Thursday, November 29, 2012

The Cutiest Bedroom

Assalam dan Paagi bloggers...
 
Semua orang ada bilik tidur kan? kan? kan?
 
Dan yang paling penting, semua orang ada bilik tidur idaman masing-masing. Macam saya juga. Saya teringin sangat sebuah bilik tidur yang comel dan tidak besar. Hehe. Dan yang paling best kalau bilik tidur tu mempunyai design nya tersendiri. Wah mesti best.
 
Hari ni saya bukannya nak cerita pasal ciri-ciri bilik tidur idaman saya sendiri. Sebenarnya saya nak bagi tunjuk kat kawan semua beberapa design bedroom yang sangat-sangat comel dan unik. Memang hebat la siapa yang reka bilik tidur tu. Terpegun saya tengok tau.
 
Ni la antara design bedroom yang saya jumpa...
 
bilik dalam rimba
 
bilik dalam khemah
 
black & white butterfly bedroom
 
bedroom dalam terowong air
 
pinky flowering bedroom
 
pinky peach hello kitty bedroom
 
purple flower bedroom
bedroom in the garden
 
 
Cute Girls Bedroom Ideas, Bedroom, Cute Bedroom Ideas For Girls Cute Ideas Room Girls Bedroom Homivo
fairytale bedroom
 
 
Bedroom, Interior Design for Children 3
pink red bedroom
 
 
Cute Girls Bedroom Ideas Colorful Bedroom Decoration
barbie doll bedroom
 
 
bedroom in the cute house
 
Pinky Bedroom Decoration
butterfly pinky bedroom
 
colourful bedroom plus butterfly
 
bedroom simple and cute design
greenie bedroom
 
custle bedroom
 
 exclusive bedroom

 the sailor bedroom
 
facebook bedroom
 
coboi bedroom
 
bedroom at middle city
 
car animated bedroom
 
batman bedroom
 
 
itu la dia semua bedroom yang pelik, unik dan comel2 belaka...hehe macam-macam bentuk ada..
 
ok la tu saja untuk hari ni....daaa
 
Wassalam ^_^

Wednesday, November 28, 2012

Musim Buah Kembali

Assalam dan selamat malam bloggers...

Minggu ni  semua orang busy dengan aktiviti masing-masing. So, tidak hairan la kalau rumah ni pun sunyi jak sepanjang 1 minggu ni. Biasanya, lepas habis kelas jak, lepas maghrib tu, semua orang dalam rumah ni mesti berkumpul di ruang tamu atau di ruang meja makan rumah sambil meluah rasa-rasa ketidakpuasan time kuliah...hehe itu la sikap kami, ada saja yang hendak dikongsikan. Apa-apa pun, kami semua setia mendengar setiap luahan itu. (amboi macam jadi pakar kaunseling pula sekejap).
 
Actually, hari ni saya tidak tau cerita apa di blog ni, ala sekadar hendak memenuhkan ruang entry saja ni.
 
Sekarang ni, memang musim durian dan rambutan bah kan. Setiap hari ada jak buah rambutan yang kawan saya bawa atau beli dari luar. Apa lagi, tanpa segan silunya, kami serumah pergilah melantak buah rambutan tu. hehehe
 
Ok, kalau rambutan saya boleh terima lagi, tapi kalau durian...ya ampun... itu saya tidak tahan. Bukan sebab saya bencikan atau tidak suka buah tu, tapi sudah kenyataan saya tidak dapat nak menggemari makanan ni, asal terhidu saja, mesti rasa pening then macam nak muntah saja. Haiyo.. susah la kalau begini.
 
 
Disebabkan hampir seluruh housemates saya ni suka dan gemar durian, terpaksa la saya mengurungkan diri di dalam bilik dan bertapa sekejap...hehe. Kesian housemates saya sebab rasa serba salah mereka kalau makan durian depan saya. Memang dah nasib la saya sebab tidak dapat merasa spesies buah yang dinamakan DURIAN ini.
 
 
Ok la, tu saja la celoteh-celoteh untuk hari ni. Saya nak pergi bersiap dulu sebab nanti ada perjumpaan ajk di bawah ruang legar hostel. Nanti lambat pulak. hehe
 
 
Wassalam.. ^_^


Monday, November 26, 2012

Coming Soon Be Read

Assalam dan pa kabar bloggers...
 
