saya dah tak aktifkan diri di blog ni kan, ermmm macam biasa la, penyakit malas plus busy semakin menular dalam diri ini..hehehe (macam ayat novel jer)

Entry kali ni saya nak story tentang pengalaman saya time shopping melalui online ni. Dulu-dulu mana la saya tau sangat nak beli barang melalui online ni, ye la takut juga kan manatau kena tipu ke apa ke, benda-benda ni semua susah nak percaya sikit, lain la kalau yang face to face kan.

Sem ni tiba-tiba pula macam nak cuba pengalaman beli secara online ni. Hehehe tiba-tiba pula datang mood mengada-ngada nak beli through online ni.

So, langkah pertama yang saya buat adalah dengan survey dulu barang-barang yang dijual secara murah, i mean clearance stock punya produk la, (cehhh speaking pula, macam minah saleh jer) hehehe. Ada la satu page ni kat fb, dorang jual pakaian-pakaian murah kat fb, memang betul-betul murah gilak la. Tak akan jumpa di mana-mana kedai harga macam tu. Beli 3 helai baju dengan harga RM29. Fuhhh murah tak murah.

Apa lagi, saya pun cuba la order, then bank in sejumlah RM30, ye la, kan mesin deposit tu tak boleh masukkan duit kalau angka ganjil. So, dua minggu kemudian, barang tu sampai dengan selamatnya. Memang perasaan ni tak sabar-sabar la nak buka bungkusan tu. Lepas tu, tengok pakaian tu satu-satu. Ermm time tu rasa macam hampa betul, nak tau kenapa? Pakaian tu nampak kecil pula kat bahagian bawah, part lengan memang dah ok dah, cuma part bawah baju tu nampak pendek, tak tutup punggung. Tapi tengok kat gambar di fb, nampak ok jak. Betul la kata orang, yang digambar tak semestinya sama dengan yang realiti.

Beberapa minggu kemudian, saya cuba lagi membeli barang secara online. Kali ni saya beli handphone pula. Hehehe memang ambil risiko betul la beli handphone secara online ni, terutama melalui fb. Masa tengah facebook-ing tu, saya ada terjumpa satu group kat fb ni, katanya dia ni agent untuk yang rebat tu, tapi masa tu saya tak beli terus, saya buat selidik dulu (cehhh macam nak jadi CSI jer) iaitu saya baca dulu komen-komen orang yang sudah memohon dan yang dah dapat handphone tu. Ermmm nampak macam boleh caya jak ni. So, apa lagi, saya pun order la then saya bank in RM89 kat agent tu, tapi dengan syarat kena pm dulu hasil scan ic kita untuk pendaftaran rebat. Mula-mula, macam ragu-ragu jak nak pm ic, ya la benda-benda ni semua mana boleh bagi kat orang sembarangan. Then saya pikir pikir dan pikir, akhirnya kata hati saya cakap, Cuba jak la. Jadi saya pun pm la.

Macam biasa, kena tunggu dua minggu, akhirnya barang tu pun dah sampai tapi saya dapat ambil seminggu selepas barang tu dah sampai sebab masa tu saya ada hal sikit. Perasaan time tu sama juga masa order barang time pertama kali dulu. Rasa tak sabar nak balik kolej cepat-cepat lepas tu buka bungkusan tu. Alhamdulillah handphone yang saya dapat tu amat memuaskan hati, siap ada simkad, kredit dan pakej internet sekali. Rasa macam berbaloi la juga.

Mungkin betul la kata orang kan, benda yang first time tu tak semestinya akan memuaskan hati, sama juga dengan ahli perniagaan yang baru nak memulakan perniagaannya, tak semestinya dia akan untung time permulaan tu, lepas cuba beberapa kali dengan menempuh beberapa cubaan, baru la kemanisan kejayaan tu dapat dirasai. Hehehe tiba-tiba pula masuk tajuk perniagaan ni, apa kes...

Tak pa la, yang penting saya dah merasai pengalaman tu, bak kata orang, "tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu"...hehehe

Walaupun pada mulanya mendapat tentang daripada orang sekeliling, tetapi ku gagahkan jua hati ini untuk mencuba, anggap jak ianya sebagai suatu pengalaman yang boleh diaplikasikan time kat dalam kelas nanti memandangkan saya ambik bidang marketing kat U ni....huhuhu sob sob sob....(ayat macam nak menyedapkan hati jer)

Experience is about learning, so dont be afraid to try out.

Ok la, tu jak untuk hari ni, ada banyak lagi assignment dan projek yang nak disiapkan....

Bye and Wassalam ^_^


2 comments:

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

masa first2 shopping online tu memang la takut..
tp bila lama2 best pulakk sampai addicted..
sekarang ni main beli online je senang.. :)

Aisyah Qaisyiah said...

tau xpa...tpi lbh baik mencuba daripada x mencuba langsung...btl x...^_^

Please..Leave Your Name Here...