Tuesday, December 25, 2012

Ilmu Ada Di Mana Saja

Assalam dan pagi my blog..

ermm ni la kali pertama saya belajar pasal pelajaran melalui youtube or blogspot orang lain. Saya sudah tidak tau nak minta ajar dengan siapa. Terasa diri ini macam terumbang-ambing disebabkan belajar subjek ekonomi ni. Kalau dulu masa di Poli, kira ok la juga pelajarannya sebab time tu kan kitorang belajar in mix language.

Tapi itu tidak akan melemahkan semangat saya. Walau susah macam mana sekalipun subjek ni, saya kena teruskan juga, ingat matlamat dan tujuan mu AISYAH. Ingat harapan PARENTS mu.

Lagi satu, hidup di negeri orang ini telah mengajar saya agar lebih tenang, cekal, kuat dan berani menghadapi liku-liku kehidupan ini. Kalau dulu, saya ada bestfriend yang menemani saya di saat saya susah atau senang, tapi sekarang, saya terpaksa berpisah hala tuju dengan bestfriend saya itu sebab rezeki saya berada di sini dan rezeki dia, inn sya allah akan tiba suatu hari kelak. Rindu kat kawan-kawan lama saya sejenak.

Ok, berbalik kepada mukadimah saya berkenaan study melalui youtube tu pulak, sebenarnya ada banyak cara untuk kita menuntut ilmu. Yang utama kenalah mohon banyak-banyak doa dan pertolongan daripada Allah agar dipermudahkan segalanya. Dan seterusnya USAHA. Kalau doa tanpa usaha, macam mana Allah nak tolongkan. Sedangkan Nabi SAW pun berusaha dan rajin mendalami ilmu agama dan solat walaupun beliau sememangnya telah  dijanjikan syurga baginya kelak.

So, kita ni yang sebagai manusia biasa lagi hina, sepatutnya kita kenalah lebih gigih berusaha sekiranya ingin mendapatkan sesuatu perkara. Bukannya hanya tau mengharap saja.

Actually, saya ni bukanlah baik sangat nak bagi nasihat-nasihat tu semua. Ya la kita ni bukannya sempurna mana pun kan. So, apa-apa yang saya katakan tu semuanya adalah lebih kepada pembinaan character diri saya supaya saya dapat memotivasikan diri saya sendiri. 

ok la, tu saja saya nak celoteh-celoteh hari ni.

Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...