Monday, March 26, 2012

Anugerah Hati

Assalam dan selamat malam bloggers...

Semalam, sebelum tidur, saya ada terbaca dalam buku berkenaan hati manusia yang mana Allah SWT telah kurniakan kepada manusia. Cerita dalam buku tu menarik perhatian saya.

Hati ni sebenarnya adalah istimewa dan itulah anugerah terbaik yang Allah SWT telah berikan kepada makhluk ciptaan-Nya. Subhanallah...

Kalau korang mau tau, hati kita ni terletak di sebelah kanan badan kita. Di bahagian atasnya adalah diafragma dan bahagian bawahnya pula adalah abdomen. Hati kita dilindungi oleh tulang dada kita dan hati ni sangat sensitif dengan benda-benda keras apabila terhentak dengan badan.

Statement yang saya paling suka, yang ni la :
"baik buruknya seseorang itu adalah ditentukan buat pertama kalinya adalah daripada hatinya. Jika hatinya baik, maka baik la akhlaknya seseorang itu dan sebaliknya"

Walahuallam.....

Sunday, March 25, 2012

Blur Dengan Drama Korea Ni...


assalam dan selamat malam bloggers...

Dua drama yang mempunyai tajuk yang sama dan sekali baca jak tajuk drama tu, mesti orang akan kata kedua-dua drama tu ada kesinambungan cerita. Tapi apa yg dapat sy katakan di sini, sungguh kedua-dua drama tu macam tidak ada kaitan jak kecuali lokasi lakonan dan rantainya jak yang sama.

Drama yang saya maksudkan d cni adalah drama korea Dream high 1 dan Dream high 2. Ingatkan lepas nonton Dream High 1, ada la sambungan ceritanya dalam Dream High 2, tapi lepas sy nonton kedua-dua wayang ni, mcm tiada kena-mengena pun.

Ini adalah Dream High season 1 pelakonnya terdiri daripada t-ara eunjung, 2am taecyon, suzy, kim soo hyun, IU, dan 2am wooyoung.

Yang ni pla adalah Dream High season 2. Pelakon-pelakonnya adalah park seo joon, jb, t-ara ji-yeon, kang sora, 2am jin woo, dan sistar hyorin.

Tapi kalau dibandingkan antara dua-dua drama ni, sy lebih suka nonton yang season 1 sebab pelakon-pelakonnya memang berbakat dan best. Lagu-lagu yang ada pun best, tidak boring kita d buatnya. Dan lagi satu, sy lebih faham Dream High season 1 ni.

Apa-apa pun, kedua-dua cerita ni pun dah tamat. Jadi kepada yang belum menonton tu, selamat melayan cerita Dream High......

Saturday, March 24, 2012

Berkabung Seharian

assalam dan selamat malam bloggers...


Hari sabtu yang ceria telah menyebabkan sy terpaksa berkabung seharian dalam bilik di hostel. Macam mau lemas sudah hari ni bah gara-gara terlalu penat. Apa tak nya, seharian menghadap laptop saja. Kalau begini la hari-hari, boleh rabun sy d buatnya.

Pengorbanan, pengorbanan....redha jak la. Begitu la hidup student, dah nak dekat-dekat deadline, baru mau buat sehabis-habisan. Tapi sy kira macam tengah-tengah la sebab sy bukan la jenis yang last minute dan bukan la juga jenis yang mau siap awal. Kira ok la tu kan, hahaha

Sepatutnya selepas mggu hadapan adalah hari presentation kajian sy, tapi dengan budi bicara daripada lecturer sy, akhirnya tempoh present telah ditunda seminggu lagi. Maknanya sy ada dua mggu lg dari sekarang. Syukran...

Sekarang adalah kemuncak untuk sy dan kumpulan sy siapkan laporan kajian tu, kalau tidak, habis la nanti markah-markah kami. Tak sanggup mau menghadapinya.

Harap-harap la lepas kena edit beberapa bab ni, ringan sikit beban kami sebelum menghadapi event presentation tu. Jangan la ada lagi sebarang komen negatif yang kami terima. huhu tak dapat mau menanggungnya lagi.

