Friday, January 11, 2013

Ceritera Kini UG Setelah 8 Bulan Tamat Diploma

Assalam dan malam my blog...

Sebenarnya saya tak tau nak cerita apa malam ni. 

Tak apa la. Saya cerita tentang UG saja la. Rindu sangat-sangat dengan geng UG. huhuk...
Kalau kitorang dapat  berkumpul semua, banyak cerita yang mau diluah ni. Tak kira la tengah makan ka, tengah tunggu bas ka, atau tengah cari kelas, kitorang bercerita macam tiada noktahnya. Apa taknya, kitorang ada 9 orang, so, sorang mungkin ada 3 atau 4 cerita. haha tu la pasal tak pandai habis ceritanya.
Apa-apa pun, kali ni, saya mau cerita tentang kerjaya terkini masing-masing UG.
Baru saja 8 bulan kitorang berpisah semenjak tamat poli, tapi semuanya macam sudah berubah. TAPI.....
perubahan mereka bukan la perubahan yang negatif atau perubahan yang membawa pergaduhan. Ini adalah perubahan baik dan mantap la orang kata..cewah ayat tuuuu.... Mari saya story satu persatu...

BUNGA

Semenjak tamat saja dari poli tu, bunga ni kuat sangat cari kerja. Mula-mula tu dia keja kat tempat keja lama dia, di kedai jahit uniform. Lepas tu, beberapa bulan penantiannya, dia telah ditawarkan kerja di KL-Kepong. Tapi tempatnya bukan di KL, tempatnya dekat check-point tawau-semporna jak. Syarikat tu mengusahakan kelapa sawit. Di syarikat tu juga la bunga telah menjadi seorang kerani akaun. And dengar-dengar, baru-baru ni dia ada ujian penilaian.Hehe dia kata macam jadi pelajar IPTA pulak dia time tu sebab time keja pun ada juga ujian-ujian segala. Tak pa bunga, mungkin itu salah satu ujian untuk naik pangkat kot..Amin..mudah-mudahan la kawan saya sorang ni dapat naik pangkat. Lepas tu, bunga juga ada menerima 1 tawaran temuduga SPA8 sebagai Pegawai Pertahanan Awam. Tidak lama, ada sudah ahli tentera dalam geng UG ni.hehehe. Mencurah-curah rezeki bunga ni semenjak kerja ni tau.  Saya dan bunga sudah berzanji nak jumpa time cuti sem saya ni. Kitorang pakat mau makan ABC Milo di bandar. Dan apa yang paling bestnya, bunga berzanji nak belanja saya...weeeeee besttttt nyaaaaaa...hehehe

 
SELI

Lepas tamat poli, seli duduk kat rumah saja sementara tunggu result UPU. Tapi, apakan daya, rezeki seli untuk sambung belajar belum ada lagi. So, dia pun jaga la kedai runcit mamanya. Yang lucunya, seli ni sebenarnya tak berapa suka jaga kedai runcit  mamanya sebab dia malas nak layan kerenah budak-budak sekolah yang asyik-asyik membeli saja. Sudah la balik-balik datang, dorang membeli pun sikit-sikit, hehehe jadi, apa lagi, seli pun tekanan la..Then, seli dapat keja pula di salah satu firma akaun yang berdekatan dengan rumahnya. Actually, seli ni tak berapa suka mengira-ngira, apa lagi akaun. Dia paling tak suka akaun tu, ya la, otak dia kan jenis yang teori. Tapi tak tau la, saya rasa memang nasib seli dengan akaun saja sebab masa praktikal dulu pun dia dapat firma yang mengusahakan akaun-akaun dan cukai-cukai. Hehe sabar la seli. Baru-baru ni pulak seli dapat tawaran temuduga SPA8 dan temuduga UPSI, tak cukup dengan itu, seli juga dapat baru saja dapat tawaran masuk ke UNIMAS dalam bidang fakulti sains sosial. Tapi dia masih menunggu tawaran lain sebenarnya kalau ada sebab kos yang dia dapat kat IPTA ni agak lari sikit dari bidang yang kitorang pernah ambil masa di poli dulu. Tak pa seli, take ur time to think it. Solat istikharah dan mohon petunjuk yang terbaik dari Allah. Wahhh bertuah sungguh kamu seli.

WADA

ok, Sebelum tamat poli lagi, wada sudah ditawarkan kerja oleh bekas majikannya time praktikal dulu untuk kerja semula di firma tersebut. Lepas dua minggu atau tiga minggu kalau saya tidak silap, wada telah bekerja di firma tersebut seperti yang telah dijanjikan. Agak lumayan juga la gajinya. Lepas tu, wada terpaksa berhenti kerja sebab dia dapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Lepas tu, dia dapat pulak tawaran temuduga SPA8. Wahhhh bertambah-tambah rezkinya kawan saya ni. Baru-baru ni wada telah mengikuti pasukan ragbi wanita UMS-KAL. ermm jangan main-main tau dengan dia ni. hehehe. Sekarang ni wada menghadapi peperiksaan akhir semester 1 macam saya. So, gudluck my dear wada. Semoga buat yang terbaik ok, pastikan pointer 3.5 dalam genggaman.

