Wednesday, December 26, 2012

My Go-Lucky Friend


Assalam dan malam my blog...

Dalam entry2 yang lepas, saya sudah ceritakan pasal sorang demi sorang kawan-kawan terdekat saya, bermula dengan my BFF hinggalah Geng UG.

Tapi, ada sorang lagi kawan yang belum saya story morry pasal dia. Nak tau rupa dia macam mana? Ok, ni dia..taraaaa!!!


hah tu la orangnya. Daya ni anak kacukan pakistan plus bugis. Orangnya kecik2 molek and ada tarikan yang tersendiri juga dia ni.hehe.


Hendak dijadikan cerita, saya pun xtau macam mana blh rapat dengan budak ni, haha. Kami kenal dan mula rapat masa semester 1 di hostel. Time tu kami bukanlah roomate cuma jiranmate saja. Yang peliknya, roomate saya masa sem1 adalah 1 daerah dgn saya, daya ni pula orang Lahad Datu, bersebelah dgn daerah saya di Tawau. Tapi saya lebih rapat dengan daya, mgkn sebab kami ni serasi and kami mempunyai  watak yang serupa iaitu ceria. Roomate saya time tu pula tua setahun dari saya dan orangnya sangat matang, jadi saya segan la sikit dgn dia.


Selain dua Geng UG di atas ni, daya ni adalah tempat saya meluahkan perasaan suka dan duka saya. 
Sememangnya dia ni seorang pendengar yang baik. Kadang2 dia pun akan meluah masalah dan kegembiraannya dengan saya. So, sebab tu la saya kata yang kami ni serasi. Tapi selalunya masalah dia ni x banyak sangat, Cuma masalah dgn bf dia saja. Kalau saya sedih, saya terus mesej daya untuk temankan saya pergi makan aiskrim di cafe, sambil makan aiskrim, sesi luah meluah pun akan berlangsung...hehehe.


Sekarang ni kami grad sudah. And the 1 more thing, kedua-dua kami berjaya sambung stdy di U walaupun sorang di UNIMAS dan sorang lagi di UMS, tapi kami masih lagi berhubung melalui social network or handphone. Owh lupa pla mau bagitau, daya ni sebenarnya bakal-bakal akauntan sebab ayahnya kata bidang tu mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Apa-apa pun, saya rindu nak bercerita panjang dengan budak sorang ni. Huhu bila la agaknya kami dapat jumpa lagi and bercerita macam dulu-dulu time di poli.



Semoga semua kawan-kawan saya dapat mencapai bidang yang diceburi masa di poli dulu.amin... inn sya Allah...

Thats all about her, my fren...
Wassalam...^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...