Friday, March 22, 2013

Antara Pensel dan Komputer, Mana Lebih Canggih?

Assalam dan hepy blogging guyssss...

Kepada yang muslim tu, korang dah solat jumaat ke??? Dan kepada yang non-muslim pula, harap hari ni korang mempunyai hari yang baik dan lebih baik dari semalam.
Sekarang ni macam-macam tabloid canggih yang sudah ada kat pasaran kan. Bermula dengan komputer, laptop, mp3, mp4, psp, BB,ipod, iphone, ipad, dan seterusnya entah apa lagi yang akan muncul. ermm mungkin screen hologram??? 

Tapi dalam masa yang sama, walaupun benda-benda ni semua sudah maju dan advance la katakan, korang jangan lupa pulak pada satu benda lama yang mula2 kita gunakan masa nak belajar ABC dan 123 dulu-dulu. Walaupun benda tu jarang sudah digunakan (kecuali kat sekolah yang masih perlu digunakan), tapi benda tu tiada tandingannya dengan alat teknologi yang lain. Boleh digunakan tidak kira masa, tempat dan situasi.

Mesti korang dah dapat agak kan benda apa yang saya maksudkan tu. Sebenarnya benda tu adalah PENSEL. Maju macam mana pun kita, pensel tetap menjadi pilihan kita untuk menulis something yang important, walaupun komputer dan yang lain sebenarnya lebih canggih berbanding pensel.
Dan yang lebih menariknya, banyak kelebihan kalau kita menggunakan pensel ni jika dibandingkan dengan komputer. Antaranya termasuklah...

1) Pensel boleh diselitkan di telinga. Komputer boleh juga nak selit tapi telinga siapa?
2) Hujung pensel, kalau tumpul boleh ditajamkan. Komputer kalau tumpul?
3) Pensel harganya murah. Komputer murah juga tapi bagi orang kaya jak la
4) Pensel boleh menulis dalam air. Komputer boleh ke?
5) Kalau blackout, pensel masih boleh digunakan untuk menulis, tapi Komputer? asyik tension jak sebab tak sempat nak save fail yang sebelumnya
6) Pensel boleh guna untuk main baling-baling. Komputer pun boleh juga tapi kalau nak rasa macam  mana tastenya, cuba la baling komputer korang
7) Pensel boleh dipakai untuk korek-korek hidung (sy tak hingin pun nak korek guna pensel). Komputer muat ke masuk dalam lubang hidung korang???hehehe
8) Pensel tak boleh terkena virus. Tapi Komputer adalah gudang bagi virus2
9) Pensel kalau jatuh, bunyi dia tak kuat, tak menganggu orang tido pun. Tapi cuba korang try jatuhkan komputer korang tu time semua orang tengah tido nyenyak...tak ke naye jawabnya tu, tak pasal2 kena maki oleh jiran sebelah. hehehe
10) Pensel boleh diletakkan di bawah katil. Komputer pun boleh, tapi bantal tu tak boleh bawa pegi tido
11) Pensel boleh menulis dan melukis tanpa program. Komputer tanpa program, apa jadi?
12) Pensel basah kita boleh jemur lagi. Kalau komputer basah? Macam mana? boleh guna ke lagi???

Korang tak rasa ke betapa hebatnya pensel tu dari dulu hingga kini??? Saya rasa kagum tau..hehehe
Maka dengan itu, saya mengumumkan (cewah...hehe macam watikah perlantikan la pulak)...sebenarnya saya nak kempen yang pensel ni lebih advance dari komputer. So, lebihkan guna pensel berbanding komputer...

Big smile design from pencil to computer...
Smile on Friday...

Wassalam ^_^


2 comments:

Arjuna Silvera said...

best entry ni,,,
tak ada pensil( kalam) rasanya tak ada komputer

Aisyah Qaisyiah said...

tQ coz read my entry... ^_^

Please..Leave Your Name Here...