SAYA

Hehehe nak juga cerita pasal diri saya sendiri. Lepas tamat poli tu, saya terus cari kerja sementara saja dulu. Kerja tu tak la tinggi mana pun, kerja sebagai salesgirl kedai kasut saja. Lepas dua bulan kerja, saya pun berhenti and bantu emak saya buat kuih di rumah untuk dijual di pasar minggu atau untuk tempahan-tempahan orang lain. Sementara tunggu result rayuan UPU keluar, setiap hari saya akan keluar ke bandar atau ke cybercafe untuk online sambil cari-cari kerja kosong. Tak cukup pencarian di internet, saya cuba beranikan diri untuk cari kerja kosong bahagian admin di bandar. Resume-resume banyak sudah saya edarkan ke syarikat lain. Hingga la ada satu hari tu, ada satu firma telefon saya. Dia tawarkan saya satu jawatan sebagai kerani tetapi saya terpaksa tolak sebab cawangan yang saya ditawarkan adalah di bahagian pedalaman dan amat jauh dari rumah saya.huhuk. Namun, keesokannya, saya dapat satu mesej yang mengatakan, "Dengan sukacitanya anda telah ditawarkan ke IPTA UNIMAS dalam program WE10 (Bachelor in Marketing). Alhamdulillah...rezki yang tak disangka-sangka, ada juga hikmahnya saya tolak tawaran firma tu. So, sekarang saya berada di Universiti Malaysia Sarawak dan sedang berperang dengan final exam semester 1. (amboi panjang nya celoteh ni)

NADIA

Lepas tamat jak dari poli, nad just duduk-duduk kat rumah saja dulu untuk beberapa bulan. Then, nad dapat satu kerja yang berdekatan dengan rumahnya juga. Time tu dia kerja di salah sebuah studio gambar. Adalah dalam dua bulan begitu dia kerja kat sana, lepas tu nad berhenti kerja. Rasanya lepas raya kot dia berhenti, saya pun tidak berapa ingat sudah. Lepas berhenti kerja pulak, nad jadi baby sitter kat rumah dia. Mama kepada nad ni ada buat kerja untuk jagakan anak orang. Kiranya nad ni jadi pembantu mamanya la sudah untuk menjaga baby tu. Dengar-dengar nad sudah jadi tembam dan comel. Hehehe tak sabar mau tengok perubahan baru kawan-kawan saya ni.Owh ya, beberapa bulan yang lalu, nad ada terima tawaran daripada Bank Islam. Tapi dia tak pergi sebab jauh katanya. Tak pa nad, rezeki kita ada di mana-mana. Baru-baru ni juga nad ada terima tawaran temuduga dan ujian UPSI di UMS seperti seli, noi, dan diana. Perancangan nad sekarang, kemungkinan lepas ini dia akan kerja di salah sebuah syarikat resort di Semporna dalam bahagian akaun. Wahhh untung la nad... lepas ni, hari-hari la dia dapat tengok laut biru semporna.

DIANA

Ini pula berkenaan diana. Semenjak habis stdy diploma ni, diana telah memenuhkan masa-masa free nya dengan mengelilingi 1 Malaysia. Hehehe.... Bermula dengan destinasi di UUM. Dia dan familynya pergi ke UUM sebab nak sambut hari konvo kazen dia. Kebetulan pulak ada sorang member kitorang sedang sambung belajar kat sana iaitu mija!!! Punya la budak tu happy time dapat tau diana nak pegi sana. Saya rasa, habis sudah satu bahagian barat semenanjung malaysia dorang round tu termasuklah di pasaraya selatan thai. Punya la siokkkk. Lepas tu, diana buat lawatan pulak ke sarawak, cewah.. Actually bukan untuk bersiar-siar sebenarnya, dia kata ada someone ka tak silap mereka nak jumpa, dan yang penting not me..hehe. Sekarang ni, diana tidak buat apa-apa, tapi kadang-kadang dia ada juga buat sedikit business kecantikan atau kesihatan iaitu rumpai laut. Saya rasa budak ni memang ada ciri-ciri untuk jadi seorang marketer laaa. Beberapa minggu yang lepas, result kemasukan UUM ada keluar, tetapi diana sangat-sangat frust sebab dia tak tersenarai. Jangan risau diana, mungkin rezeki kamu berada di UPSI. Pastikan nama kamu adalah tersenarai dalam 60 orang terpilih dari seluruh Malaysia. Lagi satu, diana ni juga ada ciri-ciri untuk jadi tenaga pengajar sebab seluruh ahli keluarga dia adalah cikgu. So, our coming teacher soon is Teacher Diana!!!!!

