Saturday, December 22, 2012

Kuliah Kata Pergi,Exam Kata Mari

Assalam dan morning my blog...

Hari ni adalah hari terakhir minggu perkuliahan saya di UNIMAS ni. Ermm sedar tak sedar, rupanya kitorang mau exam sudah. Macam cepat saja waktu ni berlalu kan. Rasa macam baru sebulan saja kitorang study di sini.

Seriously saya katakan, saya belum rasa lagi kehangatan menjadi pelajar sem 1 ni. Rasanya macam baru jak mau panaskan badan dengan sem 1 ni, tup tup tup kitorang dah nak naik sem 2.

Tinggal seminggu saja lagi final exam akan bermula. Rasa berdebar pulak. aishhh

Banyak penghafalan yang perlu dilakukan. Harap-harap dapat la cover semua bab ni. Tak suka bah perasaan macam ni. Ini yang buat saya macam mandi tak basah, tido tak lena, makan tak kenyang. Debaran ni makin bertambah dengan keluarnya keputusan carry mark bagi setiap subjek yang saya ambik. Entah la, ok ka tidak result saya tu. Ermm malas mau pikir tapi otak ni asyik2 ingat saja, tu yang makin risau memanjang~

Sudah la, malas mau pikir benda-benda yang belum berlaku. Seseorang pernah bagitau saya, biarkan la perkara tu berlaku seperti yang Allah sudah rancangkan untuk kita, Kalau dipikir sekalipun, tidak akan mengubah apa2... ermm betul juga kata2nya tu. Kata2 tu sentiasa saya ingati hingga la sekarang tidak kira di mana saya berada.

Owh ya, sebelum musim perkuliahan habis, musim pembentangan sentiasa menyusul bersama tidak kira masa dan subjek. Sepanjang dua atau tiga minggu baru2 ni, ramai sangat pelajar UNIMAS ni berpakaian formal dan smart la katakan, ermm apa tak nya, mesti la tanda2 nak membentang nanti tu, ermm kat UNIMAS ni boleh tau apa event yang pelajar akan lakukan..haha

kalau dorang berpakaian formal, maknanya, mesti ada pembentangan atau perasmian majlis dengan pegawai-pegawai kehormat.

kalau dorang berpakaian kasual, maknanya, mesti ada event konsert, ceramah, nak jalan2 dengan bf or gf, pegi kelas, outing dan event pameran atau jualan di dewan besar.

kalau dorang berpakaian simple + tak smart, maknanya, baru bangun tido la tu, kadang-kadang mungkin juga sebab dorang tiada kelas seharian tu, pastu mau pergi membeli makanan di food court, dan ada juga yang malas mau melawa-lawa sebab mau pergi jalan-jalan sambil lepaking di tasik jak tu...buang masa katanya berhias hanya untuk bersiar-siar..erm ok la tu, santai jak~

ermmm abaikan jak gambar ni..

hah yang ni preparation sebelum presentation...hehe baru mau tulis nota kecil, then pakaian pun smart2 belaka

amboi, sempat lagi fb-ing sebelum kelas management

rajin la sangat...hehe :p

orang lain membentang di depan, tapi saya pulak buat kerja sendiri..ermm kreatif juga lukisan ni...hehe (naik bakul angkat sendiri).. everything is butterfly

yang ni lecturer management kitorang...Dr. Baba namanya di beri...

yang ni kawan-kawan saya time nak ke kelas...macam adik-beradik saja mereka ni..hehe

sambil-sambil tu nak juga belajar tulisan jepun ni...emm agak2 susah la juga...

yang campur sudah antara tulisan jepun dan cina...over study sudah ni

jadual Final Exam saya....

13 hari dari sekarang. Musim peperiksaan akan bermula di UNIMAS. So, kena la buat jadual final exam ni supaya dapat urus jadual belajar nanti. Nasib la tarikh exam saya berjarak-jarak untuk tiap2 subjek. Kalau tak, haiya habis la, tak tau macam mana mau urus pembelajaran nanti...

Anyway, wish me luck 4 this sem...

Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...