Monday, October 21, 2013

Indahnya Pemandangan Dari Kolej Sakura UNIMAS

Assalam dan selamat malam blog...

Macam biasa, hari isnin adalah permulaan hari kuliah. Tapi hari ni saya ada 1 kelas jak, Financial Management. Subjek ni memang sangat la susah. Alhamdulillah lecturer yang mengajar tu  bukan la lecturer yang strict, kalau strict, tak tau la macam mana, mungkin lagi susah kot nak stdy subjek ni.

Hari ni juga, untuk pertama kalinya lecturer bagi kitorang keluar awal sebab slide untuk bab hari ni tak la sebanyak seperti bab-bab yang lalu.

Time balik tu, sempat juga la menikmati pemandangan indah UNIMAS ni dari arah kolej kediaman sakura Blok C (tempat kediaman saya sekarang). Ni la antara pemandangan yang sempat saya shoot menggunakan kamera saya yang tak berapa canggih..hehehe..






Awan pun nampak mendung jak, macam lagu berarak mendung kelabu...Alhamdulillah cuaca pun tak la sepanas hari-hari yang sebelumnya. Hari ni cuaca tenang jak, nyaman  lagi....

Syukur sangat sebab dapat apartment  yang mempunyai view yang secantik ni.

Ok la tu jak...

Wassalam ^_^

Sunday, October 13, 2013

Got A Present

Assalam dan selamat pagi my blog...

Since saya dah masuk semester 3 di Unimas ni, jadual saya sangat-sangat la fit..sampaikan nak update blog pun tiada masa. Hari ni, memandangkan tiada apa-apa aktiviti kolej mahupun fakulti yang berlangsung, so saya manfaatkan masa ni untuk update la serba sedikit kat blog ni.

Kali ni saya nak update tentang hadiah yang baru minggu lepas saya dapat dari seorang kawan saya yang jauh di sana (hehe macam la jauh sangat). Mula-mula tengok hadiah tu, ermmm kemas nya orang ni bungkus...ni dia hadiah tu..

Pastu curious juga la saya nak tau apa yang ada kat dalam bungkusan ni...and then...taraaa...
Oyemjiii soo cute...peach and pink, such a cute colour..makasih untuk kawan a.k.a chinggu yang bagi hadiah ni...sekarang teddy konvo saya dah ada kawan....tapi sayangnya teddy konvo ada kat sabah,so tak dapat nak take a picture for both my teddy...



Apa2 pun...terima kasih friend.. ^_^

Wassalam

Please..Leave Your Name Here...