Monday, December 03, 2012

Economic!! U Make Me Crazy

Assalam dan Selamat blogging...
 
Sudah seharian saya berdating dengan buku ekonomi ni, tapi tidak tau la kenapa saya tidak dapat memahaminya juga. huhu
 
Rasa macam nak nangis jak dalam bilik ni bah. Macam mana nak siapkan assignment ni kalau teorinya pun saya tidak paham. haiya...betul-betul kasi matik rakyat la..
 
Siapa la yang dapat bantu saya fahamkan subjek ekonomi ni. Ini bukannya kali pertama saya ambik eko, ini sudah second time, tapi tidak tau la kenapa saya macam tidak dapat nak refresh balik apa yang saya sudah pelajari time di diploma dulu. Masa saya ambik subjek eko ni dulu, saya masih lagi sem 1 diploma. Mungkin pasal tu la saya sudah tidak ingat apa-apa.
 
Kalau dibandingkan antara akaun dengan ekonomi, saya lebih rela ambik akaun, akaun lagi senang nak paham berbanding eko. At least, otak ni dapat bergerak melalui pengiraan-pengiraan akaun tu. Kalau eko pulak, ermm kena pandai bermain dengan teori dan contoh. haiya...saya lebih suka mengira la, bukannya menghafal. Macam salah bidang sudah saya ni tau...huhu xpa, saya terima saja seadanya.
 
ermm Ok la, saya nak sambung memahami teori eko ni, segala monopoli, oligopoli dan monopolistik perlu dipaham sedalam-dalamnya, nanti kalau tidak paham, macam mana nak jawab time exam...teori demand dan supply tu saya sudah paham, cuma determinant2 dan keluk-keluknya lagi perlu diteliti dan difahami...
 
Harap-harap la saya dapat mencintai subjek ni semula...
 
Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...