Thursday, December 20, 2012

Takdir 1, 2, dan 3

Assalam dan malam my blog....

Entah la kenapa dan bagaimana mau lupakan seseorang. 

Opss thats sentence x bermaksud yg saya tengah rindukan bf or ex sb saya sendiri pun belum loving dengan someone except with my parents dan family.

Dulu-dulu ni, saya ada la sorang kawan, kiranya macam dia ni kawan lelaki yang first saya pernah berkawan la. Just kawan jak.

Nak dijadikan cerita, saya kenal dia ni masa kat sekolah rendah lagi, time tu kami masih darjah enam and kitorang sekelas. Masa tu kami dua memang x kenal antara satu sama lain rasanya. Yala kan, time tu masih lagi perangai dan fikiran budak-budak, jadi malas mau ambil tau pasal orang yang tak berapa dikenal walaupun sekelas.

Actually, dia ni memang bijak dan pandai sangat dalam subjek maths. Hinggakan ada satu hari tu, saya jeles sangat-sangat dengan kebolehan yang dia ada. Masa darjah enam tu, guru kelas kitorang ajar subjek maths, jadi dia akan lebih mengenali dan memperhatikan pelajar-pelajar yang terer dalam subjek dia. Semenjak hari tu, saya pasang niat, nak jadi terer maths macam dia. Masa tu juga la saya tiba-tiba terpikir, "apa la yang mak budak ni bagi makan sampai dia boleh jadi pandai macam tu?".

Then, masuk tingkatan 1, kitorang konfem la pilih sekolah yang berlainan. Jarak rumah ke sekolah menengah tu agak jauh la juga, so kena la naik bas sekolah. Tup tup tup rupanya kitorang 1 bas la pulak..hahaha takdir takdir. Ada la dalam setahun lebih juga kitorang 1 bas sekolah. Lepas tu saya pindah rumah and terpaksa cari bas sekolah lain yang berhampiran. 

Dua tahun sudah berlalu. Masuk tingkatan 4, saya kena cari sekolah lain. So, sekolah teknik menjadi pilihan utama saya sebab tengok abang yang masuk sekolah teknik adalah menjadi penyebab minat saya untuk belajar di sekolah tu. Urus punya urus segala pendaftaran, saya jumpa lagi semula dengan dia di sekolah teknik tu. Hehehe ini sudah takdir ke-2 kami. cewah. Tak sangka pulak yang dia akan sambung belajar kat teknik. 

Tingkatan 4 dan 5 saya berlalu di teknik macam biasa. Tiada yang special. Kitorang pun still juga tak bertegur sapa. Mungkin sebab dua-dua risau samada masih mengenali satu sama lain atau tak, so buat ignore adalah cara yang paling mudah.

SPM sudah habis. Masa tu, semua student akan bawa haluan masing-masing sudah. Ada yang kerja, ada yang sambung belajar, dan ada juga yang dapat tawaran PLKN, macam saya la. Saya dapat PLKN di Selangor kat Rawang. 3 bulan berlalu tanpa disedari. Masa tu, masuk bulan keempat saya sudah tamat sekolah. 

Masa tengah borak-borak dengan family sambil menonton tv, tiba-tiba handphone mak saya ada didatangi mesej.  Mak saya ni sebenarnya tak pandai bermesej, apatah lagi baca sms. So, saya la yang selalu check inbox kat handphone mak. Rupa-rupanya c dia yang mesej. Ya ampun, entah macam mana la dia boleh dapat number mak saya tu. Last-last dia bagitau yang dia dapat number tu dari kawan dia, yang juga merupakan rakan sekelas saya. Ya la kan, masa sekolah dulu-dulu, saya mana la pernah pakai handphone apatah lagi untuk memilikinya. Habis PLKN jak, baru la saya dapat memiliki handphone. So, saya pun bagi la number saya yang sebenar.

Sedar x sedar, 3 bulan sudah kami berchatting melalui sms. Hehe macam tak percaya pulak yang kami boleh bersms. Pada hal dulu time di sekolah, kitorang bukannya rapat pun, mungkin kalau berselisih di sekolah pun, kitorang tak perasan. Saya memang tak perasan la, tapi tak tau la kalau dia.

Masuk bulan 7, keputusan tawaran sambung belajar sudah keluar. Kitorang dapat Politeknik. Tapi agak menyedihkan sebab dia dapat Politeknik kat semenanjung, saya pulak dapat kat ibu kota negeri sendiri. Dia nak sambung belajar kat poli semenanjung tu, tapi mak dia tak benarkan. Then dia pun sambung la kat sekolah kemahiran di ibu kota negeri sendiri.

Dan takdir untuk kali ke-3, institusi kitorang berdekatan saja. Kalau naik bas pun, perlu ambik bas sehala saja. Dan hanya memakan masa 5 minit saja. Tapi, semenjak kitorang sambung belajar ni, kitorang sudah macam lost contact. Masing-masing buat hal sendiri agaknya.

Dan, berita kali terakhir yang saya dengar tentang dia adalah dia sedang sambung belajar kat semenanjung, entah la, sambung diploma atau ijazah. Saya pun tak pasti.

Kalau la satu hari nanti kami dipertemukan, entah la, apa yang saya mampu buat. Mungkin tersenyum atau terkejut agaknya. Hanya Allah saja yang tau. Ini semua adalah takdir yang telah ditentukan oleh-Nya. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan semuanya.

Wassalam ^_^




No comments:

Please..Leave Your Name Here...