Hari ni, balik jak dari kelas, terus duduk kat meja makan. Hehe bukannya mau makan, tapi saja2 jak untuk lepaskan kepenatan yang melampau ni.
 
Time tengah duduk-duduk tu, geng-geng rumah yang lain pun join beberapa kaki. Macam biasa la, kalau perempuan dah berkumpul, mesti banyak cerita dan celotehnya..hahaha
 
cerita punya cerita, entah bagaimana dan macam mana boleh timbulnya cerita pasal novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid. Tengah dengar-dengar tu, rasa macam best pulak cerita novel yang mereka bagitau tu.
Ramlee Awang Murshid
 
 
Itu la penulis novel yang geng rumah saya bagitau. Mereka kata semua novel-novel beliau memang best dan sangat-sangat bermanfaat. Walaupun cerita beliau lebih kepada khayalan yang tidak terpikir oleh kita, tapi jalan ceritanya betul-betul memberi kesan dengan perasaan kita.
 
 
Lepas dengar jak cerita mereka tu, rasa macam nak baca pulak semua novel-novel beliau. Tapi geng-geng saya galakkan baca  cerita tentang Sunan dahulu. Cerita novel ni ada 6 jilid, jadi perlukan kesabaran untuk membacanya. hehehe
 
 


 
ok, semua novel-novel ni bakal di baca oleh saya. hehehe harap-harap dapat la cari novel-novel ni semua. Rasa excited pula nak baca semua novel ni. Apa tak nya, time mereka cerita pasal novel ni, rasa macam best pulak jalan cerita watak Sunan ni...
 
 
ok la, habis celoteh untuk hari ni, assignment nak disiapkan dulu...hehe
 
 
Wassalam.. ^_^

Friday, November 23, 2012

Patut Ke Tidak?

Assalam dan selamat mlam bloggers...

setelah di pikir-pikir...mungkin sepatutnya saya x patut sambung stdy rasanya...


seandainya dapat diulang masa, saya x kan ikut kata hati saya untuk datang ke sini walaupun saya teringin sangat nak lanjutkan pelajaran hingga ke menara gading...

tapi, saya x tau pulak benda ni semua boleh berlaku tanpa saya duga...maafkan saya mak...terlajak perahu boleh d undur tapi saya dah ambik keputusan  dan jalan ni, jadi saya terpaksa juga teruskan walau apapun cabarannya...

yang penting, segulung ijazah mesti di bawa balik hasil daripada usaha dan tekad saya untuk sambung belajar... bukan niat nak menyusahkan tapi cuma nak tunaikan hajat seorang ibu dan bapa yang amat amat amat ku sayang...

wassalam....

Thursday, November 22, 2012

Assignment U Kill Me!!!

Assalam and selamat malam bloggers...oppsss silap silap bukan malam sdh ni, ini masuk subuh sudah...hehe

ok malam ni aktiviti bersengkang mata bermula lagi..yg bezanya, hari ni saya terpaksa bersengkang mata sorang2, biasanya housemates saya tumpang dua kaki...

huhu x pa la, sorang-sorang pun sorang-sorang la...yang penting tugasan ni mesti disiapkan hari ni juga.

actually tugasan ni bukan nya esok pun nak kena hantar, minggu depan 1 lagi baru kena hantar, saja2 jak ni buang tabiat nak siapkan awal jadi boleh santai-santai nanti..hehe

memang agak serabut saya sekarang ni, mgkn buku-buku ni serabut macam tuan dia jugak...haha
 
ni la kawan setia saya, c green-pdrive yg jujur menyimpan segala mklmt sy di dalam nya...huhu sebenarnya saya masih teringat-ingat lg dgn kawan  saya yg satu lg, nama dia  bluekingston-drive...ntah la, ke mana la dia menghilang selama ni...huhu
 
memang begini la keadaannya kalau dah namanya budak U, kena usaha sikit untuk dapat markah lebih...hehe...

setelah dicatat semuanya, ada 3 tugasan dan 2 projek yg perlu disiapkan. Dan semuanya tu bermula minggu depan perlu di hantar...

walaweyyyy gilak eh...nasib jak saya x gilak owh gara-gara benda ni semua...betul-betul mencabar minda dan fizikal saya...huhu apapun terima jak la...

