Friday, May 24, 2013

PRANKKK!!!! Mangsa Birthday Di Bulan Mei

Assalam dan hepy blogging guys....

Bulan Mei, cukup banyak ujian yang mencabar kesabaran kitorang sebagai warga UNIMAS dan juga sebagai student...

Tapi ujian dan cabaran itulah yang membuatkan saya dan rakan-rakan di sini menjadi rapat dan mesra. Susah senang kitorang tanggung sama-sama walaupun itu bukan salah kitorang. Di sini la kami kenal dan mengenali satu sama lain walaupun pelbagai loghat dan latar belakang yang membezakan kami, tapi  kami adalah SATU HATI.

Actually, itu semua mukadimah semata-mata. Saya bukannya nak story pasal susah senang atau ujian-ujian bagai ni semua.

Yang sebenar-benarnya saya just nak story aktiviti "nakal" yang pernah saya dan rakan-rakan saya lakukan semasa dalam sem ni. Hehehe memang agak nakal la juga sampaikan jadi kes hospital dan melibatkan YDP MPP tuuuu. Adehhhh terserlah kenakalan kitorang di situ.

Sem ni memang banyak aktiviti mem-prank-kan orang yang birthday dah berlaku. Prank2 ni semua adalah perkara yang mesti kitorang buat.

Ini lah anggota keras yang menjadi dalang segala punca prankkk yang telah berlaku..hehehe

Kali ni, sasaran kitorang adalah geng dari kolej kediaman lain. Nak tau x siapa mangsa sebenar dalam kes ni????? Taraaaaaa.....
Ok ini dia...namanya Fatullah a.k.a Fatul... Ala potong-potong kek hanyalah permulaan cerita prankkk kitorang..Korang nak tau x apa cerita disebalik suprise ni semua???? Orite, bak sini saya bagitau one by one....

First, projek tangkap katak....ini la antara sukarelawan yang sanggup korbankan ketakutan dan kegelian mereka untuk menangkap katak... ermmm banyak juga katak yang dorang ni tangkap... tak pasal2 makhluk ni yang jadi korban...maafkan kami mr. and mrs froggies....




 Ini dia taiko dan assisstant penangkap katak-katak...


Then, buat air sirap belacan plus  daun kering yang dah basah berlecak. Tak sempat nak tangkap gambar proses adunan air belacan tu. Tapi,  di sini saya tunjukkan dalang air belacan....ehehhe

Third, bahan yang selalu digunakan adalah TEPUNG...

Barang-barang dah set up, tinggal tunggu mangsa datang jak lagi...


OK, time mangsa dah  sampai tu, apa lagi projek besar pun beraksi...hehehe..



Bukan saja Fatul yang kena prank tau, rupanya dalam cerita prank ni, ada cerita tersirat yang saya sendiri tak tau...Nak tau x apa cerita tersirat tu???

Hermm rupa-rupanya dorang geng2 saya pun berpakat satu sama lain nak kenakan saya sekali memandangkan saya pun lahir bulan 5. Tapi lama lagi kot birthday saya tu. Sampai hati dorang baling tepung kat saya secara bertubi-tubi pulak tu...huhu redha jak. Serius saya katakan, ini la first time orang buat mcm tu kat saya. Hehe happy juga la...


Seterusnya pula adalah geng-geng lain yang turut terkena projek Prank dalam bulan ni...agak sadis la juga dorang dikenakan. Saya sendiri pun tak mampu nak tengok muka dorang time kena prank..Kesian..

Pic kat bawah ni adalah time birthday Farhan a.k.a YB... dia lagi teruk kena prank, air sirap budu plus tepung....hehehe
 tu dia, YB (yg pakai sweater merah hitam) bersama taiko-taiko prank


Yang kat bawah ni pula adalah time birthday Syafiq a.k.a bang Long kawasan...hehe...


Yang kat bawah ni pula adalah mangsa prank pertama di bulan Mei iaitu tini (baju biru) dan nia (baju putih sweater hitam).. Time turn dorang, kami bagi simbah air tasik UNIMAS  jer....hehe x teruk sangat kot....


Hehehehe tu saja la entry untuk hari ni...apa-apa pun we are friend forever.... Susah senang kitorang tanggung bersama. Macam-macam masalah yang menimpa kami sem ni, tapi tu semua hanyalah ujian, dari ujian itu lah, hubungan kami semua menjadi rapat. Sayang korang semua ketat-ketat...

Tak tau la samada sem depan kita dapat tinggal sama-sama lagi ke x...huhuhu. Harap hubungan ni x kan berakhir di sem ni saja...wallahualam

Ok la baiiiiii... Wassalam ^_^


No comments:

Please..Leave Your Name Here...