Saturday, December 29, 2012

Jasamu Dikenang

Assalam dan malam my blogger..

Masih ingat ka seorang pemimpin ulung Malaysia suatu ketika dahulu?
Corak kepemimpinannya sungguh membuka mata semua rakyat dan negara-negara luar.

Kalau bukan kerana kebijaksanaannya dalam meneraju Malaysia, mungkin Malaysia tidak akan semaju dan semakmur seperti sekarang ini.

Saya sangat mengagumi kebolehan beliau yang mana dapat membawa Malaysia keluar daripada kemelesetan ekonomi suatu ketika dahulu.

Kalau diimbas sejarah tentang beliau, memang akan menitis air mata.
Dulu-dulu, beliau bukanlah sesenang seperti yang kita pikirkan. Kita patut bersyukur sebab banyak sudah kemudahan yang kita nikmati zaman sekarang, Tetapi semasa zaman beliau time sekolah dulu, beliau tidak dapat menikmati apa yang kita ada sekarang ini, beliau terpaksa berusaha dengan hasil keringat sendiri untuk mendapatkan yang terbaik buat dirinya. I'm Proud of him.

Actually, beliau yang saya maksudkan adalah sudah semestinya Tun Dr.Mahathir, bekas PM kita.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Ermm tiba-tiba pulak saya cerita tentang beliau kan. Nak tau kenapa?

Sebab masa saya tengah layan youtube tadi, tiba-tiba saya ternampak 1 tajuk video yang sangat menarik perhatian saya. Tajuk nya DR MAHATHIR LETAK JAWATAN...

Ni dia klip video tu :


Masa tengah nonton tu, mengalir air mata saya. Sangat-sangat menghibakan. Tak tau mau cakap apa sudah. Malaysia betul-betul sudah kehilangan seorang pemimpin yang sangat berwibawa. 

Di tempat itu la beliau mula menjadi pemimpin negara, dan di tempat itu juga la beliau mengakhiri zaman kepemimpinannya. 

Jasamu dikenang wahai bapa kami....

Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...