ermmm time begini perlukan penggunaan otak yang lebih, kalau otak banyak berfikir, mesti la perut pun jadi lapar, kan.. kan...

rasanya perut ni buat konsert jom heboh sudah di dalam perut ni..haiya lapar ow...tapi saya malas mau makan sorang-sorang, tiada feel mau makan...biar kan la esok2 jak la baru makan...hehehe simpan kelaparan untuk masa depan...hahaha ada ke statement macam tu...

ok la, bagi siap assignment ni dulu, pastu tidur~~~~~~~~~ ^_^

Sunday, November 18, 2012

:: SEGMEN JOM SINGGAH BY EYOY KHAIRULANAM ::

Assalam dan selamat tengah hari bloggers..
 
Hari minggu begini mesti ramai yang bangun lewat kan. Bukannya selalu dapat peluang hujung minggu yang menenangkan begini, ditambah pula dengan cuaca yang amat-amat baik, fuhhh tido x ingat dunia la jawabnya...hahahaha
 
owh ya, hari ni macam biasa la mulakan hari kita dengan blogwalking kat blog orang lain, hehehe kemestian dalam ber'online' tu...
 
blogwalking punya blogwalking, terjumpa pula satu blog kawan ni, dia ada buat segmen ringkas, ala x susah mana pun nak join segmen tu, just buat entry dan emelkan entry tu kat blog segmen dia.
 
so, mula-mula kena la letakkan banner segmen ni kan...ok, ni dia banner tu...
 
 
owh ya, sebelum nak join segmen ni, kena la kan ikut beberapa syarat-syarat mudah yang dikenakan...
 
 
*follow BLOG EYOY KHAIRULANAM dan like page dia PAGE EYOY KHAIRULANAM
 
*letakkan link entry segmen anda ke ruangan komen BLOG EYOY KHAIRULANAM
 
 
segmen ni bermula sejak 13 Nov 2012 lagi.. tarikh luputnya masih lama lagi iaitu 30 Nov 2012, bah jom la beramai-ramai join segmen ni...x rugi mana pun, just buat entry yang ringkas saja...
 
ok la, tu saja saya nak celoteh-celoteh di entry ni...
 
wassalam...^_^


Saturday, November 17, 2012

Layan Lagu Lama^_^


Assalam dan slmt mlm bloggers…

Memandangkan esok cuti, so mlm ni tido lewat la jawabnya..hahaha bknnya selalu pun ada peluang macam ni.

Tadi line x brapa ok mungkin sebab hujan kan, so tunggu punya tunggu akhirnya line kembali pantas, ceh ayat nak menyedapkan hati jak tu…

Masa tengah bosan layan fb tu, so saya pun buka la youtube pastu pikir punya pikir, akhirnya dapat 1 lagu yang sangat2 diminati remaja dulu2…nak tau apa dia?

Taraaaaa….
PARA PARA SAKURA by AARON KWOK
 
Ni la dia lagu Para Para Sakura. Sebenarnya ini lagu ost untuk movie Para Para Sakura. Nak dijadikan cerita, cerita ni mengisahkan seorang pemuda yang mempunyai masalah penglihatan iaitu rabun warna. Dia hanya dapat lihat warna putih, hitam dan kelabu. Kesian la juga dengan hidup yang dihadapinya. Tapi dia ok jak dengan hidup dia tu. Kalau dalam hal2 memilih kaler baju pulak, dia memang sudah awal2 letak tag nama warna di setiap helaian bajunya.

Ermm sampai situ saja saya dapat ingat, yg selebihnya macam ingat2 lupa pulak..hahaha

Kalau nak tengok cerita ni, Cuba search kat mn2 laman web, mgkn msh ada tu rasanya…

Walaupun lagu ni dah lama, but im still love this song as before…

Huhu bah ok la, mau layan lagu Para Para Sakura ni sebelum tido…

Wassalam..^_^

Wednesday, November 14, 2012

My Old+Sweet Song

Assalam n morning peeps…

Pagi2 ni rasa boring pulak dgn suasana d sini. So untuk hilangkan boring ni, saya pun pegi on hp kwn, then dengar lagu. Tiba2….

