Monday, July 23, 2012

Contengan Biasa

assalam dan pa kbr...
lamanya saya x update blog ni. nak katakan bz, tak la juga, cuma ada la masalah yang x dapat nak dielakkan, cewah macam mengalahkan masalah dunia pula...hehehe

ok, saya baru jak habis belajar dalam bidang diploma business stdy (management), kira macam fresh graduat la kan. tapi serious saya katakan, memang susah nak cari keja yang betul-betul besesuaian dengan kelayakan kita. so, lepas kuar politeknik jak, saya terus cari keja sampingan sebagai salesgirl di kedai kasut pemborong. saya keja kat sana dua bulan jak, lepas tu saya berenti.

ada dua sebab kenapa saya berenti, 1st saya mau urus sudah dokumen-dokumen untuk saya sambung belajar, itu pun insyaallah kalau dapat. 2nd saya berenti sebab saya memang tak tahan nak keja sana kalau time bulan puasa terutamanya sebab keja-keja di sana boleh tahan juga la beratnya. yang angkat barang, semuanya pempuan. dah la kasut tu bertimbun-timbun banyaknya, penuh habuk lagi. so sebab tu la saya berenti.

jadi sekarang saya cuma duduk kat rumah jak. sambil-sambil tu saya pergi ke cc untuk isi-isi kekosongan jawatan dan tabur-tabur resume saya kat syarikat lain. memang boring giler duduk d rumah jak tanpa buat apa-apa. kemas mengemas tu kira biasa la tapi kalau dah selesai semuanya, tak tau mau buat apa sudah.

hehe sampaikan takut kawan saya tengok saya sebab asyik-asyik cari keja jak. bukannya apa, saya tak suka kalau ada makcik-makcik sebelah rumah yang pandang rendah dengan kelulusan yang saya ada. katanya, "belajar tinggi-tinggi, itu jak keja mu?". hish sakit telinga saya dengar.

zaman sekarang ni, tak mustahil orang yang ada ijazah pun boleh jadi penyapu sampah di bandar-bandar. sekarang ni banyak graduan, jadi banyak saingan. itu semua dari rezeki masing-masing. kita tak boleh pertikaikan. Rasullullah pun pernah bersabda, kejarlah ilmu hingga ke negara china.

jadi ilmu tu sebenarnya bukan untuk kita cari keja jak, tapi supaya kita tak ketinggalan dan kita dapat jaga diri kita dengan ilmu yang ada.

so, berbangga la dengan ilmu yang ada. jangan gunakannya untuk benda-benda yang boleh merosakkan diri dan negara.

Please..Leave Your Name Here...