Tuesday, March 12, 2013

Budaya Orang Bercinta Sekarang

Assalam dan Selamat pagi bloggers...

Korang perasan ka macam mana budaya orang bercinta sekarang???

Saya sebenarnya bukan la mau memburuk-burukkan sesiapa, cuma kadang-kadang ada benda yang perlu kita ambik pengajaran sebelum memulakannya, terutama buat adik-adik yang baru nak menjejakkan kaki ke alam remaja dan persediaan menghadapi kehidupan yang penuh berliku-liku ni.

Begini la, saya ambik pengajaran dari satu kisah hamba Allah yang tidak perlulah saya mention namanya.

Timah dan Talha merupakan pasangan yang sedang hangat bercinta kat sekolah. Kedua-duanya mempunyai rupa paras dan good looking la orang kata. Tapi, dalam kelebihan yang mereka miliki tu, ada juga kelemahannya. Walaupun mereka dikatakan pasangan hot kat sekolah, tapi Timah dan Talha ni masing-masing mempunyai scandal (perhubungan dengan pihak ketiga). Kalau bergaduh, scandal menjadi peneman buat sementara. 

Timah dan Talha mempunyai seorang sahabat iaitu Tijah. Tijah ni pun mempunyai seorang bf, tapi pasangan ini boleh dikatakan pasangan yang biasa-biasa saja sebab mereka berdua tidak suka heboh tentang perhubungan cinta-cinta ni terutama kat sekolah. Tidak seperti Timah dan Talha yang dikenali sebagai pasangan hot.

Hinggalah pada suatu hari, Tijah telah mendapat tahu yang Timah ni rupanya mempunyai bf (scandal) selain Talha semasa mereka terserempak di sebuah shopping mall. Kemudian, Timah memujuk Tijah agar tidak memberitahu Talha kerana khuatir sekiranya hubungan mereka akan hancur. Manakala, Tijah terpaksa la menutup rahsia tu demi sahabatnya, Timah.

Beberapa hari kemudian, semasa Tijah dan bf nya sedang menonton wayang, tiba-tiba mereka terserempak dengan Talha bersama seorang wanita cantik dan bergaya yang mereka tidak kenali di Hall yang sama. Pada masa tu, terserlah kegelisahan Talha di hadapan Tijah dan bf nya. Kemudian, Talha pun menceritakan hal yang sebenar kepada Tijah dan bf nya. Seperti yang diduga oleh Tijah, rahsia yang disembunyikan oleh Talha ni adalah hampir serupa dengan rahsia yang Timah rahsiakan daripada Talha.

Sejak daripada kejadian tu, Tijah telah dapat mengagak sikap kedua-dua pasangan sejoli ni. Tijah telah menjadi orang pertengahan untuk menyimpan rahsia kedua-dua sahabatnya tu. Dan dia tidak tahu untuk berbuat apa sebabnya tiada yang salah dan betul dalam hal ni.

Lepas tu, Tijah pun ambik keputusan untuk membiarkan saja Timah dan Talha untuk menguruskan rahsia mereka itu. Sebab dia sedar, lambat-laun rahsia mereka akan terbongkar juga.
Beberapa bulan kemudian, Tijah perasan yang sikap Timah dan Talha sudah tidak semesra dulu. Kini mereka lebih banyak menghabiskan masa menyendiri di rumah masing-masing.
Setelah diceritakan oleh Timah, barulah Tijah dapat tahu yang Timah dan Talha telah putus hubungan sebulan yang lalu. 

Lima bulan kemudian, Tijah telah dapat tahu yang Talha akan bernikah. Tetapi pernikahannya bukanlah dengan Timah. Pernikahan tu adalah di antara Talha dan Trisha. Tijah sebenarnya tidak tahu dari mana datangnya Trisha ni sehingga boleh menyebabkan Talha mengawininya. Pada hal Timah, iaitu gf Talha yang bertahun-tahun lamanya mereka bercinta pun boleh berpisah.

Sekarang ni, tinggallah Timah dengan cara  hidupnya yang baru iaitu dia mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Dia berasa bersyukur kerana dia mempunyai seorang sahabat seperti Tijah yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan dorongan kepadanya di saat dia keseorangan.

So, itu adalah kisah yang banyak sudah berlaku dalam kalangan remaja-remaja dan golongan dewasa sekarang. Janji sehidup semati kononya la, walhal maksudnya sorang hidup, sorang mati. Dalam hidup ni, memang la kita kena pandai jaga diri, tetapi dalam masa yang sama, kita kena la juga jaga hati orang sekeliling kita. Pernah dengar ka HUKUM KARMA???? haaaaaaa itu adalah hukuman yang akan berbalik kepada kita sendiri sekiranya kita telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh orang yang kita telah sakiti. Misalnya seperti kisah di atas tu lah...

Sebenarnya banyak sudah kisah-kisah macam ni saya dengar sana sini. Sampaikan saya sendiri pun sudah naik muak mendengarnya, kalau boleh termuntah-muntah saya jadinya nanti...hahaha..(tidak la sampai macam tu sekali, lebih-lebih pulak)

Apa-apa pun, korang kena ingat, berfikir dahulu sebelum buat.

Wassalam ^_^



2 comments:

HaiZuL RaDZi said...

kisah huruf 'T'... hahah=D
hahaha gurau!

Aisyah Qaisyiah said...

hehehe iya....thanx sb sudi baca entry ni

Please..Leave Your Name Here...