Saturday, March 24, 2012

Berkabung Seharian

assalam dan selamat malam bloggers...


Hari sabtu yang ceria telah menyebabkan sy terpaksa berkabung seharian dalam bilik di hostel. Macam mau lemas sudah hari ni bah gara-gara terlalu penat. Apa tak nya, seharian menghadap laptop saja. Kalau begini la hari-hari, boleh rabun sy d buatnya.

Pengorbanan, pengorbanan....redha jak la. Begitu la hidup student, dah nak dekat-dekat deadline, baru mau buat sehabis-habisan. Tapi sy kira macam tengah-tengah la sebab sy bukan la jenis yang last minute dan bukan la juga jenis yang mau siap awal. Kira ok la tu kan, hahaha

Sepatutnya selepas mggu hadapan adalah hari presentation kajian sy, tapi dengan budi bicara daripada lecturer sy, akhirnya tempoh present telah ditunda seminggu lagi. Maknanya sy ada dua mggu lg dari sekarang. Syukran...

Sekarang adalah kemuncak untuk sy dan kumpulan sy siapkan laporan kajian tu, kalau tidak, habis la nanti markah-markah kami. Tak sanggup mau menghadapinya.

Harap-harap la lepas kena edit beberapa bab ni, ringan sikit beban kami sebelum menghadapi event presentation tu. Jangan la ada lagi sebarang komen negatif yang kami terima. huhu tak dapat mau menanggungnya lagi.

No comments:

Please..Leave Your Name Here...