Wednesday, January 16, 2013

Hati-Hati Dengan MLM

Assalam dan selamat pagi bloggers...
Tahu tak apa itu MLM? MLM ni adalah Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya, Pemasaran Pelbagai Peringkat.

 Kalau kita tanya pendapat orang lain berkenaan MLM ni, mesti dalam fikiran mereka adalah sejenis perniagaan seperti skim cepat kaya, ponzi, skim piramid, head hunting dan macam-macam lagi la. Tapi orang ramai lebih prefer sebagai skim cepat kaya la kan.

Sudah dua kali saya kena pengaruh oleh ejen-ejen MLM ni untuk join business mereka tu. Tapi tu la, hati kita kena kuat dan kita kena berfikir secara kritis dan logik. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis mereka. Secara jujurnya, saya memang pernah join business MLM ni tapi tidak la sampai melibatkan pelaburan duit yang banyak macam sesetengah business MLM yang lain. Lepas tu, saya sudah tidak meng'aktif'kan diri lagi dalam kerjaya MLM ni.

Sebenarnya, ada juga yang menyokong business MLM ni sebagai business yang positif dan tidak menipu, tapi seperti yang saya katakan tadi, kita kena hati-hati. Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis mereka. Kalau bagi yang lelaki, jangan mudah tergoda dengan kata-kata si gadis ejen MLM tu dan yang wanita pula, jangan la mudah cair dengan kehenseman dan pengaruh si kacak ejen MLM. Sebab itu adalah salah satu cara untuk psiko customers mereka.

Saya tidak la pandai sangat mau bagi nasihat-nasihat bagai semua untuk korang tentang MLM ni, saya cuma kata, HATI-HATI jak.

Sekarang ni, banyak sudah saya dengar peserta-peserta MLM kena tipu la, kena paksa la, dan apa-apa jak la, macam di tempat saya sekarang ni, di UNIMAS. Ramai sudah student yang kena tipu oleh pembohongan MLM. Sasaran mereka adalah kepada pelajar tahun 1. Macam-macam dorang bagi helah supaya student ni join business mereka. Mula-mula dorang kata ianya adalah seminar keusahawanan. Lepas pegi jak seminar tu, ermmm rupanya itu adalah taktik MLM supaya kita datang ke tempat mereka. Macam-macam dorang pengaruh kita, kadang-kadang dorang panggil ejen-ejen yang lain dan kelilingi kita dan  buat kita rasa bersalah. Yang saya paling tidak boleh ingat, dorang kata kat saya macam ni, "kamu tidak kesian ke kat parents awak, tak kan la awak nak minta duit saja dengan mereka kan, awak ada ambil PTPTN tak?"...

ermmmm lepas dorang dapat tau jak yang kita ni ada ambik PTPTN, memang lagi la dorang akan  pengaruh kita supaya melabur dalam business mereka tu. Dorang kata, "x pa, kalau kamu tak cukup duit sekarang ni, awak bayar je dengan harga yang paling rendah iaitu RM800". Duiiii naaaa, gila agaknya...tak kan senang-senang jak saya nak bagi dorang RM800 tu. Tujuan saya ke UNIMAS ni bukannya nak kerja atau cari duit, saya ke sini untuk belajar. Sudah menjadi tanggungjawab parents pulak kan untuk dorang tanggung pembelajaran kita semasa di U ni. So, buat apa saya nak fikir pasal kekurangan wang kan. Yang penting, kita kena pandai berjimat dan tidak lupa tujuan sebenar kita ke sini. Bagi saya, buat apa nak join benda-benda ni semua.

Lepas tu, saya kata la juga kat dorang, "sebenarnya, belum masanya lagi saya mau cari duit ni, tujuan saya ke sini nak belejar jak, hal-hal cari duit, saya tolak ke tepi dulu". Tapi dorang tetap juga nak pengaruhi saya. Dorang sendiri juga cakap yang benda ni semua bukan paksaan, tapi dari cara mereka tu, ermmm nampak sangat macam memaksa. Agak-agak la kan. Sampai 3 jam lebih saya duduk depan ejen tu sambil dengar kata-kata pengaruh mereka tu. Tak pasal-pasal terbazir masa saya selama 3 jam untuk dengar produk MLM mereka tu. Pada hal sebelum ni, saya sudah juga diperkenalkan dengan produk tu time kat sabah dulu. Yang tu pun sampai 2 jam atau 3 jam lebih saya dan kawan saya kena duduk dan dengar briefing tentang produk dan business mereka tu. Nasib la kitorang tak terpengaruh dan tak join benda tu.

