Wednesday, January 30, 2013

My Sakurian Housemates


Assalam dan hai bloggers...

Musim cuti sem saya ni agak best la juga sebab layan drama dan wgm korea jak di rumah..hehe
Bukannya selalu ada peluang macam ni kan. Actually saya bukannya mau cerita pasal korea-korea sebab kalau tengok dari tajuk entry ni pun, ermmm memang tiada kaitan langsung. Kalau berkenaan jepun, ermm la berkaitan sikit-sikit walaupun sepatah perkataan jak.

Ya....tajuk saya kali ni memang ada kaitan dengan jepun. Korang perasaan tak tajuk entry saya kali ni adalah berkenaan “my sakurian housemates”. Sakura tu merujuk kepada nama kolej kediaman saya di UNIMAS dan sakurian tu merujuk kepada orang-orang di kolej tu. Nama sakura tu diambil sempena nama bunga yang ada di jepun sebab pengasas kepada kolej kediaman kami tu adalah berasal daripada negara jepun.

So, nama rasmi kolej kediaman tu adalah Kolej Kediaman Sakura. Hanya kolej ni sahaja yang menempatkan pelajar2 perempuan di UNIMAS.

Ok, cukup mukadimah tentang nama kolej sakura.

Sebenarnya, nak juga saya perkenalkan sorang demi sorang housemates saya kat entry ni, tapi malangnya...folder2 pic yang ada kat dalam pendrive saya sudah hilang semuanya. Huhu tidak dapat mau update pasal mereka. Tidak apa la, lain kali saja la saya akan update. Walaubagaimanapun, akhirnya jumpa juga 1 keping picture ni yang ada menunjukkan keseluruhan housemates saya kat lappy.

All My Housemates

Ok, tu jak entry kali ni...

Wassalam.. ^_^



Sunday, January 20, 2013

Balik Kampung!!!

Assalam dan petang bloggers...

Tinggal beberapa jam jak lagi saya akan balik kampung....weeee!!!!!

Tidak sabar rasanya mau jumpa mak bapak, dan adik-adik saya yang nakal dan banyak cakap tu. Kalau ada mereka, saya memang tidak sunyi sebab mereka dua tu jenis yang tidak pandai diam, ada jak yang mereka nak laporkan dekat saya. hehehehe

Tapi, yang paling saya lucu adalah mereka panggil saya ni kedekut. hahaha Boleh boleh mereka kata yang saya ni kedekut. ermm kedekut la sangat. Pada hal, kalau saya tiada di rumah, pandai pulak mencari. Saya bukannya nak kedekut-kedekut dengan mereka, cuma saya tidak mau mereka terlalu dimanjakan dengan permintaan mereka yang entah apa-apa. Apa-apa pun saya tetap sayang sangat kat mereka, saya gelar mereka ni, Upin dan Ipin sebab beza umur mereka ni selang 3 tahun tapi saiz badan sama saja. Kadang-kadang yang c adik disangka abang dan sebaliknya.

Ok...berbalik kepada tajuk entry ni iaitu "Balik Kampung", sebenarnya ini adalah kepulangan saya yang pertama dalam satu sem ni sebab sekarang kan saya tengah stdy di luar negeri (cewah, terasa bangga pulak sikit, pada hal sebelah negeri jak pun), so memang agak susah la juga untuk pulang kampung kalau ada cuti.

Ramai juga kawan-kawan saya yang pesan itu dan ini untuk ole-ole mereka dari sarawak, tapi apa kan daya,  bajet tidak mencukupi kawan-kawan sayang ku semua, hanya kek lapis pelbagai perisa dan baju sarawak saja yang saya dapat belikan untuk ole-ole kamu. Ini pun, tidak semua orang yang saya belikan. Saya belikan untuk adik-adik dan anak buah saya dahulu. Yang paling menyedihkan, saya lupa pulak mau belikan baju untuk seorang lagi anak buah saya. Saya betul-betul lupa, apa tak nyaa, dia kan baru lahir beberapa bulan yang lalu, so tidak ingat langsung yang saya ni sudah ada dua anak buah. Huhu maap kan aunty dear.

