Wednesday, November 28, 2012

Musim Buah Kembali

Assalam dan selamat malam bloggers...

Minggu ni  semua orang busy dengan aktiviti masing-masing. So, tidak hairan la kalau rumah ni pun sunyi jak sepanjang 1 minggu ni. Biasanya, lepas habis kelas jak, lepas maghrib tu, semua orang dalam rumah ni mesti berkumpul di ruang tamu atau di ruang meja makan rumah sambil meluah rasa-rasa ketidakpuasan time kuliah...hehe itu la sikap kami, ada saja yang hendak dikongsikan. Apa-apa pun, kami semua setia mendengar setiap luahan itu. (amboi macam jadi pakar kaunseling pula sekejap).
 
Actually, hari ni saya tidak tau cerita apa di blog ni, ala sekadar hendak memenuhkan ruang entry saja ni.
 
Sekarang ni, memang musim durian dan rambutan bah kan. Setiap hari ada jak buah rambutan yang kawan saya bawa atau beli dari luar. Apa lagi, tanpa segan silunya, kami serumah pergilah melantak buah rambutan tu. hehehe
 
Ok, kalau rambutan saya boleh terima lagi, tapi kalau durian...ya ampun... itu saya tidak tahan. Bukan sebab saya bencikan atau tidak suka buah tu, tapi sudah kenyataan saya tidak dapat nak menggemari makanan ni, asal terhidu saja, mesti rasa pening then macam nak muntah saja. Haiyo.. susah la kalau begini.
 
 
Disebabkan hampir seluruh housemates saya ni suka dan gemar durian, terpaksa la saya mengurungkan diri di dalam bilik dan bertapa sekejap...hehe. Kesian housemates saya sebab rasa serba salah mereka kalau makan durian depan saya. Memang dah nasib la saya sebab tidak dapat merasa spesies buah yang dinamakan DURIAN ini.
 
 
Ok la, tu saja la celoteh-celoteh untuk hari ni. Saya nak pergi bersiap dulu sebab nanti ada perjumpaan ajk di bawah ruang legar hostel. Nanti lambat pulak. hehe
 
 
Wassalam.. ^_^


No comments:

Please..Leave Your Name Here...