Saturday, March 17, 2012

Khidmat Masyarakat Di Taman Asuhan Kanak-Kanak

Assalam dan selamat malam bloggers...

hari sabtu yang indah ni telah membawa sy dan rakan-rakan sy yang lain ke suatu tempat yang begitu penuh dengan kasih sayang iaitu di Taman Asuhan Kanak-Kanak di Papar. sy rasa teruja sangat lepas dapat tahu yang destinasi kami untuk khidmat masyarakat bagi semester ini adalah di tempat yang banyak budak-budak.

di tempat tu, terdapat 94 kanak-kanak dari yang pelbagai umur dan bangsa. baby pula adalah sekitar 11 orang yang masih dalam lingkungan umur 15 hari hingga 3 bulan jika saya tak silap.

mula-mula, rasa happy jak bermain dengan mereka tu sebab dorang memang jenis yang mesra dan senang di kawal.

sampai saja di sana, kami diberi taklimat serba sedikit berkenaan peraturan-peraturan di tempat tersebut. kemudian, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pertama, kumpulan yang mengendalikan kanak-kanan di taska dan kedua adalah kumpulan yang mengendalikan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan menengah.

jadi sy berada di kumpulan yang kedua. pagi-pagi sudah kena jemur dengan budak-budak tu. haha bukannya kena jemur gara-gara di denda, tapi sebab sy dan adik-adik dalam kumpulan sy ada aktiviti tiup belon, walaupun sekejap, tapi cukup memuaskan kami sekumpulan.

macam-macam kerenah yang dapat di tengok di sana, kebetulan pula dalam kumpulan sy ni ada yang cepat merajuk, alahai susahnya nak pujuk dia, 3 kali pujuk pun tiada kesan juga. huhu terkilan pulak. tapi apa itu tidak menjadi masalah sebab kata cikgu mereka pun jangan terlalu layan kerenah mereka sebab nanti tambah teruk nanti katanya, jadi terpaksa la biarkan jak dulu dia dengan rajukannya tu...ish3...

lagi satu, bila kami diceritakan berkenaan latar belakang dorang satu-satu, rasa sebak pulak mendengarnya sebab kebanyakannya pernah mengalami peristiwa hitam yang memeritkan. sy rasa bersyukur sangat sebab mempunyai kedua ibu bapa yang masih lagi menyayangi dan mencintai saya.

tapi, yang saya rasa rugi dan sedih sangat dan teramat sangat adalah sy x dapat melawat dan mendukung baby-baby yang ada di sana. rasa jeles pula bila rakan-rakan yang lain dapat peluang dukung baby di sana. mereka pun mempunyai latar belakang yang sangat menyedihkan. budak-budak taskanya pun tidak kurang comelnya, ada yang banyak cakap dan ada yang diam saja, x cerewet. tiba-tiba pula teringat adik-adik saya di kampung.

masa nak balik tadi pun, rasa sedih sebab lepas ni mungkin tak dapat jumpa mereka lagi. huhu. mudah-mudahan adik-adik di sana dapat mengubah kehidupan mereka. bak kata pengerusi dalam kelab saya, "pendidikan dapat mengubah kehidupan kita, itulah yang membezakan darjat kita". tiba-tiba saya rasa termotivasi pula sekejap.

saya harap, dengan kunjungan kami di sana, dapat menceriakan hari mereka hari ni walaupun sekejap tapi dapat meninggalkan kenangan buat mereka. saya akan merindui kenangan kami di sana. semoga mereka akan memperoleh kebahgian suatu hari nanti. amin.

3 comments:

♔Lady Ainaa♔ said...

wahhh seronoknyew dpt bersama dgn kanak2... mesti penat an..hehehehe.. i love kids...^.^

Aisyah Qaisyiah said...

Lady Ainaa : ya..best sangat2....ramai kanak-kanak yang comel2....kegeraman sy jadinya

AL AZRUL said...

ye, khidmat msyrkt mmg best,, lma x join event mcm ni.. prnh g rumah ank2 yatim.. sronok kot.. :0

Please..Leave Your Name Here...