Friday, May 24, 2013

PRANKKK!!!! Mangsa Birthday Di Bulan Mei

Assalam dan hepy blogging guys....

Bulan Mei, cukup banyak ujian yang mencabar kesabaran kitorang sebagai warga UNIMAS dan juga sebagai student...

Tapi ujian dan cabaran itulah yang membuatkan saya dan rakan-rakan di sini menjadi rapat dan mesra. Susah senang kitorang tanggung sama-sama walaupun itu bukan salah kitorang. Di sini la kami kenal dan mengenali satu sama lain walaupun pelbagai loghat dan latar belakang yang membezakan kami, tapi  kami adalah SATU HATI.

Actually, itu semua mukadimah semata-mata. Saya bukannya nak story pasal susah senang atau ujian-ujian bagai ni semua.

Yang sebenar-benarnya saya just nak story aktiviti "nakal" yang pernah saya dan rakan-rakan saya lakukan semasa dalam sem ni. Hehehe memang agak nakal la juga sampaikan jadi kes hospital dan melibatkan YDP MPP tuuuu. Adehhhh terserlah kenakalan kitorang di situ.

Sem ni memang banyak aktiviti mem-prank-kan orang yang birthday dah berlaku. Prank2 ni semua adalah perkara yang mesti kitorang buat.

Ini lah anggota keras yang menjadi dalang segala punca prankkk yang telah berlaku..hehehe

Kali ni, sasaran kitorang adalah geng dari kolej kediaman lain. Nak tau x siapa mangsa sebenar dalam kes ni????? Taraaaaaa.....
Ok ini dia...namanya Fatullah a.k.a Fatul... Ala potong-potong kek hanyalah permulaan cerita prankkk kitorang..Korang nak tau x apa cerita disebalik suprise ni semua???? Orite, bak sini saya bagitau one by one....

First, projek tangkap katak....ini la antara sukarelawan yang sanggup korbankan ketakutan dan kegelian mereka untuk menangkap katak... ermmm banyak juga katak yang dorang ni tangkap... tak pasal2 makhluk ni yang jadi korban...maafkan kami mr. and mrs froggies....




 Ini dia taiko dan assisstant penangkap katak-katak...


Then, buat air sirap belacan plus  daun kering yang dah basah berlecak. Tak sempat nak tangkap gambar proses adunan air belacan tu. Tapi,  di sini saya tunjukkan dalang air belacan....ehehhe

Third, bahan yang selalu digunakan adalah TEPUNG...

Barang-barang dah set up, tinggal tunggu mangsa datang jak lagi...


OK, time mangsa dah  sampai tu, apa lagi projek besar pun beraksi...hehehe..



Bukan saja Fatul yang kena prank tau, rupanya dalam cerita prank ni, ada cerita tersirat yang saya sendiri tak tau...Nak tau x apa cerita tersirat tu???

Hermm rupa-rupanya dorang geng2 saya pun berpakat satu sama lain nak kenakan saya sekali memandangkan saya pun lahir bulan 5. Tapi lama lagi kot birthday saya tu. Sampai hati dorang baling tepung kat saya secara bertubi-tubi pulak tu...huhu redha jak. Serius saya katakan, ini la first time orang buat mcm tu kat saya. Hehe happy juga la...


Seterusnya pula adalah geng-geng lain yang turut terkena projek Prank dalam bulan ni...agak sadis la juga dorang dikenakan. Saya sendiri pun tak mampu nak tengok muka dorang time kena prank..Kesian..

Pic kat bawah ni adalah time birthday Farhan a.k.a YB... dia lagi teruk kena prank, air sirap budu plus tepung....hehehe
 tu dia, YB (yg pakai sweater merah hitam) bersama taiko-taiko prank


Yang kat bawah ni pula adalah time birthday Syafiq a.k.a bang Long kawasan...hehe...


Yang kat bawah ni pula adalah mangsa prank pertama di bulan Mei iaitu tini (baju biru) dan nia (baju putih sweater hitam).. Time turn dorang, kami bagi simbah air tasik UNIMAS  jer....hehe x teruk sangat kot....


