Sunday, December 02, 2012

Trouble Toilet

Assalam dan selamat tengah malam bloggers...
 
Semenjak dua hari ni, macam-macam hal sudah yang saya dengar dan berlaku kat rumah ni. Dari satu cerita ke satu cerita, tiba- tiba pulak timbul la segala cerita tentang pengalaman dan keadaan-keadaan yang tidak dijangka pernah dialami oleh housemates saya.
 
Mula-mula ada yang selalu jak terdengar orang buka dan tutp pintu, lepas jenguk ke ruang tamu, tiada siapa yang lalu. entah la pintu siapa yang terbuka tu.
 
Second time pula, tandas rumah ni yang tiba-tiba terkunci, walhal tiada siapa pun kat dalam. Nak kata terkunci dari dalam, ermm tidak jugak, terkunci dari luar pun tidak juga. Entah la apa kena dengan pintu tandas kitorang tu.
 
Dalam masa dua hari ni juga la, sudah dua orang housemates saya yang sudah terkunci kat dalam. Kesian diorang. Dah la dalam rumah ni semua perempuan. Budak engineering yang pandai bertukang pun tiada.
 
Kadang-kadang saya rasa macam nak bom jak pintu tandas tu. Betul-betul menyusahkan orang. Suka sangat buat hal time tengah-tengah malam sudah. Kadang-kadang gerun juga saya kalau nak masuk tandas. Mau tidak mau, ermm terpaksa la juga guna tandas trouble tu.
 
Harap-harap la maintenance kolej ni dapat ganti tombol baru. huhu
 
Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...