Tuesday, December 11, 2012

PoliKK Ku Hanya Tinggal Kenangan

Assalam dan Selamat Malam bloggers...
 
Malam ni jiwa tengah sentimental sikit sambil melayan memori-memori time di poli dulu.
 
Serious saya katakan, suasana di poli lagi best berbanding di sini, termasuklah rakan-rakan dalam kelas saya. Semuanya sporting dan happening. Semuanya kami share sama-sama.
 
Sekarang masing-masing sudah busy dengan haluan sendiri. Ada yang sambung belajar, ada yang kerja sudah dan mungkin juga akan ada yang bakal mendirikan rumah tangga. Inn Sya Allah.
 
Ini la geng-geng saya masa di poli dulu, actually semuanya ada 9 orang termasuk saya, tapi yang sorang tengah pegang kamera dan sorang lagi dah melarikan diri sebab tak sanggup mau menghadapi perpisahan kami dan perjumpaan kali terakhir ini di poli. Ini la muka-muka yang baru jak lepas menjawab last paper final exam. Semua sudah bergelar graduan dengan jayanya.
 
Alahai nampak sangat muka tu macam baru habis nangis...huhu
 
 Muka jak yang nampak ceria tapi sebenarnya perasaan time tu bercampur baur...
 
Okay, yang tudung pink baju kurung hitam, thats my rumate, classmate, assignmentmate, projectmate, bekas housemate UG, ermm apa mate lagi ya ada??? owh ya, PRSmate and JPmate..haha segalanya kami mesti bersama..
 
geng lelaki yang selalu selamba jak time dalam kelas. Walaupun datang lambat ke kelas, muka still selamba...hee
 
 Bila la dapat jumpa korang lagi...
 
 
Geng Sumandak yang comel-comel..
 
 Tengah merayakan kemerdekaan diploma..
 
mesti tengah bincang mau jalan-jalan la tu~
 
Hah yang ni kawan baik saya semenjak dari bangku sekolah lagi. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 kami 1 kelas. Time masuk sekolah teknik pulak, kami still sama-sama walaupun lain kelas atau kos yang kami ambik di teknik. Sambung diploma pulak, sudah takdir kami untuk satu kelas semula selama 3 tahun
Dannnnn yang paling dirindui adalah meja belajar saya yanggggggg paling selesa antara hostel lain.
 
Poli telah banyak mengajar saya erti seorang pelajar yang sebenar. Dan di situlah juga saya dapat mendikarikan diri ini.
 
Yang penting, mereka sentiasa menjadi sahabat yang terbaik buat diri ini.
 
Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...