Monday, July 22, 2013

Geng Suka Vs Duka Sakurians @ UNIMAS


Assalam and hye bloggers…

Sedar tak sedar rupanya dah nak masuk semester 3 saya dan rakan-rakan study di UNIMAS ni. Macam-macam perkara yang telah saya lalui termasuklah suka dan duka.
Sepanjang dua semester ni, macam-macam kerenah juga yang saya dapat lihat daripada rakan-rakan saya ni..hehehe…ada yang happy -go-lucky, muka serius, funny, slamber, “hyper-active”, cool, stylo, gila-gila, dan pelbagai lagi la ragam mereka ni. Tapi mereka semua ni memang sahabat yang baik dan memahami. Kalau dah dapat berkumpul tu, duduk 2 atau 3 jam pun belum tentu cukup untuk habiskan 1 tajuk cerita kami…hahahaha :p

So, meh sini saya kenalkan sorang demi sorang …

Yang ni namanya Nia. Berumur 23 tahun.Masih muda lagi. Biasa la awet muda, kan. Nia ni anak jati Sarawak tau. Kalau bab-bab nasihat, serahkan kat dia jak, itu memang kepakarannya, confirm korang akan terdiam dengan nasihatnya..hehehe sabo je la~ Nia ni jenis yang suka berterus-terang, tu yang saya suka berkawan dengan dia. Sampaikan student international pun nak berkawan dengan juga. Jangan jeles tau.Hehe. Nia ada 1 habit pelik iaitu dia suka sangat bercerita kisah hantu-hantu kat kami, then lama-kelamaan dia pulak yang ketakutan sendiri terutama time nak balik bilik lepas bercerita, hehehe ada-ada jak la c Nia ni. Tapi, kadang-kadang best juga dengar dia bercerita pasal tu, tak bosan kita jadinya.

Seterusnya pula adalah Umi nama diberi. Umi sama umur dengan Nia. Umi berasal dari Perak tapi dia guna loghat orang Kedah…hahaha ..Sampaikan  saya ingat dia ni orang Kedah atau Pinang. Umi ni kadang boleh jadi orang yang serius dan boleh juga jadi orang yang sangat gila-gila… kalau korang tak kenal dia, mesti korang anggap Umi ni seorang yang sombong. Tapi, sebenarnya dia baik tau. Dalam masa yangsama juga, Umi ni seorang yang mesra alam. Tapi tu la, kadang-kadang disebabkan dia terlalu mesra alam, dia susah nak ingat nama orang, apa lagi kalau setakat berjumpa sekali dua jak. Walaupun dia tak ingat nama, tapi Umi jenis yang ingat muka. So, don’t worry be happy, tegur jak dia ok kalau terserempak ke, apa ke…

Nursyafiqah Isma nama sebenarnya, tapi saya dan rakan-rakan yang lain panggil dia Ieka jak atau Kak Ieka pun boleh. Ieka adalah anak jati Kedah, tapi ramai orang kata dia macam orang Kelantan, sampaikan dia dah naik jemu dengar benda tu. Hehe.Ieka sebaya dengan saya, 22 tahun. Antara geng-geng yang lain, Ieka la yang lebih matured. Hehehe. Ieka mempunyai karakter yang hampir sama dengan Umi. Serius orangnya.Tapi mesra sebenarnya kalau korang nak tau. Ieka ni mempunyai kata-kata yang sangat bernas dan bijak dalam memberi idea. Yang uniknyadengan Ieka ni, macam-macam bahasa dia boleh, tambah-tambah pulak bahasa Sabah dan Sarawak, memang dia A plus sudah. Kiranya, Ieka ni memang seorang yang serba boleh la. Lepas tu, kitorang semua panggil dia Kakak. Nak gelaran yang lebih advance lagi, biasanya kami panggil dia, Kak Long.Hehehe. (tak payah nak pelik sangat la)

Yang ni pulak Huda. Berumur 21 tahun.Asalnya dari Terengganu hok aloh. Hah yang ni korang jangan main-main dengan dia tau, sekali kena dengan jelingan matanya, boleh terpaku korang jadinya.Huda juga adalah merangkap PA untuk Apartment B2.8 (rumah hostel kami), sebab dia sumber maklumat kami terutama dalam hal-hal aktiviti kolej.Itu adalah salah satu kepakaran Huda, dia bijak dalam mencari maklumat, terutama dalam hal-hal nak cari fb someone.Hehehe. Lagi satu,Huda ni jenis yang suka sangat baca novel. Novel-holic  la katakan. Hehehe. Yang bestnya dengan Huda ni, dia selalu buat muka excited kalau dapat satu benda tu atau ada something yang dia nak buat. Hehehe kadang-kadang dia ni buat kami semua tergelak dengan kerenahnya tu. Apa-apa pun, Huda seorang kawan yang baik.