Memandangkan esok saya akan balik saya kenalah naik dua kali pengangkutan. Jadi, dari kuching ke kota kinabalu, saya kena naik flight, lepas tu, dari kota kinabalu ke tawau pulak, saya kena naik bas dan memakan masa 10 jam. Adeh sakit la pinggang ni duduk dalam bas selama 10 jam. Sebenarnya boleh jak  dari kk ke tawau kita naik flight tapiiiii emmm mahal. So, disebabkan mau berjimat, naik bas la jawabnya. Lagi pun, saya tidak mau naik flight tu sebab jarak dari airport ke rumah saya adalah sangat jauh dan kalau naik teksi pulak, kena tambang teksi rm30 atau rm40 agaknya.

Walaupun, tempoh cuti sem ni adalah singkat jak, tapi saya akan gunakan sebaik-baiknya sebab sekarang ni sangat susah  untuk saya pulang ke kampung. Biasanya, kalau ada jak cuti yang lebih seminggu, mesti saya mau balik sebab masa tu kan tambang hanya rm50 jak untuk pulang ke tawau.

Apa-apa pun, doakan saya selamat ya..

Wassalam ^_^



Wednesday, January 16, 2013

Hati-Hati Dengan MLM

Assalam dan selamat pagi bloggers...
Tahu tak apa itu MLM? MLM ni adalah Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya, Pemasaran Pelbagai Peringkat.

 Kalau kita tanya pendapat orang lain berkenaan MLM ni, mesti dalam fikiran mereka adalah sejenis perniagaan seperti skim cepat kaya, ponzi, skim piramid, head hunting dan macam-macam lagi la. Tapi orang ramai lebih prefer sebagai skim cepat kaya la kan.

Sudah dua kali saya kena pengaruh oleh ejen-ejen MLM ni untuk join business mereka tu. Tapi tu la, hati kita kena kuat dan kita kena berfikir secara kritis dan logik. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis mereka. Secara jujurnya, saya memang pernah join business MLM ni tapi tidak la sampai melibatkan pelaburan duit yang banyak macam sesetengah business MLM yang lain. Lepas tu, saya sudah tidak meng'aktif'kan diri lagi dalam kerjaya MLM ni.

Sebenarnya, ada juga yang menyokong business MLM ni sebagai business yang positif dan tidak menipu, tapi seperti yang saya katakan tadi, kita kena hati-hati. Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis mereka. Kalau bagi yang lelaki, jangan mudah tergoda dengan kata-kata si gadis ejen MLM tu dan yang wanita pula, jangan la mudah cair dengan kehenseman dan pengaruh si kacak ejen MLM. Sebab itu adalah salah satu cara untuk psiko customers mereka.

Saya tidak la pandai sangat mau bagi nasihat-nasihat bagai semua untuk korang tentang MLM ni, saya cuma kata, HATI-HATI jak.

Sekarang ni, banyak sudah saya dengar peserta-peserta MLM kena tipu la, kena paksa la, dan apa-apa jak la, macam di tempat saya sekarang ni, di UNIMAS. Ramai sudah student yang kena tipu oleh pembohongan MLM. Sasaran mereka adalah kepada pelajar tahun 1. Macam-macam dorang bagi helah supaya student ni join business mereka. Mula-mula dorang kata ianya adalah seminar keusahawanan. Lepas pegi jak seminar tu, ermmm rupanya itu adalah taktik MLM supaya kita datang ke tempat mereka. Macam-macam dorang pengaruh kita, kadang-kadang dorang panggil ejen-ejen yang lain dan kelilingi kita dan  buat kita rasa bersalah. Yang saya paling tidak boleh ingat, dorang kata kat saya macam ni, "kamu tidak kesian ke kat parents awak, tak kan la awak nak minta duit saja dengan mereka kan, awak ada ambil PTPTN tak?"...

ermmmm lepas dorang dapat tau jak yang kita ni ada ambik PTPTN, memang lagi la dorang akan  pengaruh kita supaya melabur dalam business mereka tu. Dorang kata, "x pa, kalau kamu tak cukup duit sekarang ni, awak bayar je dengan harga yang paling rendah iaitu RM800". Duiiii naaaa, gila agaknya...tak kan senang-senang jak saya nak bagi dorang RM800 tu. Tujuan saya ke UNIMAS ni bukannya nak kerja atau cari duit, saya ke sini untuk belajar. Sudah menjadi tanggungjawab parents pulak kan untuk dorang tanggung pembelajaran kita semasa di U ni. So, buat apa saya nak fikir pasal kekurangan wang kan. Yang penting, kita kena pandai berjimat dan tidak lupa tujuan sebenar kita ke sini. Bagi saya, buat apa nak join benda-benda ni semua.

