Tuesday, October 30, 2012

CeriTera Sekolah Dulu-dulu

Malam ni memang bosan gila, nak belajar pun belum ada mood lagi.
So tangan ni pun pandai la pla on laptop then buka twitter. Rasa macam terkenang sesuatu pla time baca  tweet kawan2 kat twitter tu.
Rupanya dorang cerita pasal tabiat, kelakuan dan kisah time kat sekolah dulu-dulu. Banyak sangat perbezaan budak2 sekolah zaman sekarang ni dengan zaman saya dulu2.
dulu2 masa zaman sekolah saya, budak-budak yang lain suka sangat cakap mcm ni, "eh jom la main, kalau kamu x mau main, kami x kawan"...pada hal x sampai beberapa minit, bekawan juga semula.
 
dulu2, kitorang cuma bawa 20 sen atau 50 sen saja time sekolah rendah, masa naik sekolah menengah pla, duit saku up sikit ke RM1..rasa macam best la juga sebab boleh bawa duit saku banyak-banyak macam abang...haha.. tapi sekarang ni, budak2 x nak pergi sekolah dengan berbekalkan 50 sen. mereka akan terima kalau parents bagi RM1, itu bagi yang sekolah rendah, kalau sekolah menengahnya pula mesti la nak bawa RM2 atau RM3 sehari. huishhh gilak eh
 
dulu2 internet-internet ni semua belum femes lg time zaman sekolah kami, facebook, twitter, blog, dan myspace ni semua belum ada lg masa tu. kitorang mula kenal network social ni hanya friendster jak pun, itupun dia femes masa saya dalam sekolah menengah. tapi sekarang, budak2 yang umur 6 tahun pun suah pandai guna fb, edit2 gambar la, pokoknya budak2 zaman sekarang mmg up dari segi teknologinya.
dulu2 kitorang suka main polis dan pencuri, main galah panjang, main lompat getah dan macam2 lg la, tapi sekarang budak2 dah x layan permainan2 macam tu. mereka ada game yang lebih canggih, hanya perlu gerakkan tangan jak,badan2 segala hingga la ke kaki, x perlu bergerak. ala budak2 zaman sekarang la lebih layan game yang ada kat fb, ipad dan yang sama waktu dengannya.
ermm banyak sangat la perbezaan suasana sekolah time dulu2 dan zaman sekarang. apa2 pun, saya sangat2 rindukan suasana dan kekecohan time di sekolah dulu. zaman sekolah la yang paling best dan banyak menyimpan memori.
 

Thursday, October 25, 2012

Ilmu Perlu Dikongsi Bukan Untuk Dibuat Khazanah


ada apa dengan tajuk saya hari ni ya???
ermmm actually saya nak story tentang ilmu yang ada pada diri kita. memang x dinafikan semakin ramai pelajar pintar dan geliga dalam dunia, tapi pelajar yang boleh berkongsi ilmu dengan kita sebenarnya x ramai. mungkin bukan sebab mereka kedekut macam haji bakhil, tapi mungkin ada sesetengahnya yang x tau cara nak kongsikan ilmu tu dengan orang sekelilingnya. macam saya la, saya x la jugak nak kata yang saya ni pandai, ilmu yang sikit2 tu ada la, klu x, mana la saya dapat belajar kat universiti ni. saya ni sebenarnya ada niat nak kongsi ilmu yang saya ada cumanya saya susah nak terangkan dalam pemahaman yang jelas terhadap kawan2 saya. kadang2 susah jugak hati saya ni sebab x dapat menerangkan maklumat tu dengan lebih jelas.
tapi ada juga sesetengah hamba Allah yang lebih suka simpan ilmu tu untuk diri dia sorang saja. mungkin dia takut disaingi agaknya. ish3... sikap tu x baik sebenarnya, ilmu tu xkan berkembang kalau x dikongsi dengan orang lain. semakin banyak ilmu yang kita kongsikan, semakin bertambah2 ilmu tu di dalam otak dan dada kita. then dari kita saja macam mana nak memanfaatkannya.
 
apa la gunanya kita dapat markah straight A setiap subjek, tapi ilmu yang ada pada kita sebenarnya x berkat. ermmm itu lagi bahaya. apa yang saya maksudkan x berkat adalah MENIRU la, apa lagi. ya la, zaman sekarang ni kan banyak teknologi canggih, macam2 perkara orang boleh buat untuk jadi yang terbaik termasuklah meniru. itu hanya merugikan diri sendiri saja. so, kurang2kan la meniru.
 
apa-apa pun, itu semua adalah depends dari kita untuk memilih, sama ada nak kongsikannya atau buat ikut cara tersendiri..tapi ilmu yang ada lebih baik dikongsikan berbanding di simpan berkurun-kurun lamanya sehinggalah ilmu terkubur dalam diri kita. itu lagi merugikan. wallahualam.
 