Siti Suzilawati nama diberi. Tapi boleh panggil Siti atau mek Ti jak.Sebaya dengan Huda, 21 tahun dan berasal dari Terengganu juga. Seingat saya la kan, belum pernah lagi saya tengok Siti marah-marah  yang serius atau dingin terhadap kami. Apa tak nya, asal saja dia nak marah, dia selalu tergelak atau buat lawak. Kadang-kadang Siti ni suka sangat membebel, mangsa bebelannya mestilah si Irah, hehehe sampaikan saya pun macam nak pecah perut tergelak tengok gelagatnya tu. Hahaha tiba-tiba saya teringat dengan mak saya. Owh ya, ada 1 habit Siti kalau time study iaitu dia suka buka buku depan laptop sambil on9 muka buku (Facebook). Hehehe.

Ok, yang ni pulak anak jati dari Selangor, Nurul Zahira nama diberi, 21 tahun. Tapi saya selalu tersasul sebut namanya jadi Nurul Hazira.Dia selalu membebel kalau saya salah sebut namanya.Hahaha.Nama comelnya adalah Zira.Zira jenis yang pentingkan penampilan diri.Kira macam stylo la, tapi bukan stylo yang ranggi begitu. Maksud saya, Zira ni jenis yang up-to-date orangnya. Dia suka mencuba sesuatu yang baru terutama dari segi pakaian.Kalau bab-bab mengedit gambar, serahkan kat dia jak, itu memang kepakarannya. Mesti korang akan puas hati dengan hasil editnya. Then, kalau kami ada masalah atau keraguan tentang laptop or software, dia la juga sumber rujukan kami. Tapi kalau masalah laptop korang tu  jenis yang nazak sudah, baik bawa pergi kedai jak la sebab itu di luar kepakaran Zira sudah, tak dapek nak nolong…

Yang ni pulak geng yang paling slumber and cool jak.Nama diberi adalah Wani, 21 tahun juga.Wani berasal dari Sarawak. Wani ni mempunyai salasilah keluarga yang istimewa sikit, sebab dia ni mempunyai campuran 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Parents dia pun ada mix juga. Unik kan. Korang ada?, korang tak ada~…hehehe. Sedar tak sedar, rupanya Wani ada bakat terpendam tau iaitu berlakon. Hehehe sebabnya dia dulu pernah berlakon dalam subjek Hubungan Etnik sebagai heroin iaitu Yana, seorang pelajar berbangsa Melayu yang berkawan baik dengan  seorang pelajar lelaki bangsa Cina, tapi terhalang dek kerana parents and status bangsa yang berlainan.

Yang ni anak jati dari Perak. Tinie namanya, masih 21 tahun juga. Tinie lahir pada bulan yang sama dengan saya, jadi karakter kami ada persamaan sikit. Gelaran yang dia selalu dipanggil adalah si Comel atau kanak-kanak Ribena.Hehehe.Saya paling suka kalau dengar Tinie bercakap, sebab dia punya loghat Perak tu kelat sangat, tapi best bahasa diorang. Ahah, Tinie terkenal dengan almarinya yang penuh dengan barang-barang  keperluan, semua ada, macam kedai, korang sebut saja nak barang apa, pasti ada kat almarinya. Hehehe. Ada 1 drama yang Tinie suka sangat tengok iaitu Boys Over Flower, drama Korean. Tak tau la sejak bila dia kena virus korea ni. Danjuga  entah berapa kali sudah dia nonton cerita tu, kadang-kadang saya pula yang jadi bosan tengok si Tinie ni nonton cerita korea tu terus. Hehehe.

Seterusnya pula adalah tentang rumate saya. Nama diberi adalah Airin Safaarina.Namanya unik sikit.Dia berasal dari Nogori Sembilan. Mula-mula kenal dulu, saya tak tau nak panggil dia apa dan takut juga la nak tegur dia. Hehe. Tapi dia kata, panggil jak dia Erin.21 tahun juga. Erin ni jenis yang pendiam sikit. Dia hanya akan bercerita benda-benda yang penting jak. Kalau hal kemas-mengemaspula, memang dia terbaik, yang tersembunyi pun tak dapat dah nak mengelak, confirm dia akan sapu.Hehehe.Lagi satu, saya suka bertanya hal-hal agama dengan dia.Dia jenis yang tak “lokek” ilmu juga tau. Sudah dua semester saya ber-rumate dengan dia, memang best.