Lepas tu, saya kata la juga kat dorang, "sebenarnya, belum masanya lagi saya mau cari duit ni, tujuan saya ke sini nak belejar jak, hal-hal cari duit, saya tolak ke tepi dulu". Tapi dorang tetap juga nak pengaruhi saya. Dorang sendiri juga cakap yang benda ni semua bukan paksaan, tapi dari cara mereka tu, ermmm nampak sangat macam memaksa. Agak-agak la kan. Sampai 3 jam lebih saya duduk depan ejen tu sambil dengar kata-kata pengaruh mereka tu. Tak pasal-pasal terbazir masa saya selama 3 jam untuk dengar produk MLM mereka tu. Pada hal sebelum ni, saya sudah juga diperkenalkan dengan produk tu time kat sabah dulu. Yang tu pun sampai 2 jam atau 3 jam lebih saya dan kawan saya kena duduk dan dengar briefing tentang produk dan business mereka tu. Nasib la kitorang tak terpengaruh dan tak join benda tu.

Sekarang ni, berita berkenaan penipuan MLM di UNIMAS sudah sampai ke artikel metro. Korang klik dan baca la kat SINI

Apa-apa pun, korang yang buat keputusan, korang yang kena judge sendiri, dan korang yang kena berfikir sebab itu kan duit korang. Jangan jak sampai melabur di tempat yag salah, sudah la. Kalau nak melabur pun, pergi la ke saluran yang betul. Duit tidak akan datang dengan senang-senang saja macam durian runtuh. Korang yang kena usaha. Tidak semua business macam tu akan kekal untung.


So, korang renung-renung kan lah ya...

Wassalam ^_^




Sunday, January 13, 2013

Plagiat K-Pop

Assalam dan petang my blogger...

Korang tau ka apa itu PLAGIAT?
Secara umumnya, plagiat ni adalah meniru atau  menciplak sesuatu karya, idea, penampilan, penulisan dan yang sama waktu dengannya.

Kali ni saya nak bagi tunjuk kat korang semua beberapa artis pop yang cuba nak memplagiat artis lain yang sememangnya sudah mempunyai kedudukan yang baik dalam industri entertainment ni. Kalau korang search kat google or youtube, huh!!! sungguh banyak artis-artis plagiat dipaparkan. Kadang-kadang saya rasa sakit ati pulak. Macam tiada idea lain ke nak ditonjolkan, last-last ambil idea orang lain pastu buat idea tu macam idea dia sendiri. ishhhh sungguh melampau!!! ok ok ok, sabar, sabar...jangan ikutkan hati aisyah...

Ini la antara artis-artis plagiat tu....

T-ARA (korea) vs Blink (indon)

T-ARA (korea) vs Blink (indon)

T-ARA (korea) vs Cherry Belle (indon)

 Baju pun sama. Agak-agak laaa...



SNSD (korea) vs Cherry Belle (indon)

SNSD (korea) vs Cherry Belle (indon)

Girl Generation (SNSD) vs cherry belle

Haaa yang ni la dua plagiator kpop. Cherry belle dan Blink. Sekarang ni dunia sudah digilai dengan K-Pop. Kalau bagi yang penggemar K-pop tu, mesti tau group SNSD ni kan. Actually SNSD ni sudah berusia 4 atau 5 tahun dalam industri entertainment ni, dan plagiator cherry belle pulak baru saja 2 tahun dalam bidang ni.

Kalau korang nak lebih pasti lagi, cuba korang search kat youtube, then cuba dengar lagu SNSD-Kissing You dan cherry belle-Best Friend Forever. Ermmm memang sebijik sama, liriknya ja yang berbeza iaitu korea vs indon.

Yang ni pula band pop lelaki...

Big Bang dan DBSK vs Mosquito

Ini pula plagiator dari band indon juga iaitu Mosquito (ermm agak pelik nama kumpulan ni). Ok, yang ni saya betul-betul tak puas ati, dorang tiru bulat-bulat pulak. Macam saya mau tampar-tampar saja producernya ni. Plagiarism!!! Dua pose pic yang kat atas ni adalah dari group Big Bang (baju putih) dan DBSK (baju gelap), dan yang kat bawah tu pulak Mosquito.