Sekarang ni, berita berkenaan penipuan MLM di UNIMAS sudah sampai ke artikel metro. Korang klik dan baca la kat SINI

Apa-apa pun, korang yang buat keputusan, korang yang kena judge sendiri, dan korang yang kena berfikir sebab itu kan duit korang. Jangan jak sampai melabur di tempat yag salah, sudah la. Kalau nak melabur pun, pergi la ke saluran yang betul. Duit tidak akan datang dengan senang-senang saja macam durian runtuh. Korang yang kena usaha. Tidak semua business macam tu akan kekal untung.


So, korang renung-renung kan lah ya...

Wassalam ^_^




9 comments:

ERNA said...

Saya juga hampr jatuh ketgn mereka...masa tu sya berada di matrikulasi...mereka memang am kat sana...bdk2 lg...kemudian, nak pkai duit lg...sng terkena....Alhamdulillah...sya x terlibt pun...

Aisyah Qaisyiah said...

yang penting kita kena pikir baik2 sebelum beri duit kat orang lain...

. . fil . . said...

xtau la nk ckp cmne. kwn sy sndr pun ad join gak. die lak ajak sy. tp xberani la

Aisyah Qaisyiah said...

sm la, kwn sy sndri pun pernah ajak untuk join benda ni, tapi saya x brani la nak bg duit yg beratus-ratus kat org mcm tu jak...jangan mudah terpengaruh, duit kita, hak kita

sha_azmi said...

baru tahu psl nie,,thankss!

Bazil Atik said...

betul...memang benar kata2 cik adik,mereka menggunakan helah,rata2 mereka mmpunyai kuasa saiko yang amat power,tapi jangan sebut MLM tu macam teruk sangat,yang ada tu benar ,tapi sebut je segolongan itu atau jujur nama company tu,biar orang tahu.jika cik adik berfikir positif seperti cina,donald trumph,robert kyiyosaki,tentu cik adik nampak dunia,cik adik,tahu tak cik adik,TUn dr Mahathir pun dah ckp,2020 negara Malaysia ni di kuasai nertworking,setahu saya di Malaysia membenarkan Multilevel,serta ada halal & haram telah di keluarkan oleh pihak2 tertentu tentang sistem MLM,cik adik tahu tak,sebab pemikiran sengkek melayu kita bekerja untuk wang,betul tak jika saya kata mak adik mesti cakap,''Dik blajar rajin2 keje elok2".dalam tak sedar cik adik termasuk dalam golongan 90% manusia yang menjadi hamba wang,jika bercakap tentang agama pula islam ada menyeru umatnya menuju ke arah kejayaan di dunia & akhirat bukan??lihatlah seruan azan.jadi di sini....positiflah...jika cik adik nak join MLM,selidik latar belakang,pastikan kalau join tu ada jaminan dari kerajaan atau badan bukan kerajaan ye.kalau cik adik ckp macam ni tetap tak mengubah apa2.ramai orang kata tak minat bisnes,hakikatnya sekeliling cik adik kerja 8 jam sehari.

Funtikar Django said...

@bazil atik, statement mcm tu seolah2 perniagaan ni cuma MLM...MLM tu perniagaan....tu yg ko silap bro...geng MLM atas ko mesti da ckp time ni bukan masa utk berniaga yg mcm biasa jual barang online ke bukak kedai makan ke kedai cafe ke sebab ekonomi tak sesuai...

roszana said...

Jom join powergold tak seperti mlm biasa...

Nna Hazlina ヅ said...

MLM banyak mengajar untuk membuang sikap hati kotor, negative dan bertawakal selain usaha. Bila masa sy berdoa dikurniakan rezeki extra dkat saya, sy didatangi pasangan suami isteri yg menyoal ttg impian dan cita2 sy, sy masih bekerja dibawah org menjadikan org lain jutawan tp saya still butawan. Menjadikan impian sbg motivasi, tk salah biarkan fikiran kita di basuh oleh system MLM yg banyak terbukti melahirkan jutawan. Tak join itsokay. Pilihan atas kita. Buang negativity. Korg nk jual barang korg pun mst 'basuh' minda org juga kan :) seriously tk perlu modal lebih seribu. Cukup sekadar pakej RM848 dan RM316. Tak perlu jual barang tk perlu buat loan atau rasa perasaan teraniaya sbb MMC sendiri akan dtg bantu confirm tk lepas tangan. Berjaya lah bersama Kenshido (dulunya Score A), company 16 tahun bertapak, punyai sijil halal dr JAKIM. Punyai penasihat syariah, penolakkan zakat. Seriously tak kenal maka tak cinta. Jangan takut dengan kegagalan, takut lah dengan sifat ketakutan itu sendiri - hazlinaharon@ymail.com

Please..Leave Your Name Here...