Wednesday, October 17, 2012

Tak Mesra Alam

RECEPTION?
ermm maksudnya penyambut tetamu la atau kaunter pertanyaan. setiap syarikat mesti ada reception service kan, terutamanya bagi institusi atau syarikat-syarikat besar.
mesti ramai masyarakat di luar sana yang selalu menghadapi reception yang tak mesra mesra. erm sama la kita.

hari ni, saya ada pergi ke suatu tempat reception, erm tak bagitau la apa nama tempat tu, nanti jatuh pula standard dorang. mula-mula saya bertanya kepada reception orang muda, and maybe juga dia tu masih baru rasanya, jadi bagi saya, dia agak mesra alam la juga. tapi yang tak best nya tiba-tiba reception yang sorang lagi tu menyampuk perbualan saya dengan reception pertama tadi, nada dia tu macam orang marah saja. terus saya rasa macam tiada mood nak bercakap kat kaunter tu. saya tanya dengan penuh pengharapan plus terkesima time tu. then, datang jak reception yang dalam lingkungan 30-an tu, saya rasa macam tak tau nak cakap apa sudah. puas saya bagi explain berkenaan urusan yang saya nak tau tu, tapi muka dia sangat-sangat la menakutkan.

saya rasa, kalau budak-budak umur 10 tahun berada di tempat saya, mungkin terdiam sudah agaknya budak tu.

at least bercakap la dengan keadaan senyum juga, jadi tak la orang atau pelanggan ketakutan untuk bertanya. ni la yang selalu di alami oleh pelanggan ketika berurusan di kaunter pertanyaan atau kaunter penyambut tetamu.

kalau dah muka macam tak pandai nak senyum, bagus tak payah jadi reception, saya pun pelik, macam mana syarikat boleh pilih mereka-mereka yang tak sesuai ni untuk jadi reception mereka, bukankah ini akan menjatuhkan martabat atau standard mereka. apa-apa pun, itu dah rezeki mereka. kita tak boleh nak halang.

so the moral of story, sabar jak la dengan mereka...haha kalau bukan kerana mereka juga, tiada siapa la yang akan layan anda di kaunter reception tu...terima la mereka seada nya..hehe cewah macam mengalahkan ahli falsafah pula hujah saya ni...bla bla bla, itu semua, hanya la COBAAN~ ^_^

Monday, October 15, 2012

Orang Bertangguh Selalu Rugi

apa la nasib saya, suka sangat bertangguh-tangguh, then diri sendiri juga yang rugi, nah padan muka aq sendiri.
ni la akibatnya kalau suka sangat tangguh-tangguh kerja. xpa la, dah nasib badan, melepas~
apa-apa pun saya kena usaha juga untuk minta excuses supaya d bagi peluang kedua. mudah-mudahan lec saya tu bg la peluang kedua.
biar la ini kali teakhir saya menangguh-nangguhkan apa yang x patut ditangguhkan.
selalunya orang kata orang tamak selalu rugi, kali ni, saya buat yang baru, orang bertangguh selalu rugi...
menyesal kini tiada berguna...pergajaran buat diri ku hari ni...

Thursday, October 11, 2012

Hari Pertama Tiba Di Unimas Sarawak


wahhh lamanya x buat coretan d blog ni....hampir setengah tahun rasanya.
disebabkan kat hostel ni ada wifi free, so sy manfaatkan la sebaik-baiknya...hehe bukan selalu ada peluang macam ni, kat hostel saya saja yang dapat line wifi, kat hostel lain di unimas x ada tau...
actually bukan tu yang saya nak story morry hari ni, saya rasa macam nak story tentang hari pertama saya tiba di kuching dan UNIMAS.
sebelum plan nak pegi unimas, mestila kena booking tiket kapal awal2 kan, so saya pun minta tolong dengan abang saya supaya booking kan penerbangan untuk hari jumaat bersamaan 28 september 2012.

