Friday, March 02, 2012

~UG Girls~

assalam dan selamat pagi bloggers

akhirnya, setelah bbrpa mggu sy x coret2 d blog ni, hari ni dpt juga sy nak bt sikit coretan yg x seberapa penting ni...

sebenarnya hari ni sy nak story pasal geng2 sy yg dikenali sbg UG d kalangan dlm kelas kmi...


UG ni sebenarnya adalah UniGurlz atau Utara Gudon sb ianya adalah salah satu tmpt yg pernah menjadi kediaman rumah sewa kami dulu. hendak dijadikan cerita, geng UG ada seramai 9 ahli dan semuanya adalah sekelas tapi semasa di sem 1, mereka termasuk sy, tidaklah serapat mana pun, just kenal-kenal nama jak pun. sehinggalah kami semua telah disatukan di satu rumah sewa iaitu semasa kami masuk sem 2. kebetulan pulak, semuanya x dapat asrama atau dikenali sbg kamsis.

yang specialnya d cni, kami semua berasal dari daerah yang berbeza. macam2 ragam dan perangai yang ada. dan juga, itulah permulaan persahabatan kami sepanjang di politeknik kota kinabalu ni. sekarang sy cuma nak perkenalkan dulu ahli2 UG ni. kalau nak bercerita pasal UG ni, xkan habis dalam 1 hari sebab segalanya bermula di sini...



ini adalah bunga. asal dia dari tawau. namanya selalu menjadi sebutan lect sb keunikan namanya. bunga ni seorang yg rajin, kalau di rumah kami dulu, bunga la yang selalu urus hal2 berkenaan bahan2 dapur dan juga pungutan duit sewa dari kami semua. jadi, secara automatik, kami dah melantik bunga sebagai ketua rumah sb dia adalah lebih tua bbrpa tahun dari kami, jd kami sangat mghormatinya sebagai kakak dan juga ketua rumah. owh ya lagi satu, bunga juga adalah penolong wakil kelas dari sem 1 hgga la sem 6 ni sb dia mmg ada bakat untuk jadi pemimpin d kelas kami, tanpa dia, mgkn x terurus la kelas kami tu. apa2 hal pasal penempatan kelas, semuanya akan dirujuk kepada bunga. lagi pun, bunga jenis yang x suka buang masa dan semua esaimennya akan siap sebelum tarikh hantar.



yang ni pula adalah shelina namanya. tapi kami panggil dia sely jak (hehe mcm nm omputeh pla) orangnya kecil molek. comel lagi. dia dari lahad datu, berdekatan dengan tawau saja. first, sely ni tggl d rmh kwn dia, bbrpa mggu lepas mendaftar, barulah sely berpindah ke UG sb dia rasa kekok di rmh keluarga kwn nya tu. biasalah kan, kalau tggl d rmh orang mesti x tenang jadinya sebab takut menyusahkan dorang pla. sely ni mempunyai cara belajar yang pelik. hehe. kalau time ada kuiz or test, dia lebih suka tidur jam10, then dia akan bangun jam4 atau 5 la sekurang-kurangnya. lepas tu, dia jenis yang x suka buat nota2 kecil, dia lebih suka buat garis2 penting di buku notanya sb itu yang dia rasa sesuai baginya. sely juga dikenali sebagai tukang masak profesional di UG sb dia mmg pandai masak. bertuah la punya badan siapa dapat sely ni.hehe.



norazwada nama di beri. tapi kami lebih selesa panggil dia wada. orangnya manis dan solehah. asalnya adalah dari kudat. wada ni ustazah kami d UG. apa2 pasal agama yang kami kurang pasti, kami akan tanya dia jak. kadang-kadang wada ni datang juga rockers nya.hehe tapi dia tgk tempat juga la kalau mau keluarkan tanduknya.hehe just kiding. wada pun mcm sely juga, dia lambat sikit masuk menyewa dengan kami. tapi yang bestnya, d saat kami sangat memerlukan penyewa baru untuk cover bayaran sewa rumah, wada datang tepat pada masanya dan di situlah dia buat keputusn untuk menyewa dengan kami. dulu, sy ingatkan, wada ni adalah seorang yang pemalu dan susah nak bkawan dengannya. tapi, semenjak dia menjadi housemate kami, barulah kami tahu yang wada ni bukan seperti yang kami pikirkan. dia sebenarnya seorang yang mesra alam dan tidak sombong. lagi satu, dia ni jenis yang ringan tulang dan rajin bantu kawan2nya. apa2 pun, wada ni memang mesra orangnya.