Yang ni pula cuba perhatikan kedudukan setiap ahlinya dalam poster ni, sama kan. Yang bezanya plagiator Geisha ni ada sorang pempuan. 

FT Island (korea) vs Geisha (indon)

Pic seterusnya pula sama dari segi nama group. Ini adalah dua band yang berbeza dari segi negara dan ahli tapi nama kumpulan dorang sama dan siap ada bintang lagi kat tengah. Band Sm*sh korea ni sudah lama dalam industri ni tapi yang sm*sh dari indon ni pula entah sejak bila munculnya.

Sm*sh korea vs Smsh indon

Suju (korea) vs XLR8 (indon)

Actually banyak lagi plagiator-plagiator yang terlalu meniru artis-artis kpop ni. Tapi cukup la yang ni saja saya tunjukkan. Ada berlambak-lambak lagi kat dalam youtube dan google tentang plagiarism ni.

Saya tau, banyak sudah blogger-blogger lain yang sudah update entry berkenaan ni. Tapi ini adalah sebahagian kecil picture-picture yang saya nak share kat korang. So, bagi yang kpop holic tu, saya harap korang bertendang ya..ehhhh silap, harap korang bertenang ya...kita patut anti dengan plagiarism2 ni. Nampak sangat yang mereka ni tiada emej yang tersendiri.

Ok la, tu saja entry untuk kali ni. daaa

Wassalam ^_^


Friday, January 11, 2013

Ceritera Kini UG Setelah 8 Bulan Tamat Diploma

Assalam dan malam my blog...

Sebenarnya saya tak tau nak cerita apa malam ni. 

Tak apa la. Saya cerita tentang UG saja la. Rindu sangat-sangat dengan geng UG. huhuk...
Kalau kitorang dapat  berkumpul semua, banyak cerita yang mau diluah ni. Tak kira la tengah makan ka, tengah tunggu bas ka, atau tengah cari kelas, kitorang bercerita macam tiada noktahnya. Apa taknya, kitorang ada 9 orang, so, sorang mungkin ada 3 atau 4 cerita. haha tu la pasal tak pandai habis ceritanya.
Apa-apa pun, kali ni, saya mau cerita tentang kerjaya terkini masing-masing UG.
Baru saja 8 bulan kitorang berpisah semenjak tamat poli, tapi semuanya macam sudah berubah. TAPI.....
perubahan mereka bukan la perubahan yang negatif atau perubahan yang membawa pergaduhan. Ini adalah perubahan baik dan mantap la orang kata..cewah ayat tuuuu.... Mari saya story satu persatu...

BUNGA

Semenjak tamat saja dari poli tu, bunga ni kuat sangat cari kerja. Mula-mula tu dia keja kat tempat keja lama dia, di kedai jahit uniform. Lepas tu, beberapa bulan penantiannya, dia telah ditawarkan kerja di KL-Kepong. Tapi tempatnya bukan di KL, tempatnya dekat check-point tawau-semporna jak. Syarikat tu mengusahakan kelapa sawit. Di syarikat tu juga la bunga telah menjadi seorang kerani akaun. And dengar-dengar, baru-baru ni dia ada ujian penilaian.Hehe dia kata macam jadi pelajar IPTA pulak dia time tu sebab time keja pun ada juga ujian-ujian segala. Tak pa bunga, mungkin itu salah satu ujian untuk naik pangkat kot..Amin..mudah-mudahan la kawan saya sorang ni dapat naik pangkat. Lepas tu, bunga juga ada menerima 1 tawaran temuduga SPA8 sebagai Pegawai Pertahanan Awam. Tidak lama, ada sudah ahli tentera dalam geng UG ni.hehehe. Mencurah-curah rezeki bunga ni semenjak kerja ni tau.  Saya dan bunga sudah berzanji nak jumpa time cuti sem saya ni. Kitorang pakat mau makan ABC Milo di bandar. Dan apa yang paling bestnya, bunga berzanji nak belanja saya...weeeeee besttttt nyaaaaaa...hehehe