pada awal pagi 27 september 2012, kira2 jam5 pagi, saya bersiap-siap untuk pergi mandi, solat dan kemas-kemas barang yang diperlukan. jam6.15 pagi saya telah dihantar ke terminal bas tawau. keadaan waktu pagi tu sangat sunyi sebab ramai lagi yang masih dalam buaian mimpi. tepat jam8.30 pagi, bas ekspress yang saya naiki mula berangkat ke destinasi yang ditujui iaitu kota kinabalu. perjalanan dari tawau ke KK mengambil masa 8 jam, agak lenguh juga la duduk dalam bas terus dan saya sebenarnya x brapa suka jalan waktu siang sebab risiko untuk mabuk adalah lebih tinggi berbanding waktu malam. pada hari yang sama, jam5.00 petang, saya telah sampai di kk. saya cuba untuk capai handphone yang berada di kocek saya dan mula mendail number abang saya yang sememangnya telah berada di kk. dalam masa 20 minit kemudian, abang saya tiba. kemudian, dia cadangkan kepada saya supaya stay dahulu di hostel UMS iaitu di bilik kawan perempuan dia. jadi saya pun kata "ok". ketika itu, hari dah nak maghrib, kira-kira jam6 petang saya tiba di hostel tersebut. memang agak kekok la juga ketika berada di tempat tu, tambahan pula saya x brapa biasa dengan kawan perempuan abang saya tu sebab itu adalah pertama kali kitorang jumpa. saya panggil dia akak sebab dia tua setahun dari saya. dia memang baik la sebab dia layan saya macam dia layan kawan2 dia yang lain dan dia juga banyak masak lauk pada hari, walaupun sebenarnya kat dalam hostel x dibenarkan memasak, tapi bagi dorang, itu kena pandai berjaga-jaga la. waktu tu, agak awal la juga saya tidur, lebih kurang jam10 malam saya dah lelapkan mata. mungkin  saya agak kepenatan sebab seharian duduk dalam bas.

jam5.00 pagi bersamaan 28 september 2012, saya bangun dan terus mandi. saya bersiap awal ketika  itu sebab waktu penerbangan saya adalah pada pukul7.50. so saya kena berada di airport tanjung aru sebelum pukul 6.30 pagi. semasa saya tengah bersiap tu, akak tu sibuk buat nasi goreng dengan menggunakan rice cooker. hehe memang jarang dibuat orang, hanya budak2 hostel jak yang berani masak apa2 saja di dalam rice cooker, sebab itukan lebih menjimatkan, cuma beli barang mentah saja. kemudian, telefon saya berbunyi, ada panggilan masuk iaitu abang yang call rupanya. dia maklumkan yang dia dah berada di luar bangunan hostel. dengan menggunakan kereta proton berwarna merah milik kawannya, saya di hantar ke airport. jam telah menunjukkan pukul 5.55 pagi, tapi keadaan jalan raya dah jem. kami tiba di airport pada pukul 6.10 pagi. ini la 1st time saya pergi airport dan mengurus tiket dan bagasi secara sendiri, kalau masa plkn dulu, pihak kerajaan yang tolong uruskan semuanya. setelah saya dapatkan tiket check-in melalui mesin auto, saya pergi pula ke kaunter pengurusan bagasi. alhamdulillah bagasi x lebih berat, kalau x, habisla, terpaksa bayar charge lebih iaitu 1 kg bersamaan RM30. setelah itu, saya pun pergi ke ruang pelepasan untuk pemeriksaan dan pengesahan pasport. lebih kurang dalam 20 minit kemudian, number flight saya diumumkan untuk bersiap sedia naik kapal. mula-mula tu x tau nak buat apa, so saya beranikan diri untuk bertanya itu ini berkenaan proses nak naik kapal. mujur la mereka ada. 10 minit sebelum berlepas, saya dah berada di tempat duduk saya dalam flight tu. risau juga sebenarnya saya sebab saya x tau siapakah gerangannya yang akan duduk sebelah saya ni. huh nasib baik, rupa-rupanya seorang kakak dari sandakan yang duduk sebelah kanan saya, manakala sebelah kiri pula adalah seorang auntie cina. sepanjang perjalanan ke kuching tu, saya bercerita dengan kakak tu, dia mesra orangnya dan banyak cakap, saya suka berkawan dengan orang macam tu sebab tidak kekok kita jadinya. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih itu tidak menyedarkan kami bahawa kami telah tiba di kuching sebab terlalu kusyuk bercerita dengan  kakak tu.