Tuesday, March 20, 2012

RM6 Sahaja

Assalam dan selamat malam bloggers

hari ni adalah hari yang malang buat sy. dengan keadaan sy dan rakan2 yang lain nak masuk kelas Bi dalam perpustakaan, tiba-tiba sy rasa sedih sangat selepas mendapati yang dompet sy telah diselongkar oleh Orang Yang Tidak Diketahui Namanya.

kisahnya begini, di dalam dompet hanya terdapat RM6 dan syiling2 yang entah berapa nilainya. jadi, dengan yakinnya juga sy telah menyimpan dompet di dalam beg tangan kuliah sy dan beg tersebut perlu diletak dalam loker yang telah disediakan di luar library.

setelah kelas bi habis, dengan perasaan yang girang, saya pun pergi ke loker dan mengemas barang-barang yang lainnya sebab masa tu, keadaan di kawasan ipt sy sangat meriah dengan aktiviti2 kempen yang dijalankan.

kemudian, sy dan rakan2 yang lain memulakan perjalanan dari 1 pameran ke 1 pameran. sampai sahaja di 1 pameran ni, baru saya teringat yang semalam sy ada memesan mereka agar membuatkan sekeping kad kelahiran hijrah. kad tu mestilah kena bayar, tak banyak pun cuma RM1 saja. jadi, saya membuka beg tangan dan mencapai dompet yang ada di dalamnya. tengah mau buka dompet tu, sy rasa macam tak percaya sebab dompet sy kosong dan hanya tinggal kad2 bank,ic, dan duit syiling. setahu sy, sebelum tu, sy masih ada RM6 dalam dompet. last2, time mau bayar kad tu, duit kertas sy sudah tiada.

Oh no!!! adakah sy telah kecurian wang???

aduiii siapa la yang sanggup curi duit sy yang tak seberapa banyak tu. sudahlah tinggal RM6 jak, RM6 tu juga la orang tu pegi kebas....apa punya malang la nasib hari ni.

So, pengajaran untuk hari ni, "Jangan Sesekali Membiarkan Dompet Anda Di Merata-rata Tempat". dan lagi satu, yakinlah bahawa ramai pengintip2 atau lebih dikenali "pencuri" yang sedang memerhatikan mangsanya.

Saturday, March 17, 2012

Khidmat Masyarakat Di Taman Asuhan Kanak-Kanak

Assalam dan selamat malam bloggers...

hari sabtu yang indah ni telah membawa sy dan rakan-rakan sy yang lain ke suatu tempat yang begitu penuh dengan kasih sayang iaitu di Taman Asuhan Kanak-Kanak di Papar. sy rasa teruja sangat lepas dapat tahu yang destinasi kami untuk khidmat masyarakat bagi semester ini adalah di tempat yang banyak budak-budak.

di tempat tu, terdapat 94 kanak-kanak dari yang pelbagai umur dan bangsa. baby pula adalah sekitar 11 orang yang masih dalam lingkungan umur 15 hari hingga 3 bulan jika saya tak silap.

mula-mula, rasa happy jak bermain dengan mereka tu sebab dorang memang jenis yang mesra dan senang di kawal.

sampai saja di sana, kami diberi taklimat serba sedikit berkenaan peraturan-peraturan di tempat tersebut. kemudian, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pertama, kumpulan yang mengendalikan kanak-kanan di taska dan kedua adalah kumpulan yang mengendalikan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan menengah.

jadi sy berada di kumpulan yang kedua. pagi-pagi sudah kena jemur dengan budak-budak tu. haha bukannya kena jemur gara-gara di denda, tapi sebab sy dan adik-adik dalam kumpulan sy ada aktiviti tiup belon, walaupun sekejap, tapi cukup memuaskan kami sekumpulan.

macam-macam kerenah yang dapat di tengok di sana, kebetulan pula dalam kumpulan sy ni ada yang cepat merajuk, alahai susahnya nak pujuk dia, 3 kali pujuk pun tiada kesan juga. huhu terkilan pulak. tapi apa itu tidak menjadi masalah sebab kata cikgu mereka pun jangan terlalu layan kerenah mereka sebab nanti tambah teruk nanti katanya, jadi terpaksa la biarkan jak dulu dia dengan rajukannya tu...ish3...

