Tuesday, November 13, 2012

Kurangnya Seorang Keluarga

Assalam dan pa kabar bloggers…
Rindunya nak buat coretan di laman blog ni..baru beberapa hari tak on blog, rasa rindu membuak-buak pula…
Hari ni saya baru jak habis presentation dgn ahli grup yg lain, so far semuanya bejalan lancar, just buku log dan laporan yg perlu kena adjust banyak-banyak.
Tapi sayangnya, saya rasa macam tiada mood and x bermaya jak…nak katakan berdebar-debar pasal presentation tu, ermm x la juga sebab masa di poli dulu selalu juga bercakap di depan.
Actually bukan pasal tu yg saya nak cerita. Saya nak cerita pasal sorang housemate dan rumate saya ni yang bakal akan meninggalkan UNIMAS sebab dia dah dapat tawaran di UITM…wahh bertuah nya. Lagi pun UITM tu memang dekat dengan tempat tinggal dia. Sebelah negeri jak. Lain la kalau di UNIMAS ni. Menyeberangi Laut China Selatan.
Hah ni la orangnya. Nama di beri adalah  Syafiqah. Asalnya adalah dari Pahang. Orangnya slumber jak. Sentiasa cool walau di mana saja berada. Kalau bagi sesiapa yang x kenal dengan dia, mesti orang tu akan kata yang dia ni sombong, walhal sebenarnya dia ni mesra juga. Cuma kadang-kadang kita yang kena tegur dulu. Biasa la bah tu kan, setiap manusia ada sifat malunya yang tersendiri.
Dalam minggu ni dia akan bertolak ke semenanjung dan x kan kembali ke UNIMAS sudah. Huhu sedihnya~
So sebelum dia pergi sana, kami serumah rancang nak buat farewell untuk dia. Saya dan geng serumah yang lain x pasti nak buat farewell yang macam mana. Apa-apa pun, cinderakenangan tetap ada buat si kawan ni.
Setiap ahli dalam rumah ni ada tugasnya masing-masing, so dengan segala hormatnya, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengedit sekeping gambar buat Syafiqah supaya bila-bila masa nanti, dia akan ingat segala kenangan kitorang sepanjang hampir dua bulan ni.
Huhu rasa sedih pula saya rasa bah, sebab ahli dalam bilik saya bakal berkurang. Rasa macam ada yang x lengkap. Semalam, time kami dua orang borak-borak tentang makanan, dia ada pesan kat saya, dia kata, “nanti kalau datang pahang, boleh le rase makanan2 orang kat sane”. Seriously saya katakan, banyak jenis lauk yang saya x pernah dengar masa kitorang borak-borak tu.
Apa-apa pun semoga Syafiqah Berjaya dalam cabaran hidupnya di UITM nanti. Insyaallah.
Ok la, saya nak edit-edit gambar dulu untuk malam farewell tu nanti…
Wassalam^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...