Saturday, September 14, 2013

Jangan Salahgunakan Laman Sosial & Media Massa

Assalam dan selamat pagi blog...

Entry kali ni saya nak story tentang betapa bodohnya pengguna teknologi dan laman sosial yang telah menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan ini.

Ok maybe entry kali ada iras2 bunyi macam sakit hati atau kurang ajar sikit. Tapi itu saya memang tidak nafikan sebab ini adalah sebahagian luahan rasa sakit hati saya juga.

Sejak akhir-akhir ni, macam-macam cerita dan berita yang kita dengar dari laman sosial dan media massa kan. Tidak kisah la samada cerita tu tentang artis, politik mahupun isu semasa. tetapi kebanyakan cerita tu tidak boleh percaya juga tau. kadang-kadang ada pengguna yang saja-saja nak letak tajuk yang boleh mengejutkan jantung kita, then lepas baca jak isi cerita, tiba-tiba terasa diri ini macam dipermainkan jak. hishhhh memang sakit hati betul la.

Macam baru-baru ini, saya ada terbaca kat laman sosial facebook yang mengatakan salleh yaakob maut ditimpa petir. Masyaallah punya la saya terkejut. Then saya pun baca la isi cerita tu. lepas baca jak tu, eeee mendidih betul hati ni tau, rupanya bukan salleh yaakob yang artis tu, tapi orang lain. orang yang tidak bertanggungjawab tu tidak pandai fikir ke, misal kata la kalau ada saudara mara salleh yaakob yang tiba-tiba terbaca tajuk cerita tu, mesti kita semua dapat bayangkan ekspresi muka mereka, kan. So, faham-faham la.

Dalam hal politik pun ada juga benda-benda macam ni berlaku, cuma saya tidak berapa minat nak ambil tahu sebab ini semua permainan yang tiada kesudahannya. sebab bagi saya, biarlah Allah SWT saja yang tahu mengenai perbuatan pemimpin-pemimpin kita dalam memainkan peranannya terhadap rakyat.

Dalam hal ini, satu sahaja harapan saya iaitu saya harap sangat supaya media-media massa dan laman-laman sosial ini dapat digunakan dengan sebaiknya dan bukannya untuk kepentingan diri masing-masing yang ingin mengaut keuntungan atas kesengsaraan orang lain.

Kalau dah tiada cerita tu, cuba la kongsi maklumat yang berfaedah sikit seperti tentang ilmu agama, atau ilmiah. penulisan saya dalam blog ni pun tidak la sebagus manapun, tapi sekurang-sekurangnya saya nak elakkan daripada menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan tidak berfaedah.

Wassalam

No comments:

Please..Leave Your Name Here...