NOI a.k.a ALIZAH

Seterusnya tentang noi pulak. Budak paling happening. Kalau dia tiada memang sunyi la kami..haha. Semenjak tamat poli, noi pun tengah tunggu result upu juga time tu tapi sayangnya dia belum ada rezeki lain. Sementara menunggu tu, noi sudah ambil keputusan untuk belajar memandu. So, dalam seminggu tu dia terpaksa turun tawau untuk ambil ujian. Jarak antara tawau dan semporna agak jauh la juga dalam dua jam begitu. Tambang pun, ermmm boleh tahan la juga mahalnya. Tak pa, duit BR1M kan ada. Hehehe. Akhirnya noi dapat lesen memandu, wahhh nampaknya ada sudah memandu untuk UG ni. Yang penting noi, UG tak muat kalau naik kereta, kena pakai van juga baru  lah muat. Buat masa sekarang ni, noi masih menunggu panggilan dari mana-mana IPTA sebab parents dia belum benarkan dia bekerja lagi, kalau boleh, mama nya nak dia sambung belajar lagi seperti adiknya yang sekarang ni berada di USM. Owh ya, noi seperti yang lain juga, mereka dapat tawaran temuduga UPSI. Mereka semua berkumpul ramai-ramai di UMS, temuduga bersama-sama. Wahhh untung la korang sebab dapat reunion sekejap walaupun hanya 3 orang saja (noi, seli, nadia n diana). Jangan risau noi, rezeki tu Allah sudah tentukan untuk kita semua. Amin.

MIZA

Dalam ramai-ramai kami, miza la orang yang paling bertuah sebab dapat sambung kat UUM. Pada hal kami semua bercita-cita nak belajar di UUM atau UPSI. Last-last hanya nama miza sorang jak yang tersenarai dalam “sukacita”, kami semua dapat “dukacita”.  Mula-mula, dia tak nak pergi sana sebab ya la dia sorang jak yang dapat, dia risau sekiranya dia tak dapat membawa diri secara bersedirian berhad. Lepas kami bagi nasihat dan galakan plus paksaan, akhirnya dia pun setuju. Hehehe. Selepas berada di sana, dia selalu menghadapi pelbagai gelagat yang membuatkan dirinya makdal (makan dalam or makan ati). Nasib la miza ni jenis yang kuat juga hatinya dan yang penting, dia ni memang seorang yang penyabar sangat-sangat. Belum pernah lagi saya tengok dia marah sepanjang 3 tahun saya berkawan dengan dia time di poli dulu. Sekarang ni, miza sedang menghadapi final exam di UUM seperti saya. So saya ucapkan gudluck 4 u dear, do ur best. Remember what our madam chow said this before, “Suffer First Enjoy Later”. Our DPM’s slogan, “Don’t Dream It, Be It”.

PINAS

Selepas habis poli jak, pinas dan kami semua  tunggu result UPU. Dengan dukacitanya, pinas pun salah seorang daripada nya yang gagal masuk IPTA. Tapi itu tidak bermakna yang pinas tidak berbuat apa-apa sementara tunggu penggilan masuk ke IPTA. Kalau korang nak tau, pinas ni seorang ahli businesswoman yang berjaya. Pernah dengar ka tentang CROCHET? Itu adalah sejenis broach yang dikait guna benang, biasanya orang akan kait baju, mafela atau sarung tangan, tapi cik pinas kita ni kreatif sangat-sangat. Dia boleh pulak kait beberapa jenis crochet dan amigurumi yang kecil dan sangat comel. Saya pun tak mampu nak lakukannya, tangan masih keras sikit. Wada dan bunga telah menjadi salah seorang ejen pinas untuk menjual crochet di tawau dan labuan. So kiranya hasil rekaan pinas ni sudah sampai di 3 buah daerah iaitu tawau, keningau dan labuan. Baru baru ini juga, pinas terima dua tawaran baik punya iaitu tawaran temuduga UPSI dan tawaran mauk ke UUM. Tapi katanya, dia nak tunggu juga tawaran dari UITM dulu. May be hujung bulan ni kot result tu keluar. Dia pun pening-pening sudah, tak tau nak pilih yang mana. Hehehe sangat-sangat bertuah la kamu ni pinas. Minta sikit tuah kmau tu untuk saya guna time exam nanti...hehehe.

Sedar tak sedar, rupanya hampir setahun sudah kami tidak berkumpul macam dulu-dulu.

Teruskan usaha kamu geng untuk menjadi pelajar, pekerja dan insan yang berguna di dunia akhirat dan kepada ibu bapa kita juga.

Apa-apa hal, nanti kita story panjang-panjang time konvokesyen tahun depan nanti. Harap korang semua dapat datang ya. And tolong jangan balik kampung awal sangat, kita spend time dulu di KK macam dulu-dulu. Rindu mau kepoh-kepoh dengan kamurang.....

Wassalam ^_^


Please..Leave Your Name Here...