Saya tengok satu tajuk lagu yang saya sangat2 familiar dgn lagu tu suatu ketika dahulu. Dan lagu tu masih segar in my mind. Apa x nya, dulu2 sebelum nak pegi sekolah, lagu tu sentiasa jak on air kat tv, nonton punya nonton, saya terus jatuh cinta lagu tu sampai la sekarang.

So, saya terus search music video lagu tu kat youtube. Huh nasib baik masih ada…wahhh rasa macam teringat pulak kenangan dulu2 kalau dengar lagu ni.

Owh lupa pulak mau bagitau tajuk lagu ni. Lagu ni tajuknya Bad Day by Daniel Powter. Sweet jak saya tengok music video lagu ni. Pandai dorang mengubahnya.

Hah ni la lagu yang saya maksudkan. Saya upload terus dari youtube jak ni..
 BAD DAY by DANIEL POWTER

So, dengarkanlah~ ….hehehe

Ok la, saya nak bersiap sudah ni untuk pegi ke kelas…huhu patutnya hari ni semua orang cuti sebab sambut deepavali, tapi saya xda cuti pulak..x pa la…menuntut ilmu tu kan baik, tiada istilah cuti kalau nak menuntut ilmu, so pasang la niat anda dengan ikhlas kalau nak ilmu sentiasa masuk dan tersemat dalam ingatan kita…insyaallah ilmu tu akan kekal dengan kita…

Wassalam. ^_^

Tuesday, November 13, 2012

Kurangnya Seorang Keluarga

Assalam dan pa kabar bloggers…
Rindunya nak buat coretan di laman blog ni..baru beberapa hari tak on blog, rasa rindu membuak-buak pula…
Hari ni saya baru jak habis presentation dgn ahli grup yg lain, so far semuanya bejalan lancar, just buku log dan laporan yg perlu kena adjust banyak-banyak.
Tapi sayangnya, saya rasa macam tiada mood and x bermaya jak…nak katakan berdebar-debar pasal presentation tu, ermm x la juga sebab masa di poli dulu selalu juga bercakap di depan.
Actually bukan pasal tu yg saya nak cerita. Saya nak cerita pasal sorang housemate dan rumate saya ni yang bakal akan meninggalkan UNIMAS sebab dia dah dapat tawaran di UITM…wahh bertuah nya. Lagi pun UITM tu memang dekat dengan tempat tinggal dia. Sebelah negeri jak. Lain la kalau di UNIMAS ni. Menyeberangi Laut China Selatan.
Hah ni la orangnya. Nama di beri adalah  Syafiqah. Asalnya adalah dari Pahang. Orangnya slumber jak. Sentiasa cool walau di mana saja berada. Kalau bagi sesiapa yang x kenal dengan dia, mesti orang tu akan kata yang dia ni sombong, walhal sebenarnya dia ni mesra juga. Cuma kadang-kadang kita yang kena tegur dulu. Biasa la bah tu kan, setiap manusia ada sifat malunya yang tersendiri.
Dalam minggu ni dia akan bertolak ke semenanjung dan x kan kembali ke UNIMAS sudah. Huhu sedihnya~
So sebelum dia pergi sana, kami serumah rancang nak buat farewell untuk dia. Saya dan geng serumah yang lain x pasti nak buat farewell yang macam mana. Apa-apa pun, cinderakenangan tetap ada buat si kawan ni.
Setiap ahli dalam rumah ni ada tugasnya masing-masing, so dengan segala hormatnya, saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengedit sekeping gambar buat Syafiqah supaya bila-bila masa nanti, dia akan ingat segala kenangan kitorang sepanjang hampir dua bulan ni.
Huhu rasa sedih pula saya rasa bah, sebab ahli dalam bilik saya bakal berkurang. Rasa macam ada yang x lengkap. Semalam, time kami dua orang borak-borak tentang makanan, dia ada pesan kat saya, dia kata, “nanti kalau datang pahang, boleh le rase makanan2 orang kat sane”. Seriously saya katakan, banyak jenis lauk yang saya x pernah dengar masa kitorang borak-borak tu.
Apa-apa pun semoga Syafiqah Berjaya dalam cabaran hidupnya di UITM nanti. Insyaallah.
Ok la, saya nak edit-edit gambar dulu untuk malam farewell tu nanti…
Wassalam^_^