Hehehehe tu saja la entry untuk hari ni...apa-apa pun we are friend forever.... Susah senang kitorang tanggung bersama. Macam-macam masalah yang menimpa kami sem ni, tapi tu semua hanyalah ujian, dari ujian itu lah, hubungan kami semua menjadi rapat. Sayang korang semua ketat-ketat...

Tak tau la samada sem depan kita dapat tinggal sama-sama lagi ke x...huhuhu. Harap hubungan ni x kan berakhir di sem ni saja...wallahualam

Ok la baiiiiii... Wassalam ^_^


Sunday, May 19, 2013

Sebelum & Semasa Hari Jubah dan Mortar Ku

Assalam dan hye u allssss...

Penantian selama 10 bulan kini dah semenjak tamat poli kat kota kinabalu tahun lalu.

Tanggal 5hb April 2013 adalah langkah awal ke arah hari jubah tu. Nak tau tak apa yg berlaku pada tarikh tu????
Yaaa time tu adalah hari pendaftaran, pertemuan dan rehearsal bagi saya dan rakan-rakan saya yang lain. Ada macam-macam ragam dan rupa time tu. Ada yang makin cantik and ada jugak yang makin hensem...hehehe

Ini adalah pictures SEBELUM hari Jubah tu berlaku. Memang agak kelam kabut la jugak time tu sebab banyak benda nak urus and daftar. Penat gilakkkk..
jalan-jalan kat 1Borneo sebelum rehearsal konvo


Proses nak mengambil jubah dan barang-barang konvo





Tanggal 6hb April 2013, di sini la tercipta 1 sejarah penting buat saya dan parents sy... Hari Jubah di Politeknik Kota Kinabalu,... Kenangan yang tak dapat dilupakan...SEMASA hari jubah



Geng saya yang terima anugerah dekan a.k.a ketua jabatan..alhamdulillah

 Snap gambar dulu before naik pentas (dalam ati berdebar-debar sdh)

Geng sekelas yg paling riuh

Koleksi-koleksi konvo yang saya dapat...semuanya menjadi kenangan...
Yang penting, patung konvo tu, hehe pemberian ihklas dari sahabat di UNIMAS.. thankssss

Pingat anugerah dekan 

Picture pertama bersama jubah, mortar dan pingat


Geng UG yang paling kepoh

yeahhh thats me!!! ^_^

tu diaaaa artis DPM dan ketua kelas DPM

kakak dan adik UG....

ini geng cina kat kelas DPM, diorang semua memang sempoi


ni dia...saya dan bestfriend saya semenjak dari form1 lagi kitorang sekelas, nama dia nadia...akhirnya kami graduat sama2...

nampak tak keriuhannya di situ..


ini pula penolong ketua kelas, bunga nama diberi..

yang sebelah kiri tu, noi namanya, yg sebelahnya pulak mirnah...noi bekas rumate saya...


yeahhhh tu dia...my mum and my younger bro..baju purple kat belakang tu abang saya..haha x nampak muka dia...x dapat upload pic my mum dengan saya bgambar sekali sebab kabur...adehhhh ni semua masalah kamera yang dah K.O...hehe

Perasaan time ni memang x terkata...sejuk semacam ja tangan ni time naik pentas, ati makin berdebar-debar...

Dengan ini, lengkap la sudah saya bergelar graduan Diploma in Business Management di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah...

Ok la..tu ja untuk entry kali ni...Hari Jubah adalah 1 kenangan yang tak dapat dilupakan even kita dah kerja atau sambung stdy... 

Macam-macam suka, duka, dan cabaran yang dihadapi, akhirnya, dapat juga saya dan rakan-rakan yang lain tempuhi selama 3 tahun ni..Alhamdulillah...

Terima kasih buat mak dan bapa saya yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya...dan terima kasih juga buat lecturers saya yang telah bertungkus-lumus mengajar saya dan rakan-rakan yang lain walaupun banyak kekangan yang dihadapi semasa proses pembelajaran tu berlaku...dan yang terakhir, terima kasih daun keladi buat kawan-kawan saya sebab sudi menghadapi semua ni bersama-sama saya....

Semoga kita semua dapat mencapai kejayaan yang diimpikan masing-masing...in sha Allah...

wassalam..^_^




Please..Leave Your Name Here...