 
SELI

Lepas tamat poli, seli duduk kat rumah saja sementara tunggu result UPU. Tapi, apakan daya, rezeki seli untuk sambung belajar belum ada lagi. So, dia pun jaga la kedai runcit mamanya. Yang lucunya, seli ni sebenarnya tak berapa suka jaga kedai runcit  mamanya sebab dia malas nak layan kerenah budak-budak sekolah yang asyik-asyik membeli saja. Sudah la balik-balik datang, dorang membeli pun sikit-sikit, hehehe jadi, apa lagi, seli pun tekanan la..Then, seli dapat keja pula di salah satu firma akaun yang berdekatan dengan rumahnya. Actually, seli ni tak berapa suka mengira-ngira, apa lagi akaun. Dia paling tak suka akaun tu, ya la, otak dia kan jenis yang teori. Tapi tak tau la, saya rasa memang nasib seli dengan akaun saja sebab masa praktikal dulu pun dia dapat firma yang mengusahakan akaun-akaun dan cukai-cukai. Hehe sabar la seli. Baru-baru ni pulak seli dapat tawaran temuduga SPA8 dan temuduga UPSI, tak cukup dengan itu, seli juga dapat baru saja dapat tawaran masuk ke UNIMAS dalam bidang fakulti sains sosial. Tapi dia masih menunggu tawaran lain sebenarnya kalau ada sebab kos yang dia dapat kat IPTA ni agak lari sikit dari bidang yang kitorang pernah ambil masa di poli dulu. Tak pa seli, take ur time to think it. Solat istikharah dan mohon petunjuk yang terbaik dari Allah. Wahhh bertuah sungguh kamu seli.

WADA

ok, Sebelum tamat poli lagi, wada sudah ditawarkan kerja oleh bekas majikannya time praktikal dulu untuk kerja semula di firma tersebut. Lepas dua minggu atau tiga minggu kalau saya tidak silap, wada telah bekerja di firma tersebut seperti yang telah dijanjikan. Agak lumayan juga la gajinya. Lepas tu, wada terpaksa berhenti kerja sebab dia dapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL). Lepas tu, dia dapat pulak tawaran temuduga SPA8. Wahhhh bertambah-tambah rezkinya kawan saya ni. Baru-baru ni wada telah mengikuti pasukan ragbi wanita UMS-KAL. ermm jangan main-main tau dengan dia ni. hehehe. Sekarang ni wada menghadapi peperiksaan akhir semester 1 macam saya. So, gudluck my dear wada. Semoga buat yang terbaik ok, pastikan pointer 3.5 dalam genggaman.

SAYA

Hehehe nak juga cerita pasal diri saya sendiri. Lepas tamat poli tu, saya terus cari kerja sementara saja dulu. Kerja tu tak la tinggi mana pun, kerja sebagai salesgirl kedai kasut saja. Lepas dua bulan kerja, saya pun berhenti and bantu emak saya buat kuih di rumah untuk dijual di pasar minggu atau untuk tempahan-tempahan orang lain. Sementara tunggu result rayuan UPU keluar, setiap hari saya akan keluar ke bandar atau ke cybercafe untuk online sambil cari-cari kerja kosong. Tak cukup pencarian di internet, saya cuba beranikan diri untuk cari kerja kosong bahagian admin di bandar. Resume-resume banyak sudah saya edarkan ke syarikat lain. Hingga la ada satu hari tu, ada satu firma telefon saya. Dia tawarkan saya satu jawatan sebagai kerani tetapi saya terpaksa tolak sebab cawangan yang saya ditawarkan adalah di bahagian pedalaman dan amat jauh dari rumah saya.huhuk. Namun, keesokannya, saya dapat satu mesej yang mengatakan, "Dengan sukacitanya anda telah ditawarkan ke IPTA UNIMAS dalam program WE10 (Bachelor in Marketing). Alhamdulillah...rezki yang tak disangka-sangka, ada juga hikmahnya saya tolak tawaran firma tu. So, sekarang saya berada di Universiti Malaysia Sarawak dan sedang berperang dengan final exam semester 1. (amboi panjang nya celoteh ni)