seterusnya diperkenalkan pula dengan yang bernama nadia. nadia ni asal dia dari tawau. mengenalinya dah hampir 8 tahun la rasanya sebab sejak dari form 1 lg sy dah bkawan dengan dia. lepas tu, x sangka pula, di politeknik ni kami ambil course yang sm pula n 1 kelas lagi tu. nadia ni orangnya pendiam dan x suka nak campur hal orang lain yang dia rasa x penting. dalam sehari, blh di hitung berapa kali dia bercakap. orangnya pandai melukis. time di sekolah dulu, pernah juga la sy minta tlg dia lukiskan gambar2 yang sy rasa susah terutama dalam sains sebab dulu2 kan cikgu suka suruh kami lukis gambar organ. lagi 1, dia juga seorang yang selamba jak. walau ada mslh, dia tetap cool jak. time dia boring2, dia lebih suka nonton movie korea atau barat di laptopnya.hehe.


ahli seterusnya adalah hazadiana. tapi panggil dia diana saja. first time tggl serumah dgn diana ni, dia orangnya jenis yang x makan sayur. sehinggalah kami semua tinggal bersama-sama, kami ajar dia dan paksa dia makan sayur. lepas tu, lama2 dia mula sudah suka makan sayur tapi x semua sayur dia makan. sayur yang mula2 sekali dia paling suka adalah sayur manis. owh ya, lupa nak bagitau, diana ni asalnya daripada beaufort. dia suka sangat speaking brunei dengan sy. apa lagi, sy pun buat2 paham jak la. haha. satu sikap atau habit dia ni adalah dia x suka berpeluh. kalau berpeluh jak, mesti dia nak mandi juga walaupun time tu sudah tengah malam. banyak kali sudah kami nasihatkan yang mandi tengah malam x baik untuk kesihatan. tapi dia degil. hehe sabar jak la dengan budak ni. tapi diana ni seorang yang murah hati sebab rumah dia kan paling dekat dgn kk berbanding dengan kami yang lain, jadi dia dan ibunya dengan bermurah hati telah menyumbangkan peralatan dapur dan makanan dapur yang lain di rumah sewa UG tu. thumbs up for diana & her family. lagi 1 habit dia ni kan, dia suka bergayut dengan abang syg nya, smpaikan kadang2 kami x perasan langsung yang rupa2nya dia tengah bergayut tapi rancak juga dia bercerita-cerita dengan kami. kiranya macam 2 in 1 la dia ni, bergayut sambil bercerita dengan kami. pelik pelik.



ini pula nor alizah tapi kami selesa panggil dia noi jak. sebab katanya, dia x biasa di panggil alizah sebab macam pelik jak bunyinya. dulu dia tinggal di tawau tapi sekarang dia dah berhijrah ke semporna dan menjadi warga semporna d sna sudah. noi ni rajin sangat belajar. kadang-kadang kalau waktu-waktu kuiz, test dan final, matanya akan jadi mcm kungfu panda sudah. apa x nya, kalau dia belajar, mengalahkan macam orang ijazah sudah, sampaikan strugle habis ni. sy pun takut nak kacau kalau dia belajar. noi ni seorang yang pendengar setia di UG. apa2 masalah pun, mesti kami meluah sama dia. dia kata, memang dari sekolah lagi, kawan2 nya yg lain suka bercerita dengan dia. noi ni pun macam wada juga. mula2 kami ingatkan dia ni jenis yang pendiam, tapi rupa2nya kaki bising juga. haha. noi n seli ni mcm harimau dan kucing, pantang berjumpa, mesti nak mengungkit-ungkit atau bergaduh, tapi dorang ni gaduh2 manja. haha. kalau dorang tiada, rasa sunyi pla rumah UG tu.