Wednesday, November 07, 2012

My 3rd Family at UNIMAS

Assalam dan selamat malam bloggers..
Hari ni saya nak cerita serba sedikit tentang kluarga baru saya di UNIMAS ni. Almaklumlah baru genap sebulan saya dah berada di bumi kenyalang ni. Mula-mula tu memang rasa x best la sebab kita rasa kesorangan saja di negeri orang ni, tambah-tambah pula ini kali pertama saya jejakkan kaki di tempat ni.
masa kat dalam sampan
 
Kisahnya bermula apabila kami semua disatukan dalam sebuah rumah apartment iaitu asrama di UNIMAS. Dalam satu rumah ada 5 bilik. Sorang demi sorang pelajar telah mendaftarkan diri di asrama tersebut termasuklah saya dan kawan-kawan saya yang lain. Asalnya kami semua ni tidak mengenali satu sama lain. Tapi syukur Alhamdulillah ahli-ahli rumah ni semuanya mesra alam dan senang di bawa berkawan.
Waktu pendaftaran telah pun ditutup. Malam pun dah tiba. Kami serumah x tau nak buat apa. So, secara tidak sengaja dan tidak dirancang, kami semua berkumpul di ruang tamu rumah asrama tersebut. Masing-masing memperkenalkan diri dengan loghat yang tersendiri. Macam-macam loghat yang boleh didengar di rumah ni. Ada loghat Kelantan, Melaka, perak, dan Selangor, Terengganu dan sabah. Opps loghat orang Sarawak tiada pula dalam kalangan kami, hehe baru perasan pula. Ermm biasa la, kalau gadis-gadis dah berkumpul, memang susah sikit nak tamatkan perbicangannya. Lebih kurang 4jam juga la kitorang bercerita sambil memperkenalkan diri masing-masing. Owh ya, lupa pula nak bagitau, nama asrama kitorang adalah KOLEJ SAKURA. Wahh indahnya nama kolej kami, seakan-akan berada di jepun pula.

sign board kolej Sakura
Semakin lama, hubungan kami satu rumah semakin erat, macam adik-beradik. Tambahan pula, cuti mid-sem baru-baru ni telah merapatkan lagi hubungan kami hinggakan kalau nak makan sekali pun, kena makan beramai-ramai, termasuklah jalan-jalan ke Kuching, desa ilmu dan pekan di depan UNIMAS. Lagi satu, kami semua ada habit yang pelik iaitu bergambar. Asal pegang kamera or handphone yang canggih saja, mesti nak pose mengalahkan artis. Tak kira la ke mana kami pergi sekali pun, kitorang mesti akan take picture. Nasib baik la mereka tak minta digambar time nak buang air kecil or time nak melawa-lawa. Hehehe siapa juga kan yang nak digambar dalam keadaan macam tu, memalukan martabat dan duli orang jak..hehe^_^
sebelum nak gerak ke kuching, sempat lagi dorang ambik pic di rumah..hehe
 
macam-macam ragam mereka ni..hee^_^
 
belajar dengan mood yang stress (sebab x dapat selesaikan soalan ekonomi)o_O
 
makan dengan mood yang happy~
Yang bestnya kami semua ni juga adalah kami semua memang sepakat kalau hal makan-makan. Tak cerewet pun. Terima saja seadanya. Kadang-kadang nak makan time dinner pun kami sanggup dengan hanya makan aiskrim saja.

aiskrim menjadi santapan dinner kami...toink toink
 
berbelanja sakan nampaknya...hehe mengalahkan orang yang macam dapat PT
 
 Kami juga dah berpakat untuk makan malam bersama-sama setiap hari. Then bayaran tu nanti akan agih-agihkan la sma rata. Memang jimat juga la kalau beli dalam kuantiti yang banyak. Yang tak bestnya adalah time nak bayar makanan tu kat kaunter. Kadang-kadang ada penjual yang macam ragu-ragu pula nak bagi harga kat makanan kami tu. Sampaikan nak kira harga satu lauk saja pun dah ambik masa yang lama, ermm entah la apa yang dia renungkan kat lauk tu. Nasib la kat asrama kami ni x dibenarkan masak memasak, kalau x, ermmm memang confirm la kami akan masak IKUT SUKA KAMI dan SESEDAP RASA KAMI…hahaha
Sekarang ni kami pening kepala pula nak pikir pasal penempatan untuk sem depan. Dengar-dengar cerita pelajar senior terpaksa ditapis untuk kemasukan asrama bagi memberi ruang kat junior sem 1 yang bakal masuk. Pelajar-pelajar yang termasuk dalam senarai tapisan hanyalah pelajar-pelajar yang aktif di kolej saja. Then kitorang juga kena kumpul merit seberapa banyak dan minimum merit adalah 15 point. Ya ampun, sempat ke nak kumpul 15 point tu dalam masa 5 bulan saja??? Tambahan pula kami ni 2nd intake, so memang lambat la kalau dalam hal-hal nak libatkan diri di kolej ni. Tak apa, kami dah sepakat, kalau kami semua tak dapat masuk asrama, kami akan tinggal bersama-sama di rumah sewa kelak. Amin mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Ok la, tu saja la untuk hari ni. Saya dah mengantuk tahap gaban sudah ni. Selamat malam….