NADIA

Lepas tamat jak dari poli, nad just duduk-duduk kat rumah saja dulu untuk beberapa bulan. Then, nad dapat satu kerja yang berdekatan dengan rumahnya juga. Time tu dia kerja di salah sebuah studio gambar. Adalah dalam dua bulan begitu dia kerja kat sana, lepas tu nad berhenti kerja. Rasanya lepas raya kot dia berhenti, saya pun tidak berapa ingat sudah. Lepas berhenti kerja pulak, nad jadi baby sitter kat rumah dia. Mama kepada nad ni ada buat kerja untuk jagakan anak orang. Kiranya nad ni jadi pembantu mamanya la sudah untuk menjaga baby tu. Dengar-dengar nad sudah jadi tembam dan comel. Hehehe tak sabar mau tengok perubahan baru kawan-kawan saya ni.Owh ya, beberapa bulan yang lalu, nad ada terima tawaran daripada Bank Islam. Tapi dia tak pergi sebab jauh katanya. Tak pa nad, rezeki kita ada di mana-mana. Baru-baru ni juga nad ada terima tawaran temuduga dan ujian UPSI di UMS seperti seli, noi, dan diana. Perancangan nad sekarang, kemungkinan lepas ini dia akan kerja di salah sebuah syarikat resort di Semporna dalam bahagian akaun. Wahhh untung la nad... lepas ni, hari-hari la dia dapat tengok laut biru semporna.

DIANA

Ini pula berkenaan diana. Semenjak habis stdy diploma ni, diana telah memenuhkan masa-masa free nya dengan mengelilingi 1 Malaysia. Hehehe.... Bermula dengan destinasi di UUM. Dia dan familynya pergi ke UUM sebab nak sambut hari konvo kazen dia. Kebetulan pulak ada sorang member kitorang sedang sambung belajar kat sana iaitu mija!!! Punya la budak tu happy time dapat tau diana nak pegi sana. Saya rasa, habis sudah satu bahagian barat semenanjung malaysia dorang round tu termasuklah di pasaraya selatan thai. Punya la siokkkk. Lepas tu, diana buat lawatan pulak ke sarawak, cewah.. Actually bukan untuk bersiar-siar sebenarnya, dia kata ada someone ka tak silap mereka nak jumpa, dan yang penting not me..hehe. Sekarang ni, diana tidak buat apa-apa, tapi kadang-kadang dia ada juga buat sedikit business kecantikan atau kesihatan iaitu rumpai laut. Saya rasa budak ni memang ada ciri-ciri untuk jadi seorang marketer laaa. Beberapa minggu yang lepas, result kemasukan UUM ada keluar, tetapi diana sangat-sangat frust sebab dia tak tersenarai. Jangan risau diana, mungkin rezeki kamu berada di UPSI. Pastikan nama kamu adalah tersenarai dalam 60 orang terpilih dari seluruh Malaysia. Lagi satu, diana ni juga ada ciri-ciri untuk jadi tenaga pengajar sebab seluruh ahli keluarga dia adalah cikgu. So, our coming teacher soon is Teacher Diana!!!!!

NOI a.k.a ALIZAH

Seterusnya tentang noi pulak. Budak paling happening. Kalau dia tiada memang sunyi la kami..haha. Semenjak tamat poli, noi pun tengah tunggu result upu juga time tu tapi sayangnya dia belum ada rezeki lain. Sementara menunggu tu, noi sudah ambil keputusan untuk belajar memandu. So, dalam seminggu tu dia terpaksa turun tawau untuk ambil ujian. Jarak antara tawau dan semporna agak jauh la juga dalam dua jam begitu. Tambang pun, ermmm boleh tahan la juga mahalnya. Tak pa, duit BR1M kan ada. Hehehe. Akhirnya noi dapat lesen memandu, wahhh nampaknya ada sudah memandu untuk UG ni. Yang penting noi, UG tak muat kalau naik kereta, kena pakai van juga baru  lah muat. Buat masa sekarang ni, noi masih menunggu panggilan dari mana-mana IPTA sebab parents dia belum benarkan dia bekerja lagi, kalau boleh, mama nya nak dia sambung belajar lagi seperti adiknya yang sekarang ni berada di USM. Owh ya, noi seperti yang lain juga, mereka dapat tawaran temuduga UPSI. Mereka semua berkumpul ramai-ramai di UMS, temuduga bersama-sama. Wahhh untung la korang sebab dapat reunion sekejap walaupun hanya 3 orang saja (noi, seli, nadia n diana). Jangan risau noi, rezeki tu Allah sudah tentukan untuk kita semua. Amin.

