Saturday, September 14, 2013

Kerenah Budak-budak

Assalam dan selamat malam..

Baru jak tadi saya tengok video terbaru dari Matluthfi, tajuknya adalah "Mengajar Kanak-kanak Riang". Masa tengah kusyuk menonton tu, tiba-tiba saya teringat pula dengan gelagat adik-adik saya yang suka banyak tanya. Kadang-kadang sampaikan saya pun rasa malas nak jawab soalan mereka tu, tapi bila teringat mereka tu masih lagi budak-budak yang perlukan bimbingan dari orang besar, tidak sampai hati pula saya nak abaikan persoalan mereka.

Sebelum saya cerita lebih lanjut tentang entry ni, saya rasa video ni patut ditonton dahulu oleh kamu kamu dan kamu...

Tajuk : Mengajar Kanak-kanak Riang

Video di atas ni sebenarnya ada kena mengena dengan entry saya kali ini.

Betul juga kata-kata matluthfi ni. Budak-budak lelaki la terutamanya, mereka ni lebih banyak kerenah berbanding budak perempuan. Hyperactive, banyak tanya dan tidak pandai duduk diam, macam adik lelaki saya la.

Hendak dijadikan cerita, masa bulan puasa hari tu, memang normal la kan kalau kita sekeluarga berpuasa. Tapi ada satu hari tu saya tidak berpuasa sebab ada "penyakit" perempuan. Adik lelaki saya tu pula asyik-asyik tanya tentang kenapa saya tidak puasa. Saya nak jawab pun macam rasa segan. Tujuh hari saya tidak puasa, tujuh hari tu juga la dia tanya benda yang sama, adehhhh pening saya jadinya. Lastly, dia tahu juga daripada cikgunya. Adoi budak-budak ni, macam-macam ragam, tapi lucu.

Bukan tu saja, asal tengok TV jak, mesti mereka akan tanya something. Sampaikan saya rasa geram. Ya la, saya ni biasanya tidak berapa suka diganggu terutama kalau menonton. Soalan yang selalu mereka tanya adalah tentang maksud-maksud perkataan. Contohnya macam ni...

Dialog 1
Adik : Kak, apa tu menantu?
Saya : ermm menantu tu maksudnya, kalau kau kahwin nanti, orang yang kau kahwin tu la digelar menantu. (sambil kunyah nasi)
Adik : oooo....tapi apa tu menantu?
Saya : Menantu tu isteri mu atau cewek mu la nanti. 
Adik : oooo....

Adeh, saya yang pening nak jawab soalannya tu, entah la faham ke tidak budak ni...

Dialog 2
Adik : Kak, apa tu lempang?
Saya : maksudnya tampar la. Kenapa kau tanya?
Adik : Tidak la, tadi ada di TV tu cakap lempang.

Memang budak-budak sekarang ni makin bijak. Apa tidaknya, kalau bab-bab teknologi atau gadget, mereka memang terer, tidak perlu diajar, akan pandai sendiri, tapi kalau bab-bab tanya maksud tu, adeh kita yang besar ni jadi pening sebab melayan kerenah mereka tu.

Kadang-kadang kat rumah tu, saya pula yang jadi kamus mereka. Tanya tentang itu ini. Kalau mereka faham sekali, tidak apa la. Tapi kalau asyik-asyik tanya benda yang sama, kita pun boleh geram juga jadinya, kan... Apa-apa pun, best juga la layan kerenah mereka ni sebab tidak bosan. hehehe

Baiiii dan Wassalam

Jangan Salahgunakan Laman Sosial & Media Massa

Assalam dan selamat pagi blog...

Entry kali ni saya nak story tentang betapa bodohnya pengguna teknologi dan laman sosial yang telah menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan ini.

Ok maybe entry kali ada iras2 bunyi macam sakit hati atau kurang ajar sikit. Tapi itu saya memang tidak nafikan sebab ini adalah sebahagian luahan rasa sakit hati saya juga.

Sejak akhir-akhir ni, macam-macam cerita dan berita yang kita dengar dari laman sosial dan media massa kan. Tidak kisah la samada cerita tu tentang artis, politik mahupun isu semasa. tetapi kebanyakan cerita tu tidak boleh percaya juga tau. kadang-kadang ada pengguna yang saja-saja nak letak tajuk yang boleh mengejutkan jantung kita, then lepas baca jak isi cerita, tiba-tiba terasa diri ini macam dipermainkan jak. hishhhh memang sakit hati betul la.

Macam baru-baru ini, saya ada terbaca kat laman sosial facebook yang mengatakan salleh yaakob maut ditimpa petir. Masyaallah punya la saya terkejut. Then saya pun baca la isi cerita tu. lepas baca jak tu, eeee mendidih betul hati ni tau, rupanya bukan salleh yaakob yang artis tu, tapi orang lain. orang yang tidak bertanggungjawab tu tidak pandai fikir ke, misal kata la kalau ada saudara mara salleh yaakob yang tiba-tiba terbaca tajuk cerita tu, mesti kita semua dapat bayangkan ekspresi muka mereka, kan. So, faham-faham la.

Dalam hal politik pun ada juga benda-benda macam ni berlaku, cuma saya tidak berapa minat nak ambil tahu sebab ini semua permainan yang tiada kesudahannya. sebab bagi saya, biarlah Allah SWT saja yang tahu mengenai perbuatan pemimpin-pemimpin kita dalam memainkan peranannya terhadap rakyat.

Dalam hal ini, satu sahaja harapan saya iaitu saya harap sangat supaya media-media massa dan laman-laman sosial ini dapat digunakan dengan sebaiknya dan bukannya untuk kepentingan diri masing-masing yang ingin mengaut keuntungan atas kesengsaraan orang lain.

Kalau dah tiada cerita tu, cuba la kongsi maklumat yang berfaedah sikit seperti tentang ilmu agama, atau ilmiah. penulisan saya dalam blog ni pun tidak la sebagus manapun, tapi sekurang-sekurangnya saya nak elakkan daripada menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan tidak berfaedah.

Wassalam

Please..Leave Your Name Here...