Saturday, November 03, 2012

Insomnia Kembali

assalam dan selamat malam bloggers..

haiya malam ni betul2 x dapat nak tido la nampaknya. mungkin ini effect dari minum coffee kot...habis la mata.

betul-betul saya jadi kelawar malam owh hari ni. housemates saya tumpang dua kaki jadi insomnia. tapi kan yang peliknya, masa nak baca buku, mata ni rasa berat saja, tapi bila mana nak on9, mata ni tiba2 jadi segar bugar seindah bulan purnama pla...haiya ottokoe~

waktu dah menunjukkan pukul 3.22 am. apa nak jadi la dengan saya ni. ermmm sabo je la~

opps ingatkan saya sorang saja yg insomnia malam ni, rupa-rupanya bff saya pun ada penyakit yg sama...hahaha. masa nak buka fb tadi, tiba-tiba ternampak nama fb dia kat notification, haha malar btl bdk tu on9.
ermmm mungkin betul jgk statement ni, x dapat tido disebabkan addicted with internet..hahaha, kau hal la~

apa-apa pun tepukan gemuruh jiwa bt kami housemates sekalian kerana telah memecahkan rekod tidak tido hingga jam4 ni, insyaallah...

disebabkan x dapat nak lelapkan mata, so kitorang pun p layan makan meggi..haha memang terbaik dari ladang harimau~ betul-betul la hantu meggi...hehe


swear saya katakan, memang sedap owh mkn meggi tengah-tengah malam sambil minum coffee 3 in 1...perghhhh gilak eh...di hostel jak ni dapat makan macam ni,... nah kamu ada???

apa-apa pun selamat subuh kat korang la~hahaha^_^

Thursday, November 01, 2012

Designer brooch

assalam dan pa kabar blogger...

malam2 buta ni sepatutnya orang dah tidur lena, tapi saya masih lagi segar menghadap lappy sambil update blog..haha terbaik dari ladang...

masa saya tengah on fb, saya ternampak dalam group yang saya join tu ada sorang member UG saya yang mempunyai minat yang mendalam terhadap brooch. so dia telah aplikasikan kemahiran yang dia ada iaitu mengait benang dengan menghasilkan beberapa brooch yang sangat2 cantik dan comel.

wah nampaknya jadi business women la geng UG saya ni. semua hasil rekaannya akan dijual di mana-mana jak tapi dia pakai orang tengah la..hehe
 
 
ok ni la orangnya....nama diberi adalah Shafinas Binti Sulaiman. tapi masa di poli kitorang selalu panggil minchun..haha sebenarnya itu nama artis korea tapi nama tu dah macam sinonim dengan kawan saya ni. then lagi satu, kawan saya ni seorang yang gila-gila la juga pasal korea..ala korean-holic la katakan...hehehe
 
ok berbalik kepada cerita pasal brooch yang kawan saya ni buat, sebenarnya dia masih confused lagi nak bagi tanda harga kat hasil rekaannya..
 
kalau korang nak tengok hasil-hasil rekaan brooch yang dia telah hasilkan, korang boleh la KLIK SINI untuk ke laman blog dia. swear saya katakan, blog dia memang cantik, saya jeles tengok blog dia, penuh dengan mashmallow...wahhh kagum saya dengan adik UG yang bongsu ni...
 
apa-apa pun, semoga dia akan mencapai kejayaan ke atas hasil rekaannya ni...amin....

Please..Leave Your Name Here...