pukul 9.15 pagi hari yang sama, saya tiba di airport antarabangsa kuching. kemudian, saya cuba capai handphone saya kat dalam kocek dan terus mendail number mak saya, dan memberitahunya yang saya dah sampai. ketika tengah bertelefon, adik bongsu saya cuba nak berebut handphone dari mak saya sebab dia x sabar nak bercakap dengan saya. hehe sempat pula dia nak minta belikan macam-macam untuk dia nanti. kemudian saya dan kakak tersebut ke kaunter ketibaan untuk mendapatkan permit masuk, then kami turun ke tingkat bawah airport untuk mengambil bagasi yang berada di kumpulan C. selepas itu, mengeluarkan handphone saya semula dan mesej kat makcik saya yang sememangnya tinggal di serian sarawak sebab ikut suaminya yang yang telah dipindahkan ke cawangan polis serian. balasan mesej saya terbalas, makcik pesan sekeras-kerasnya supaya jangan ambil teksi untuk pergi ke Unimas, sebab bahaya katanya, biasa la, saya kan masih baru di tempat orang, mungkin sebab tu la dia risau sangat. 2 jam kemudian iaitu pada pukul 11.45 pagi, makcik saya tiba di airport bersama-sama suami dan baby boy mereka dengan menaiki kereta proton warna putih. nasib baik jarak airport ke unimas hanya mengambil masa 20 minit sahaja. tetapi malangnya, ketika saya sampai di unimas. kaunter dah tutup sebab waktu tu adalah lunch time. office akan buka pada pukul2.30 petang. mula-mula sampai di unimas, kami tersesat jalan sebab tempat tu sangat luas. alhamdulillah kami dah jumpa hostel yang sepatutnya saya pergi mendaftar. walaupun  office dah tutup, sekurang-kurangnya kami dah tau tempat yang nak ditujui nanti.

pukul 12.25 tengah hari, saya lihat semua pelajar lelaki berpusu-pusu untuk ke masjidbagi menunaikan solat Jumaat. sementara menunggu office buka, kami pergi mengisi perut yang agak kelaparan di restoran chicken rice. actually selera makan saya agak kurang waktu tu, sebab macam-macam yang saya pikirkan. makanan yang saya order pun saya x habiskan. rasa macam nak pengsan saja waktu tu sebab kerisauan samada sempat ke x saya uruskan pendaftaran saya ni. setelah selesai makan, saya dan makcik saya singgah di kedai One Stop untuk membeli barang-barang keperluan di hostel nanti termasuklah baldi, gayung, pencuci pinggan , bekas sabun dan macam-macam lagi.sebelum jam 2 petang, kami tiba semula di unimas. tepat jam2.30 saya dan makcik saya terus masuk dan ambik nombor giliran untuk bayar yuran. kemudian mereka menyuruh saya pergi ke Bahagian Pengajian Prasiswazah. pening kepala mencari arah untuk pergi ke unit itu, nasib baik ada sorang student cina bagi tunjuk arah kat kami. di Bahagian Pengajian Prasiswazah pula saya di minta untuk daftar on9. kemudian, kami pergi ke hostel semula untuk membuat urusan kemasukan hostel. setelah dapat kunci, saya terus pergi cari bilik yang dimaksudkan oleh kaunter pendaftaran asrama. agak terkejut la sebab suasana hostel d sini sangat menyerupai apartmen yang mempunyai 5 bilik setiap satu apartmen. buat pertama kalinya, saya terpaksa terima katil dua tingkat dan yang lebih menyedihkan saya dapat katil tingkat atas. sebenarnya saya takut kalau2 saya akan terjatuh dari tingkat atas. setelah daftar masuk hostel, saya dan makcik saya pula pergi ke hal ehwal pelajar untuk mengambil pakej, kemudian ke pejabat am dan seterusnya ke bilik pejabat mentor saya untuk melaporkan diri.

kira-kira pukul 5.30 petang, urusan pendaftaran saya hampir selesai, tinggal nak daftar subjek saja lagi belum. seharian tu memang agak memenatkan sebab kena ke hulu ke hilir. waktu malam pula, sesi berkenalan dengan housemates pun bermula hingga la pukul 10.00 malam. sebenarnya sesi tu kami saja2  buat sebab boring xda benda nak d buat...housemates saya terdiri dari 13 orang semuanya termasuk saya. semuanya dari negeri dan daerah yang berlainan dan berlainan loghat. memang best la sebab dapat berkenalan dengan pelbagai orang dan bahasa.

bermula la kisah saya di Universiti Malaysia Sarawak (unimas)....
harap-harap segala pembelajaran saya di sini akan dipermudahkan dan di redhai oleh-Nya...
amin....
~ini la jambatan cinta di unimas~

Please..Leave Your Name Here...