Wednesday, November 07, 2012

My 3rd Family at UNIMAS

Assalam dan selamat malam bloggers..
Hari ni saya nak cerita serba sedikit tentang kluarga baru saya di UNIMAS ni. Almaklumlah baru genap sebulan saya dah berada di bumi kenyalang ni. Mula-mula tu memang rasa x best la sebab kita rasa kesorangan saja di negeri orang ni, tambah-tambah pula ini kali pertama saya jejakkan kaki di tempat ni.
masa kat dalam sampan
 
Kisahnya bermula apabila kami semua disatukan dalam sebuah rumah apartment iaitu asrama di UNIMAS. Dalam satu rumah ada 5 bilik. Sorang demi sorang pelajar telah mendaftarkan diri di asrama tersebut termasuklah saya dan kawan-kawan saya yang lain. Asalnya kami semua ni tidak mengenali satu sama lain. Tapi syukur Alhamdulillah ahli-ahli rumah ni semuanya mesra alam dan senang di bawa berkawan.
Waktu pendaftaran telah pun ditutup. Malam pun dah tiba. Kami serumah x tau nak buat apa. So, secara tidak sengaja dan tidak dirancang, kami semua berkumpul di ruang tamu rumah asrama tersebut. Masing-masing memperkenalkan diri dengan loghat yang tersendiri. Macam-macam loghat yang boleh didengar di rumah ni. Ada loghat Kelantan, Melaka, perak, dan Selangor, Terengganu dan sabah. Opps loghat orang Sarawak tiada pula dalam kalangan kami, hehe baru perasan pula. Ermm biasa la, kalau gadis-gadis dah berkumpul, memang susah sikit nak tamatkan perbicangannya. Lebih kurang 4jam juga la kitorang bercerita sambil memperkenalkan diri masing-masing. Owh ya, lupa pula nak bagitau, nama asrama kitorang adalah KOLEJ SAKURA. Wahh indahnya nama kolej kami, seakan-akan berada di jepun pula.

sign board kolej Sakura
Semakin lama, hubungan kami satu rumah semakin erat, macam adik-beradik. Tambahan pula, cuti mid-sem baru-baru ni telah merapatkan lagi hubungan kami hinggakan kalau nak makan sekali pun, kena makan beramai-ramai, termasuklah jalan-jalan ke Kuching, desa ilmu dan pekan di depan UNIMAS. Lagi satu, kami semua ada habit yang pelik iaitu bergambar. Asal pegang kamera or handphone yang canggih saja, mesti nak pose mengalahkan artis. Tak kira la ke mana kami pergi sekali pun, kitorang mesti akan take picture. Nasib baik la mereka tak minta digambar time nak buang air kecil or time nak melawa-lawa. Hehehe siapa juga kan yang nak digambar dalam keadaan macam tu, memalukan martabat dan duli orang jak..hehe^_^
sebelum nak gerak ke kuching, sempat lagi dorang ambik pic di rumah..hehe
 
macam-macam ragam mereka ni..hee^_^
 
belajar dengan mood yang stress (sebab x dapat selesaikan soalan ekonomi)o_O
 
makan dengan mood yang happy~
Yang bestnya kami semua ni juga adalah kami semua memang sepakat kalau hal makan-makan. Tak cerewet pun. Terima saja seadanya. Kadang-kadang nak makan time dinner pun kami sanggup dengan hanya makan aiskrim saja.

aiskrim menjadi santapan dinner kami...toink toink
 
berbelanja sakan nampaknya...hehe mengalahkan orang yang macam dapat PT
 
 Kami juga dah berpakat untuk makan malam bersama-sama setiap hari. Then bayaran tu nanti akan agih-agihkan la sma rata. Memang jimat juga la kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Yang tak bestnya adalah time nak bayar makanan tu kat kaunter. Kadang-kadang ada penjual yang macam ragu-ragu pula nak bagi harga kat makanan kami tu. Sampaikan nak kira harga satu lauk saja pun dah ambik masa yang lama, ermm entah la apa yang dia renungkan kat lauk tu. Nasib la kat asrama kami ni x dibenarkan masak memasak, kalau x, ermmm memang confirm la kami akan masak IKUT SUKA KAMI dan SESEDAP RASA KAMI…hahaha
Sekarang ni kami pening kepala pula nak pikir pasal penempatan untuk sem depan. Dengar-dengar cerita pelajar senior terpaksa ditapis untuk kemasukan asrama bagi memberi ruang kat junior sem 1 yang bakal masuk. Pelajar-pelajar yang termasuk dalam senarai tapisan hanyalah pelajar-pelajar yang aktif di kolej saja. Then kitorang juga kena kumpul merit seberapa banyak dan minimum merit adalah 15 point. Ya ampun, sempat ke nak kumpul 15 point tu dalam masa 5 bulan saja??? Tambahan pula kami ni 2nd intake, so memang lambat la kalau dalam hal-hal nak libatkan diri di kolej ni. Tak apa, kami dah sepakat, kalau kami semua tak dapat masuk asrama, kami akan tinggal bersama-sama di rumah sewa kelak. Amin mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Ok la, tu saja la untuk hari ni. Saya dah mengantuk tahap gaban sudah ni. Selamat malam….

1 comment:

Lissa said...

wah..rindu pulak zaman baru2 masuk u dulu. hehehe.

Please..Leave Your Name Here...