Wednesday, December 26, 2012

Beralih Ke Subjek Titas

Assalam and petang my blog...

Sudah 4 hari saya cuba untuk mencintai dan memahami subjek ekonomi ni, akhirnya, saya paham juga la sikit. Orang cakap, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sepanjang 4 hari tu juga la saya cuba nak paham bentuk keluk-keluk dalam ekonomi, ini baru berkenaan mikro, next week saya kena stdy smart pasal makro pulak sebab topik tu termasuk dalam target saya. 

Sedangkan mikro ni pun sudah cukup buat saya pening lalat, apa lagi makro pulak nanti, bukannya pening lalat sudah, tapi mabuk kepayan saya jadinya nanti. ermm begitu la lumrah stdy kan, mau tak mau, kena terima juga.

Ok, hari ni, bersamaan hari rabu, dan tinggal 8 hari lagi final exam akan bermula di UNIMAS, dan di situ juga la penentunya. So, disebabkan masa yang hampir kian tiba, so saya kena alihkan perhatian stdy saya kepada subjek TITAS pulak iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Subjek ni tak la susah mana sebab kebanyakan subtopiknya saya sudah belajar masa kat form4 and form 5 di teknik. Tapi... tu la, kena baca juga sebab otak saya ni bukannya Long-term mind..hehehe...kan bagus dapat jadi budak pintar macam adi putra dan sofea...mereka tu semua anak-anak pintar malaysia.

ermmm tapi tak apa la, saya bersyukur apa adanya. Nanti silap hari bulan, Allah tarik balik semua kenikmatan yang Dia anugerahkan kepada saya, merana la jawabnya...eee nauzubillah...

So, hari ni, pembacaan TITAS akan dimulakan dari bab yang belakang...hehehe...saya macam tu la, mana-mana buku pun, saya suka start baca dari belakang ke depan. Kalau ada sinopsis lagi bagus, macam baca novel tu la, kena baca sinopsis dulu, baru dapat paham cerita sebenar..hehe 

Ok la tu saja untuk hari ni my butterfly blog...inn sya Allah kalau ada masa lagi, saya akan lawat kamu k...daaa

Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...