MIZA

Dalam ramai-ramai kami, miza la orang yang paling bertuah sebab dapat sambung kat UUM. Pada hal kami semua bercita-cita nak belajar di UUM atau UPSI. Last-last hanya nama miza sorang jak yang tersenarai dalam “sukacita”, kami semua dapat “dukacita”.  Mula-mula, dia tak nak pergi sana sebab ya la dia sorang jak yang dapat, dia risau sekiranya dia tak dapat membawa diri secara bersedirian berhad. Lepas kami bagi nasihat dan galakan plus paksaan, akhirnya dia pun setuju. Hehehe. Selepas berada di sana, dia selalu menghadapi pelbagai gelagat yang membuatkan dirinya makdal (makan dalam or makan ati). Nasib la miza ni jenis yang kuat juga hatinya dan yang penting, dia ni memang seorang yang penyabar sangat-sangat. Belum pernah lagi saya tengok dia marah sepanjang 3 tahun saya berkawan dengan dia time di poli dulu. Sekarang ni, miza sedang menghadapi final exam di UUM seperti saya. So saya ucapkan gudluck 4 u dear, do ur best. Remember what our madam chow said this before, “Suffer First Enjoy Later”. Our DPM’s slogan, “Don’t Dream It, Be It”.

PINAS

Selepas habis poli jak, pinas dan kami semua  tunggu result UPU. Dengan dukacitanya, pinas pun salah seorang daripada nya yang gagal masuk IPTA. Tapi itu tidak bermakna yang pinas tidak berbuat apa-apa sementara tunggu penggilan masuk ke IPTA. Kalau korang nak tau, pinas ni seorang ahli businesswoman yang berjaya. Pernah dengar ka tentang CROCHET? Itu adalah sejenis broach yang dikait guna benang, biasanya orang akan kait baju, mafela atau sarung tangan, tapi cik pinas kita ni kreatif sangat-sangat. Dia boleh pulak kait beberapa jenis crochet dan amigurumi yang kecil dan sangat comel. Saya pun tak mampu nak lakukannya, tangan masih keras sikit. Wada dan bunga telah menjadi salah seorang ejen pinas untuk menjual crochet di tawau dan labuan. So kiranya hasil rekaan pinas ni sudah sampai di 3 buah daerah iaitu tawau, keningau dan labuan. Baru baru ini juga, pinas terima dua tawaran baik punya iaitu tawaran temuduga UPSI dan tawaran mauk ke UUM. Tapi katanya, dia nak tunggu juga tawaran dari UITM dulu. May be hujung bulan ni kot result tu keluar. Dia pun pening-pening sudah, tak tau nak pilih yang mana. Hehehe sangat-sangat bertuah la kamu ni pinas. Minta sikit tuah kmau tu untuk saya guna time exam nanti...hehehe.

Sedar tak sedar, rupanya hampir setahun sudah kami tidak berkumpul macam dulu-dulu.

Teruskan usaha kamu geng untuk menjadi pelajar, pekerja dan insan yang berguna di dunia akhirat dan kepada ibu bapa kita juga.

Apa-apa hal, nanti kita story panjang-panjang time konvokesyen tahun depan nanti. Harap korang semua dapat datang ya. And tolong jangan balik kampung awal sangat, kita spend time dulu di KK macam dulu-dulu. Rindu mau kepoh-kepoh dengan kamurang.....

Wassalam ^_^


Saturday, January 05, 2013

Senangnya Dalam Hati

Assalam dan pagi my blog...

Pagi-pagi saya sudah senang hati. 
Apa tak nya, awal pagi dah on9 pastu tengok maharaja lawak dari jozan...hehe memang terbaik la.

Pastu, yang tambah mengembirakan saya adalah sebab blog saya ni. Ada la dalam seminggu juga saya tak update entry dalam blog sebab saya sakit hati tengok keadaan blog saya yang sudah serabai dan banyak widget2 yang hilang entah ke mana. Pagi ni, tiba-tiba pula rasa macam nak buka blog, intai-intai sekejap samada ada mesej kat chat box atau tak. Lepas tu, saya skroll la ke bawah... eh! eh! eh! widget asal dah kembali normal. Tu yang happy sangat-sangat ni...hehe. Rindu mau update blog macam selalu.

Actually banyak yang saya mau story morry dalam blog ni. Tapi, ermm nanti nanti la. Sekarang ni musim exam, so tak dapat la mau update entries yang panjang lebar. Tak pa, ada 3 paper lagi. Adui 3 paper ni pun mengambil masa dua minggu untuk habiskannya.

Ok la...salam pagi ceria dan mulakan pagi sabtu korang dengan senyuman yang lebar. Jangan jak senyum sorang-sorang, dah la....hahaha. Nanti orang sangka korang gila agaknya...hee

Wassalam ^_^

Please..Leave Your Name Here...