Hah yang ni kawan senegeri saya dari Sabah, tapi dia dari daerah Lahad Datu, bersebelahan dengan daerah saya. Namanya adalah Nurlaylah, panggil dia Lela jak.21 tahun.Ada satu hari tu, saya, Tinie dan Lela bercerita tentang awal perkenalan kami time mula-mula masuk hostel dulu. Segala-galanya diluahkan time bercerita tu. Tak sangka pulak dulu dorang tengok saya ni macam seorang yang sombong. Hahaha.Lepas tu bercerita pulak pasal “merampas” kawan la dan macam-macam lagi.Pecah perut jadinya kalau diimbas semua tu balik. Lela nijenis yang mesra alam orangnya. Kalau bab-bab bercerita, Lela suka berkongsi tentang pengalaman, idea dan kata-katanya yang mantaptu. Kami semua suka bercerita dengan Lela. Kadang-kadang dia ni melucukan juga. Hehehe.

Next, si kecik molek ni asalnya dari Melaka. Irah nama diberi dan berumur 21 tahun juga macam yang lain. Irah ni pulak adalah jenis yang talk-active. Maksudnya, asal jak dia bercakap, adui punya la laju, macam machine-gun pun ada, sekali nafas jak keluar. Lagi satu, Irah jenis yang suka banyak tanya, sampaikan geng yang lain pun tak tau dah nak jawab apa. Hahaha redha jak la. Yang lain selalu kata kami dua ni lambat “pick-up”, hahaha tapi kami tak kisah, sebab itu la keistimewaan Irah dan saya, kan kan kan Irah~…hehehe. Kalau tak ada Irah, tak tau la macam mana kami nak berjalan pergi beli barang kat luar, sebab Irah ni pandai memandu tau, hermm jangan pandang sebelah mata, walaupun orangnya kecik tapi berkebolehan, tau tak…

Hah yang ni adalah taikonya. Hehe.Namanya adalah Ani.21 tahun juga.Ani adalah anak jati Kedah. Best sangat dapat dengar loghat dia sebab loghat Kedah dia kuat sangat. Ani ni jenis yang senang nak hulurkan bantuan, bak kata perbahasan Melayu, Ringan Tulang. Nak tau kenapa?. Ya la sebab Ani banyak sangat bantu saya masa sem 1 dulu. Pada hal, kami baru jak kenal.Then, yang bestnya juga kat Ani ni sebab dia pandai memandu, manual atau auto, dua-dua pun dia terer. Ani mempunyai persamaan karakter sikit dengan Nia iaitu suka berterus-terang kalau dalam hal-hal yang dia tak suka. Saya suka berkawan dengan orang yang macam tu.Lepas tu, dia juga senang dibawa berkawan sebab dia jenis yang tak pilih bulu kalau berkawan.Semua orang dia tegur dengan baik.

Orite, gadis comel ni namanya Mira, 21 tahun juga. Mira ni anak jati Sarawak tau. Apa yang saya dapat katakan pasal Mira, dia sebenarnya baik. Kalau korang tak kenal dia, memang dia lagi tak akan kenal korang. Hahaha. Actually, Mira ni hanya akan beramah mesra dengan orang-orang yang dia dah kenal jak tau, sebab dia jenis yang susah nak mulakan conversation dengan orang lain.Yang bestnya, kalau ada event kat hostel seperti dinner  dan apa-apa jak, kami selalu minta tolong dengan Mira iaitu tolong make-up. Hehehe. Hasil tangan Mira dalam hal make-up ni semua, memang kami sangat puas hati tau. Hasilnya mesti la cantik.Jadi, siapa-siapa yang dah nak kahwin tu, boleh la call Mira di number 014-4444444, tekan-tekan, tak dapat. Hahaha. Kidding!

Ok, tu la serba sedikit karakter geng-geng baru saya kat UNIMAS ni. Seperti yang saya kata tadi, ada macam-macam ragam dan kerenah mereka ni. Tapi itu la pencorak kehidupan saya di UNIMAS ni, tanpa mereka, memang sunyi la kan.


Itu jak la entry saya untuk kali ni. Next time saya update lagi. Hehehe penat dah tangan saya menaip, nak berehat jap, ok. Mengalahkan macam buat assignment pulak entry ni, kan. Apa-apa pun, harap korang semua enjoy dengan entry kali ni.

Saya menyusun 11 jari tolak 1 jari (11-1) sekiranya ada kata-kata yang buat korang terasa erk.Sesungguhnya, diri ku ini hanya insan biasa yang punya mata, hidung, telinga dan mulut macam korang semua. Hehehe.

Bye dan wassalam… ^_^


No comments:

Please..Leave Your Name Here...