Monday, February 25, 2013

Menarik Di Sabah

Assalam dan happy blogging...

Korang tahu apa yang menarik di sabah ni? Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak...

Tajuk entry ni tercetus masa saya dan housemates yang lain tengah borak2 pasal tempat-tempat menarik di negeri masing-masing. Hehehe rasa bangga pulak seketika time sesi bercerita tu. Cewah~

Kalau korang nak tahu, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik yang ada di sabah ni.  Mari saya tunjuk satu demi satu....

1) Hutan Tropika Maliau Basin, Tawau
Ianya juga dikenali sebagai Sabah's lost World

2) Taman Bukit Gemok (Hutan Simpan), Tawau

3) Balung River Eco Resort, Tawau

4) Menara Kayangan (Tower of Heaven), Lahad Datu

5) Lembah Danum, Lahad Datu

6) Bukit Tengkorak, Semporna

7) Pulau Sipadan

8) Pulau Mabul

9) Pulau Mataking

10) Pulau Kapalai

11) Rumah Terbalik, Tamparuli

12) Waterfront Financial Labuan

13) Simpang Mengayau, Kudat

14) Taman Sepilok, Sandakan

15) Pulau Layang-layang

16) Gunung Kinabalu, KK

17) Gua Gomantong, Kinabatangan

18) Gua Madai, Kunak

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di sabah ni. Tetapi setakat tu saja yang saya dapat share kat korang. Harap ianya dapat membantu korang untuk mengunjungi tempat-tempat yang digemari.

Wassalam... ^_^


Thursday, February 21, 2013

Seorang Nenek Mengaku Salah Mencuri Ubi Kayu


Assalam dan selamat blogging

Entry kali ni memang sangat-sangat sedih dan sebak untuk kita jadikan pengajaran dan renungan. Kisah entry ni bukan lah saya reka-reka sendiri tapi saya share daripada satu page dalam facebook.

Kisahnya adalah berkenaan tentang seorang nenek tua yang mempunyai kehidupan yang sangat susah dan beliau telah dikenakan tindakan undang-undang negara. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang nasib nenek tua ni, korang bolehlah teruskan pembacaan entry ni sampai habis.



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


Wassalam...^_^


Monday, February 18, 2013

Percutian 4 Hari 3 Malam & Suka Duka Kami Bersama


Assalam dan hepy blogging..

Sebenarnya ini bukanlah percutian yang di sponsor oleh siapa2. Ini adalah percutian yang tidak di jangka akan berlaku dalam hidup saya dan rakan2 saya yang lain. Mengikut kisah sebenar perjalanan hidup kami, ermmm memang sangat la mencabar dan menguji kesabaran. Tapi ini semua ujian dari-Nya, kami redha jak sebab Allah tidak akan meletakkan sesuatu beban itu jika hambanya tidak mampu.

Memandangkan kami semua ni datang ke sini awal sangat, so kitorang tiada tempat mau stay pun, walaupun saya ada makcik kat sini, tapi sebolehnya saya tidak mau menyusahkan dia. Jadi, saya dan kawan2 ambk keputusan untuk bergantung dengan diri sendiri dan cari insiatif lain tentang nasib kami yang tiada tempat nak ditujui sebenarnya ni. Ya la kan, hidup di perantauan ni kena la pandai-pandai jaga diri. Masa mula2 sampai kat airport tu, memang la best, dari jauh sudah senyum2 sebab dapat jumpa balik housemates yang lain. Beberapa minit kemudian, kami diselubungi kerisauan. Kerisauan tu berlarutan hinggalah sampai tengah malam.

Tengah malam pun tiba, badan2 pun penat dan lenguh. So, kitorang pun pergi berurut sekejap di kerusi urut yang disediakan tapi kena bayar la kalau mau kena urut. RM1 untuk 3 minit. Wahhh lega nya. Then, kami pun buat keputusan bermalam di surau airport untuk mlm tu saja. Memang sangat la sebak time tu. Sudah la selimut tiada, lantainya pun beralaskan batu marmar. Sejuk sangat-sangat. Nasib baik la ada 1 bantal dalam surau tu, boleh juga dijadikan alas kepala. Masa tengah rehat tu, tiba2 ada sorang makcik yang baru saja habis solat. Kami dan makcik tu bercerita sekejap jak, lepastu dia dah nak pergi,tapi dia ada bagitau kami tentang 1 hotel murah kat bandar. Kami pun, rasa macam lega sudah sedikit sebab tahu sudah arah kami akan tujui nanti iaitu Hotel Laila Inn.

HOTEL LAILA INN

Esok paginya, kitorang bersiap awal pagi untuk ke hotel. Kebetulan pemandu teksi yang bawa kami time tu sangat mesra orangnya. Macam-macam tempat dia bagi tunjuk, itu la, ini la, kalau nak shopping, pergi sana la, ini jalan haji begini- begini la...kami pun mengiyakan jak apa yang dia cakap. Kadang kami tidak paham apa yang di cakap sebab dia kan chinese, jadi agak pelat sikit bahasanya.

Hotel itu la yang telah melindungi kami daripada panas dan hujan selama 4 hari 3 malam yang lalu. Kalau sewa hotel secara beramai-ramai, memang sangat la murah. Ikutkan hati kami ingat mau sewa 3 hari 2 malam saja, jadi tidak sampai RM50 kena bayar, tapi kami buat keputusan untuk ambk 4 hari 3 malam la, alang-alang kan. Bajet yang keluar pun ada la dalam RM60 lebih tiap sorang. Murahkan. Hehe sebab kami kongsi-kongsi untuk 5 orang dalam 1 bilik pakej double room.

Masa tinggal sana, kitorang memang sudah buat keputusan untuk beli barang-barang keperluan awal2 untuk sebulan punya stok. Haha memang payah sangat time tu sebab terpaksa angkat barang-barang tu dari shopping mall sampai la ke hotel. Macam mau putus segala urat-urat dan tulang-tulang ni. Aktiviti kitorang kalau sudah sampai hotel adalah Kira Duit dan saling bayar membayar hutang, terasa macam main jutaria pulak.hehe.

Masa mau balik UNIMAS pulak, barang-barang kitorang macam mengalahkan barang untuk 10 orang. Teramat la banyak. Nasib baik la ada pakcik drebar van yang baik hati sanggup mau menghantarkan kami sampai ke UNIMAS. Van dia penuh dengan barang-barang kami saja. Lagipun, pakcik tu memang kesian juga tengok kami yang berada di tempat orang ni. Mungkin dia teringat dengan anak perempuan dia juga yang tengah belajar di UiTM. Kami tidak akan lupakan jasa pakcik tu yang selama dua hari berturut-turut sudah hantar kami ke destinasi kami.
Sepanjang 4 hari tu, saya bersyukur sangat-sangat dengan Allah SWT sebab sudah mempertemukan kami dengan orang-orang yang baik sepanjang perjalanan hidup kami tu. Dalam kisah kami ni, ada 3 orang yang sangat kami hargai kebaikan mereka iaitu makcik di surau, uncle teksi, dan pakcik van.

So, itu la kisah kami.

Masa untuk pulang ke UNIMAS!!!! ni ada pictures yang sempat saya ambk untuk dijadikan kenangan sikit..hehe..









pak cik van yang hantar kitorang

Wassalam ^_^


Please..Leave Your Name Here...