Tuesday, November 26, 2013

Akhirnya Jumpa Juga Movie The Phantom of The Opera

Assalam dan selamat petang bloggg..


Sudah bertahun-tahun saya tercari-cari movie The Phantom ni tau, rupa-rupanya kawan saya ada movie tu, ye la cerita tu sebenarnya adaptasi dari novel time sekolah tingkatan dulu, tak pasti juga samada tingkatan 1 atau 2. Apa yang pasti, time saya suka tengok akan satu student kat kelas saya (hehehe malunya nak confess :P).

Masa tu, budak tu baru kena transfer kat sekolah kami, time pertama kali dia masuk kelas, saya tak berapa ambil peduli sangat dia ni, ye la, dia tu dah la baru masuk kelas, lepas tu duduk belakang sekali, yang saya ni pula dah la duduk kat depan sekali, kat tengah-tengah pulak tu, berhadapan dengan sign board lagi, saya pun memang malas nak ambil peduli hal ehwal kat belakang tu. Apa yang saya tau, budak-budak pempuan kat kelas saya asyik usha-usha dia tanya itu dan ini, tapi bukannya la usha-usha yang tergedik-gedik tu, saya maksudkan usha yang mesra sebagai kawan-kawan la. Saya yang kat depan tu, dengar juga la perbualan budak-budak sekelas saya dengan budak baru tu, tapi saya malas nak masuk campur.

Keesokan hari nya, baru saya dapat tengok muka budak baru tu, itu pun time kitorang tengah menunggu murid-murid sesi pagi nak balik, masa tu, kawan saya yang bagitau, yang budak tu adalah budak baru kelmarin. Semenjak hari tu, saya nak sangat tengok muka dia tiap hari, pada pandangan mata saya, dia seorang yang kemas and good looking, budak-budak kelas ada yang gelar dia "clark kent a.k.a superman " dan ada juga yang panggil dia professor sebab penampilan dia sebijik macam ala-ala prof yang nak pegi mengajar sambil bawa case bag nya. Namanya biar la rahsia...hehehe. Ada satu hari tu, time kelas Bahasa English, cikgu suruh kitorang berlakon baca petikan ayat daripada novel The Phantom of The Opera. Dialog tu dibuat secara partner antara lelaki dan perempuan. Runding punya runding, akhirnya cikgu buat keputusan untuk buat undian. Seingat saya la kan, time tu murid lelaki kena pick 1 piece of paper yang ada tertulis nama-nama budak perempuan dalam kelas kitorang, kertas-kertas tu digulung kecil-kecil.

Punya la berdebar time cikgu nak umumkan nama-nama partner, akhirnya, dengan senyum yang lebar dan hati yang girang gembira, saya dapat berpartner dengan si dia iaitu budak baru tu....omo omo omo...time tu, saya rasa macam jadi Lana Lang pula..hehehe, ye la, dalam cerita Superman, kan Clark Kent suka dengan Lana....^_^


Ok, tiba masa untuk kitorang berlakon pula, time tu, saya betul-betul berdiri kat sebelah dia, bukan niat nak menggedik la, cuma tiba-tiba perasaan dup dap dup dap pula muncul, tapi saya cuba buat slumber and cool jak time tu, ye la, pempuan kena la jaga adab sikit. Tahan punya tahan dup dap dup dap tu, tiba-tiba pinggang saya terlanggar bucu meja pula dah, aduhhhh!!!! punya la sakit, nasib la baju sekolah saya tak tercarik di buatnya. Rasanya dorang kat dalam kelas tak perasan kot saya terlanggar meja, cuma kawan yang empunya meja jak tau. Jadi saya pun teruskan la dengan dialog part saya sebagai Christine dan dia sebagai Raoul. Part dialog yang saya paling suka adalah  yang ni... "But, i love u, Christine."
Jangan marah saya tau, ini cuma petikan dialog kat novel tu.


So, semenjak hari tu la saya suka dengan cerita The Phantom of The Opera ni. Saya tak tau pula rupanya novel ni dah di filemkan. Saya tak la reti sangat baca novel BI ni, jadi sebab tu saya malas nak baca, confirm mengantuk punya la, bukan sebab saya tak minat, tapi sebab saya tak faham maksud-maksud ayat yang dia guna. Ye la, ayat kat dalam novel tu kan  guna ayat omputeh dulu-dulu yang penuh dengan madah-madah indahnya...adehhh parohhh... Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni, buat masa ni saya tahan-tahan dulu untuk tidak nonton sebab nak fokus dengan semua assignment, projek, presentation dan midterm terakhir nanti. Lepas tu, baru la boleh layan cerita ni puas-puas. Ada banyak movie yang saya nak nonton layan ni sebenarnya.

Ok la, tu jak entry untuk hari ni. Rindu pula dengan kenangan-kenangan time sekolah dulu. ermmm

Bye dan Wassalam ^_^




No comments:

Please..Leave Your Name Here...