Monday, February 18, 2013

Percutian 4 Hari 3 Malam & Suka Duka Kami Bersama


Assalam dan hepy blogging..

Sebenarnya ini bukanlah percutian yang di sponsor oleh siapa2. Ini adalah percutian yang tidak di jangka akan berlaku dalam hidup saya dan rakan2 saya yang lain. Mengikut kisah sebenar perjalanan hidup kami, ermmm memang sangat la mencabar dan menguji kesabaran. Tapi ini semua ujian dari-Nya, kami redha jak sebab Allah tidak akan meletakkan sesuatu beban itu jika hambanya tidak mampu.

Memandangkan kami semua ni datang ke sini awal sangat, so kitorang tiada tempat mau stay pun, walaupun saya ada makcik kat sini, tapi sebolehnya saya tidak mau menyusahkan dia. Jadi, saya dan kawan2 ambk keputusan untuk bergantung dengan diri sendiri dan cari insiatif lain tentang nasib kami yang tiada tempat nak ditujui sebenarnya ni. Ya la kan, hidup di perantauan ni kena la pandai-pandai jaga diri. Masa mula2 sampai kat airport tu, memang la best, dari jauh sudah senyum2 sebab dapat jumpa balik housemates yang lain. Beberapa minit kemudian, kami diselubungi kerisauan. Kerisauan tu berlarutan hinggalah sampai tengah malam.

Tengah malam pun tiba, badan2 pun penat dan lenguh. So, kitorang pun pergi berurut sekejap di kerusi urut yang disediakan tapi kena bayar la kalau mau kena urut. RM1 untuk 3 minit. Wahhh lega nya. Then, kami pun buat keputusan bermalam di surau airport untuk mlm tu saja. Memang sangat la sebak time tu. Sudah la selimut tiada, lantainya pun beralaskan batu marmar. Sejuk sangat-sangat. Nasib baik la ada 1 bantal dalam surau tu, boleh juga dijadikan alas kepala. Masa tengah rehat tu, tiba2 ada sorang makcik yang baru saja habis solat. Kami dan makcik tu bercerita sekejap jak, lepastu dia dah nak pergi,tapi dia ada bagitau kami tentang 1 hotel murah kat bandar. Kami pun, rasa macam lega sudah sedikit sebab tahu sudah arah kami akan tujui nanti iaitu Hotel Laila Inn.

HOTEL LAILA INN

Esok paginya, kitorang bersiap awal pagi untuk ke hotel. Kebetulan pemandu teksi yang bawa kami time tu sangat mesra orangnya. Macam-macam tempat dia bagi tunjuk, itu la, ini la, kalau nak shopping, pergi sana la, ini jalan haji begini- begini la...kami pun mengiyakan jak apa yang dia cakap. Kadang kami tidak paham apa yang di cakap sebab dia kan chinese, jadi agak pelat sikit bahasanya.

Hotel itu la yang telah melindungi kami daripada panas dan hujan selama 4 hari 3 malam yang lalu. Kalau sewa hotel secara beramai-ramai, memang sangat la murah. Ikutkan hati kami ingat mau sewa 3 hari 2 malam saja, jadi tidak sampai RM50 kena bayar, tapi kami buat keputusan untuk ambk 4 hari 3 malam la, alang-alang kan. Bajet yang keluar pun ada la dalam RM60 lebih tiap sorang. Murahkan. Hehe sebab kami kongsi-kongsi untuk 5 orang dalam 1 bilik pakej double room.

Masa tinggal sana, kitorang memang sudah buat keputusan untuk beli barang-barang keperluan awal2 untuk sebulan punya stok. Haha memang payah sangat time tu sebab terpaksa angkat barang-barang tu dari shopping mall sampai la ke hotel. Macam mau putus segala urat-urat dan tulang-tulang ni. Aktiviti kitorang kalau sudah sampai hotel adalah Kira Duit dan saling bayar membayar hutang, terasa macam main jutaria pulak.hehe.

Masa mau balik UNIMAS pulak, barang-barang kitorang macam mengalahkan barang untuk 10 orang. Teramat la banyak. Nasib baik la ada pakcik drebar van yang baik hati sanggup mau menghantarkan kami sampai ke UNIMAS. Van dia penuh dengan barang-barang kami saja. Lagipun, pakcik tu memang kesian juga tengok kami yang berada di tempat orang ni. Mungkin dia teringat dengan anak perempuan dia juga yang tengah belajar di UiTM. Kami tidak akan lupakan jasa pakcik tu yang selama dua hari berturut-turut sudah hantar kami ke destinasi kami.
Sepanjang 4 hari tu, saya bersyukur sangat-sangat dengan Allah SWT sebab sudah mempertemukan kami dengan orang-orang yang baik sepanjang perjalanan hidup kami tu. Dalam kisah kami ni, ada 3 orang yang sangat kami hargai kebaikan mereka iaitu makcik di surau, uncle teksi, dan pakcik van.

So, itu la kisah kami.

Masa untuk pulang ke UNIMAS!!!! ni ada pictures yang sempat saya ambk untuk dijadikan kenangan sikit..hehe..









pak cik van yang hantar kitorang

Wassalam ^_^


No comments:

Please..Leave Your Name Here...