lagi satu, bila kami diceritakan berkenaan latar belakang dorang satu-satu, rasa sebak pulak mendengarnya sebab kebanyakannya pernah mengalami peristiwa hitam yang memeritkan. sy rasa bersyukur sangat sebab mempunyai kedua ibu bapa yang masih lagi menyayangi dan mencintai saya.

tapi, yang saya rasa rugi dan sedih sangat dan teramat sangat adalah sy x dapat melawat dan mendukung baby-baby yang ada di sana. rasa jeles pula bila rakan-rakan yang lain dapat peluang dukung baby di sana. mereka pun mempunyai latar belakang yang sangat menyedihkan. budak-budak taskanya pun tidak kurang comelnya, ada yang banyak cakap dan ada yang diam saja, x cerewet. tiba-tiba pula teringat adik-adik saya di kampung.

masa nak balik tadi pun, rasa sedih sebab lepas ni mungkin tak dapat jumpa mereka lagi. huhu. mudah-mudahan adik-adik di sana dapat mengubah kehidupan mereka. bak kata pengerusi dalam kelab saya, "pendidikan dapat mengubah kehidupan kita, itulah yang membezakan darjat kita". tiba-tiba saya rasa termotivasi pula sekejap.

saya harap, dengan kunjungan kami di sana, dapat menceriakan hari mereka hari ni walaupun sekejap tapi dapat meninggalkan kenangan buat mereka. saya akan merindui kenangan kami di sana. semoga mereka akan memperoleh kebahgian suatu hari nanti. amin.

Friday, March 02, 2012

~UG Girls~

assalam dan selamat pagi bloggers

akhirnya, setelah bbrpa mggu sy x coret2 d blog ni, hari ni dpt juga sy nak bt sikit coretan yg x seberapa penting ni...

sebenarnya hari ni sy nak story pasal geng2 sy yg dikenali sbg UG d kalangan dlm kelas kmi...


UG ni sebenarnya adalah UniGurlz atau Utara Gudon sb ianya adalah salah satu tmpt yg pernah menjadi kediaman rumah sewa kami dulu. hendak dijadikan cerita, geng UG ada seramai 9 ahli dan semuanya adalah sekelas tapi semasa di sem 1, mereka termasuk sy, tidaklah serapat mana pun, just kenal-kenal nama jak pun. sehinggalah kami semua telah disatukan di satu rumah sewa iaitu semasa kami masuk sem 2. kebetulan pulak, semuanya x dapat asrama atau dikenali sbg kamsis.

yang specialnya d cni, kami semua berasal dari daerah yang berbeza. macam2 ragam dan perangai yang ada. dan juga, itulah permulaan persahabatan kami sepanjang di politeknik kota kinabalu ni. sekarang sy cuma nak perkenalkan dulu ahli2 UG ni. kalau nak bercerita pasal UG ni, xkan habis dalam 1 hari sebab segalanya bermula di sini...



ini adalah bunga. asal dia dari tawau. namanya selalu menjadi sebutan lect sb keunikan namanya. bunga ni seorang yg rajin, kalau di rumah kami dulu, bunga la yang selalu urus hal2 berkenaan bahan2 dapur dan juga pungutan duit sewa dari kami semua. jadi, secara automatik, kami dah melantik bunga sebagai ketua rumah sb dia adalah lebih tua bbrpa tahun dari kami, jd kami sangat mghormatinya sebagai kakak dan juga ketua rumah. owh ya lagi satu, bunga juga adalah penolong wakil kelas dari sem 1 hgga la sem 6 ni sb dia mmg ada bakat untuk jadi pemimpin d kelas kami, tanpa dia, mgkn x terurus la kelas kami tu. apa2 hal pasal penempatan kelas, semuanya akan dirujuk kepada bunga. lagi pun, bunga jenis yang x suka buang masa dan semua esaimennya akan siap sebelum tarikh hantar.



yang ni pula adalah shelina namanya. tapi kami panggil dia sely jak (hehe mcm nm omputeh pla) orangnya kecil molek. comel lagi. dia dari lahad datu, berdekatan dengan tawau saja. first, sely ni tggl d rmh kwn dia, bbrpa mggu lepas mendaftar, barulah sely berpindah ke UG sb dia rasa kekok di rmh keluarga kwn nya tu. biasalah kan, kalau tggl d rmh orang mesti x tenang jadinya sebab takut menyusahkan dorang pla. sely ni mempunyai cara belajar yang pelik. hehe. kalau time ada kuiz or test, dia lebih suka tidur jam10, then dia akan bangun jam4 atau 5 la sekurang-kurangnya. lepas tu, dia jenis yang x suka buat nota2 kecil, dia lebih suka buat garis2 penting di buku notanya sb itu yang dia rasa sesuai baginya. sely juga dikenali sebagai tukang masak profesional di UG sb dia mmg pandai masak. bertuah la punya badan siapa dapat sely ni.hehe.



