Sunday, December 02, 2012

10 Tips Untuk Pelajar IPTA/S


‎Assalam dan selamat malam bloggers...

Walaupun hari ni saya x berapa sihat plus suara dah hilang, tapi aktiviti nak blogging tetap dijalankan, hehe aktiviti tu harus dalam sehari, cewah~

Hari ni saya nak share something TIPS dengan kawan-kawan semua tentang kehidupan yang kita akan dan sentiasa hadapi di alam Universiti. Jujur saya katakan, beberapa daripada tips-tips tu saya pernah alami. Alhamdulillah saya dah dapat menghadapinya dengan hati yang kental dan tujuan sebenar yang ingin dicapai time study di peringkat diploma dulu.

Actually, tips-tips ni bukannya saya yang buat, tapi ini adalah penceritaan daripada pengalaman sahabat saya. Dia pun fresh graduat macam saya. So, kredit to Sukirman ....


Bila dah melangkah ke alam IPTA/S, keadaannya adalah tidak sama dengan keadaan dan suasana ketika di bangku sekolah. Jauh bezanya. 

        
1. Jika pada awal semester anda punya ramai kawan, jangan terlalu berharap perkara itu akan kekal. Nak tahu kenapa? People changed. Like a lot. So, set mind itu awal-awal agar anda tidak kecewa. 

2. Ini sangat penting. Anda tidak perlulah melihat apa yang kawan anda buat, barulah anda nak terhegeh-hegeh buat. For example, assignments. Sebolehnya, jika lecturer dah brief pasal assignments, at least anda dah ada idea dan usaha untuk menyiapkannya seawal yang mungkin. Remember, first impression are obviously important.


3. Peduli apa sekeliling anda nak kata/buat dekat anda yang penting anda tahu dan anda masih berada dilandasan yang betul. Ingat, SELF CONFIDENT itu sangat penting. Jangan BLUR BLUR.


4. Bercinta? Abaikan, jangan terlalu mencari cinta dalam kampus ni. Ia tak membantu. Habiskan dulu belajar, baru simpan hasrat untuk bercinta. Nanti frust entah ke mana, result entah melayang ke mana.

5. Elakkan DRAMA. Bukan drama dimana-mana slot dalam television itu. Ianya drama bersiri alam remaja dalam universiti. 


6. Jangan terlalu pasif, banyakkan bercakap dan komunikasi antara satu sama lain terutamanya lecturer. Silap-silap nak habis semester pun lecturer masih tak cam anda siapa. Ingat tu.

7. Walau apa pun, hubungan dengan lecturer itu sangat penting. Bukan mengajar anda untuk jadi kaki kipas atau apa, tapi dah memang kewajipan kita sebagai pelajar untuk rapat dan hormat dengan lecturer. 


8. Banyakkan bertanya, bertanya dan bertanya. Tak salah jika bertanya, lagi banyak kita bertanya, lagi banyak ilmu/pengetahuan yang kita dapat. Tapi, janganlah tanya soalan yang sama berulang kali. Itu bebal namanya.


9. Jangan hanya bergantung pada rakan-rakan anda, cuba untuk berusaha. Set mind tu, AKU PASTI BOLEH. Jangan mudah menyerah kerana menyerah itu hanya akan mendorong anda kepada kegagalan.


10. Jauhkan sikap "Ahhh! Nantilah aku buat. Ada lagi seminggu kot 'deathline'." Nak tahu kenapa? Jika ada buat kerja last minit, anda akan jadi serabut dan sekali gus anda tak tahu mana mula. So, jika ada masa lapang apa kata siapkan assignment dulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan ke begitu.

p/s : Untuk adik-adik yang tak lama lagi akan melangkah ke alam IPTA/S, SELAMAT DATANG dan SEMOGA BERJAYA!

Wassalam ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...