Wednesday, October 17, 2012

Tak Mesra Alam

RECEPTION?
ermm maksudnya penyambut tetamu la atau kaunter pertanyaan. setiap syarikat mesti ada reception service kan, terutamanya bagi institusi atau syarikat-syarikat besar.
mesti ramai masyarakat di luar sana yang selalu menghadapi reception yang tak mesra mesra. erm sama la kita.

hari ni, saya ada pergi ke suatu tempat reception, erm tak bagitau la apa nama tempat tu, nanti jatuh pula standard dorang. mula-mula saya bertanya kepada reception orang muda, and maybe juga dia tu masih baru rasanya, jadi bagi saya, dia agak mesra alam la juga. tapi yang tak best nya tiba-tiba reception yang sorang lagi tu menyampuk perbualan saya dengan reception pertama tadi, nada dia tu macam orang marah saja. terus saya rasa macam tiada mood nak bercakap kat kaunter tu. saya tanya dengan penuh pengharapan plus terkesima time tu. then, datang jak reception yang dalam lingkungan 30-an tu, saya rasa macam tak tau nak cakap apa sudah. puas saya bagi explain berkenaan urusan yang saya nak tau tu, tapi muka dia sangat-sangat la menakutkan.

saya rasa, kalau budak-budak umur 10 tahun berada di tempat saya, mungkin terdiam sudah agaknya budak tu.

at least bercakap la dengan keadaan senyum juga, jadi tak la orang atau pelanggan ketakutan untuk bertanya. ni la yang selalu di alami oleh pelanggan ketika berurusan di kaunter pertanyaan atau kaunter penyambut tetamu.

kalau dah muka macam tak pandai nak senyum, bagus tak payah jadi reception, saya pun pelik, macam mana syarikat boleh pilih mereka-mereka yang tak sesuai ni untuk jadi reception mereka, bukankah ini akan menjatuhkan martabat atau standard mereka. apa-apa pun, itu dah rezeki mereka. kita tak boleh nak halang.

so the moral of story, sabar jak la dengan mereka...haha kalau bukan kerana mereka juga, tiada siapa la yang akan layan anda di kaunter reception tu...terima la mereka seada nya..hehe cewah macam mengalahkan ahli falsafah pula hujah saya ni...bla bla bla, itu semua, hanya la COBAAN~ ^_^

No comments:

Please..Leave Your Name Here...