norazwada nama di beri. tapi kami lebih selesa panggil dia wada. orangnya manis dan solehah. asalnya adalah dari kudat. wada ni ustazah kami d UG. apa2 pasal agama yang kami kurang pasti, kami akan tanya dia jak. kadang-kadang wada ni datang juga rockers nya.hehe tapi dia tgk tempat juga la kalau mau keluarkan tanduknya.hehe just kiding. wada pun mcm sely juga, dia lambat sikit masuk menyewa dengan kami. tapi yang bestnya, d saat kami sangat memerlukan penyewa baru untuk cover bayaran sewa rumah, wada datang tepat pada masanya dan di situlah dia buat keputusn untuk menyewa dengan kami. dulu, sy ingatkan, wada ni adalah seorang yang pemalu dan susah nak bkawan dengannya. tapi, semenjak dia menjadi housemate kami, barulah kami tahu yang wada ni bukan seperti yang kami pikirkan. dia sebenarnya seorang yang mesra alam dan tidak sombong. lagi satu, dia ni jenis yang ringan tulang dan rajin bantu kawan2nya. apa2 pun, wada ni memang mesra orangnya.



seterusnya diperkenalkan pula dengan yang bernama nadia. nadia ni asal dia dari tawau. mengenalinya dah hampir 8 tahun la rasanya sebab sejak dari form 1 lg sy dah bkawan dengan dia. lepas tu, x sangka pula, di politeknik ni kami ambil course yang sm pula n 1 kelas lagi tu. nadia ni orangnya pendiam dan x suka nak campur hal orang lain yang dia rasa x penting. dalam sehari, blh di hitung berapa kali dia bercakap. orangnya pandai melukis. time di sekolah dulu, pernah juga la sy minta tlg dia lukiskan gambar2 yang sy rasa susah terutama dalam sains sebab dulu2 kan cikgu suka suruh kami lukis gambar organ. lagi 1, dia juga seorang yang selamba jak. walau ada mslh, dia tetap cool jak. time dia boring2, dia lebih suka nonton movie korea atau barat di laptopnya.hehe.


ahli seterusnya adalah hazadiana. tapi panggil dia diana saja. first time tggl serumah dgn diana ni, dia orangnya jenis yang x makan sayur. sehinggalah kami semua tinggal bersama-sama, kami ajar dia dan paksa dia makan sayur. lepas tu, lama2 dia mula sudah suka makan sayur tapi x semua sayur dia makan. sayur yang mula2 sekali dia paling suka adalah sayur manis. owh ya, lupa nak bagitau, diana ni asalnya daripada beaufort. dia suka sangat speaking brunei dengan sy. apa lagi, sy pun buat2 paham jak la. haha. satu sikap atau habit dia ni adalah dia x suka berpeluh. kalau berpeluh jak, mesti dia nak mandi juga walaupun time tu sudah tengah malam. banyak kali sudah kami nasihatkan yang mandi tengah malam x baik untuk kesihatan. tapi dia degil. hehe sabar jak la dengan budak ni. tapi diana ni seorang yang murah hati sebab rumah dia kan paling dekat dgn kk berbanding dengan kami yang lain, jadi dia dan ibunya dengan bermurah hati telah menyumbangkan peralatan dapur dan makanan dapur yang lain di rumah sewa UG tu. thumbs up for diana & her family. lagi 1 habit dia ni kan, dia suka bergayut dengan abang syg nya, smpaikan kadang2 kami x perasan langsung yang rupa2nya dia tengah bergayut tapi rancak juga dia bercerita-cerita dengan kami. kiranya macam 2 in 1 la dia ni, bergayut sambil bercerita dengan kami. pelik pelik.