ok, geng yang seterusnya adalah ramizah atau nama timangannya mija. mija ni asalnya dari labuan. mija ni seorang yang penyabar jak. dalam ramai2 geng UG yang lain, mija ni jak la yang x pernah sy tengok menangis. orangnya peramah dan periang. dia suka sangat senyum. kalau di perhatikan, mija ni macam orang relax jak, tiada tekanan. tapi satu sikap mija yg paling ketara adalah dia ni seorang yang manja, kalau dia bergayut dengan familynya, memang manja habis sampaikan kami salah sangka dengan dia sb kami ingatkan dia bergayut dengan bf, rupanya dengan familynya. haha. mija ni minat gila dengan artis korea. sampaikan kalau nak movie atau music video korea, minta jak dengan dia. dia ni mcm bank movie sudah sy rasa. mija juga mempunyai cara belajar yang pelik. kalau time ada kuiz dan test, mija lebih suka belajar time tengah malam. hinggakan kami gelarnya sebagai kelawar sebab dia suka belajar time kami semua mau tidur sudah. hehe memang pelik kawan sy yg 1 ni. apapun dia memang kwan terbaik. 5 stars for her.



ok, yang terakhir dan juga yang paling adik antara kami semua adalah shafinas namanya tapi kami selalu panggil pinas jak. asalnya daripada keningau. dia sama macam mija juga, dorang minat gila dengan k-pop. dia ni pun salah satu bank movie korea juga. nak wayang korea apapun, minta jak dengan dia. hehe. pinas ni pun kadang2 keluar jgk manjanya dengan kami. tapi kalau dia dah marah, habis la. sy pun takut nak tegur. tapi dia marah x lama. kalau di biarkan, pandai ok juga marahnya tu. selain diana, pinas pun selalu juga bawa bahan2 makanan untuk d masak dari rumah atau dari luar. dia pun pemurah mcm diana. pinas ni jenis yang x pandai nak sembunyikan perasaannya. mesti kami dapat tangkap kalau dia marah atau kalau dia terlebih happy. hehe. walaupun dia paling adik antara kami, tapi dialah orang yang first dapat lesen memandu. semua geng UG rasa jeles sikit dengan dia. tapi jeles yang positif la. pinas ni kalau dia rasa malu atau disakat, muka dia akan naik merah mcm pakai blusher. hehe. sy suka berkawan dengan budak ni sebab jenis yang happy jak, sama macam mija.


itu la personaliti2 geng UG yang lain. tapi kami hanya dapat tinggal bersama-sama semuanya sehingga dua sem saja. lepas tu kami terpaksa berpisah untuk satu sem sebab kami kena praktikal untuk 6 bulan. macam2 aktiviti yang kami sudah buat sama2 termasukla pegi kelas,makan, piknik, jalan2, nonton wayang dan bercerita.


tujuan sy buat coretan pasal UG ni supaya esok2 kalau kami tidak dapat jumpa lagi, coretan ini la yang akan jadi kenangan bagi kami semua. harap2 lepas graduat nanti, persahabatan kita semua x akan hilang. insyaallah.

wassalam.

5 comments:

Cik Diana said...

oiii! pandai kau mngutuk aku situ yaaa! awas kau! hahaha~

Aisyah Qaisyiah said...

hehehe jangan la mrh cik kak oi...mcm komen pasal ko jak yg paling panjng diana..hehe bru ku perasan :p

Lady Miey Lover said...

Misz Qaisyiah.... nama cek "Miza" la bkn "Mija"... ehehhehe..... bkn men lgi ko erk... hehehe.... but u my BFF also la... luv U....<3

♥ MinChun 민천♥ said...

oit~ko nie kasi bocor rahsia aku la....malu I (blushing2)...hahaha love u sya.... <3 nnt kta brgosip k....lol

Aisyah Qaisyiah said...

miza : hehe luv u too dear...

pinas : haha u kan mmg blushing girl

Please..Leave Your Name Here...