ini pula nor alizah tapi kami selesa panggil dia noi jak. sebab katanya, dia x biasa di panggil alizah sebab macam pelik jak bunyinya. dulu dia tinggal di tawau tapi sekarang dia dah berhijrah ke semporna dan menjadi warga semporna d sna sudah. noi ni rajin sangat belajar. kadang-kadang kalau waktu-waktu kuiz, test dan final, matanya akan jadi mcm kungfu panda sudah. apa x nya, kalau dia belajar, mengalahkan macam orang ijazah sudah, sampaikan strugle habis ni. sy pun takut nak kacau kalau dia belajar. noi ni seorang yang pendengar setia di UG. apa2 masalah pun, mesti kami meluah sama dia. dia kata, memang dari sekolah lagi, kawan2 nya yg lain suka bercerita dengan dia. noi ni pun macam wada juga. mula2 kami ingatkan dia ni jenis yang pendiam, tapi rupa2nya kaki bising juga. haha. noi n seli ni mcm harimau dan kucing, pantang berjumpa, mesti nak mengungkit-ungkit atau bergaduh, tapi dorang ni gaduh2 manja. haha. kalau dorang tiada, rasa sunyi pla rumah UG tu.



ok, geng yang seterusnya adalah ramizah atau nama timangannya mija. mija ni asalnya dari labuan. mija ni seorang yang penyabar jak. dalam ramai2 geng UG yang lain, mija ni jak la yang x pernah sy tengok menangis. orangnya peramah dan periang. dia suka sangat senyum. kalau di perhatikan, mija ni macam orang relax jak, tiada tekanan. tapi satu sikap mija yg paling ketara adalah dia ni seorang yang manja, kalau dia bergayut dengan familynya, memang manja habis sampaikan kami salah sangka dengan dia sb kami ingatkan dia bergayut dengan bf, rupanya dengan familynya. haha. mija ni minat gila dengan artis korea. sampaikan kalau nak movie atau music video korea, minta jak dengan dia. dia ni mcm bank movie sudah sy rasa. mija juga mempunyai cara belajar yang pelik. kalau time ada kuiz dan test, mija lebih suka belajar time tengah malam. hinggakan kami gelarnya sebagai kelawar sebab dia suka belajar time kami semua mau tidur sudah. hehe memang pelik kawan sy yg 1 ni. apapun dia memang kwan terbaik. 5 stars for her.



ok, yang terakhir dan juga yang paling adik antara kami semua adalah shafinas namanya tapi kami selalu panggil pinas jak. asalnya daripada keningau. dia sama macam mija juga, dorang minat gila dengan k-pop. dia ni pun salah satu bank movie korea juga. nak wayang korea apapun, minta jak dengan dia. hehe. pinas ni pun kadang2 keluar jgk manjanya dengan kami. tapi kalau dia dah marah, habis la. sy pun takut nak tegur. tapi dia marah x lama. kalau di biarkan, pandai ok juga marahnya tu. selain diana, pinas pun selalu juga bawa bahan2 makanan untuk d masak dari rumah atau dari luar. dia pun pemurah mcm diana. pinas ni jenis yang x pandai nak sembunyikan perasaannya. mesti kami dapat tangkap kalau dia marah atau kalau dia terlebih happy. hehe. walaupun dia paling adik antara kami, tapi dialah orang yang first dapat lesen memandu. semua geng UG rasa jeles sikit dengan dia. tapi jeles yang positif la. pinas ni kalau dia rasa malu atau disakat, muka dia akan naik merah mcm pakai blusher. hehe. sy suka berkawan dengan budak ni sebab jenis yang happy jak, sama macam mija.


itu la personaliti2 geng UG yang lain. tapi kami hanya dapat tinggal bersama-sama semuanya sehingga dua sem saja. lepas tu kami terpaksa berpisah untuk satu sem sebab kami kena praktikal untuk 6 bulan. macam2 aktiviti yang kami sudah buat sama2 termasukla pegi kelas,makan, piknik, jalan2, nonton wayang dan bercerita.


tujuan sy buat coretan pasal UG ni supaya esok2 kalau kami tidak dapat jumpa lagi, coretan ini la yang akan jadi kenangan bagi kami semua. harap2 lepas graduat nanti, persahabatan kita semua x akan hilang. insyaallah.

wassalam.

Please..Leave Your Name Here...