Thursday, December 29, 2011

Hari Mendaftar Kuliah Bermula

assalam dan selamat malam bloggers...

akhirnya hbs sdh cuti semester buat diri ini yang masih di buai dengan mood2 cuti...aduhai cepatnya masa cuti ni habis, sekarang tiba pulak mau mendaftar semester baru dan ini adalah semester akhir buat sy di politeknik kk ni..

macam-macam ragam dan kerenah yg ada masa mendaftar tu, ada yang heppy, ada yang excited, ada yang kegelisahan dan tidak kurang juga ada yang kerisauan berkenaan pengurusan pendaftaran yang akan di buat nanti sebab ipt kami sudah menggunakan sistem baru, jadi ramai la juga student yang ada masalah pasal pengurusan tu..aduhai~

pendaftaran berkenaan pengajian telah pun selesai, jadi mau urus berkenaan pendaftaran asrama pula. di sini la yg sy paling risau sebab sy masih tertanya-tanya tentang siapakah gerangannya bakal roomate sy nanti. macam-macam yang dipikirkan sebab takut nanti bakal roomate tu tidak sekepala dengan perangai sy...huhu

sy dan dua org lagi kawan sy macam biasa la, pergi pejabat asrama, urus kemasukan asrama,then tiba la masanya untuk mengambil kunci bilik. di situ la debarannya makin memuncak. actually asrama kami ni hanya dua student untuk 1 bilik. dua orang kawan sy yang lain dah tau nombor bilik mereka, jadi giliran sy pula. ya ampun, rupa-rupanya roomate yg sy tidak jangka tu adalah kawan sy sendiri yang sm2 pergi mendaftar tu, macam tidak percaya jak tau.

pd hal seharian sy berpikir siapa la tu bakal roomate sy. sudah la kawan sy tu sekelas dengan sy, satu kelab pulak tu dan 1 kumpulan pulak kalau buat asignment..hehehe betul-betul tidak percaya ow...yg lucunya pulak lagi satu, rupa-rupanya bilik yg bakal kami diami tu pulak adalah bekas bilik kawan sy lagi satu yang sem lalu...aduhai, betul-betul kebetulan semuanya. tambahan pulak, jiran bilik sy yg dulu, jadi jiran bilik sy semula..hahahahaha

jadi bermula la kehidupan kamu sebagai roomate dan student di semester 6..harap2 semuanya berjalan lancar la sepanjang sem ni..

wassalam...

No comments:

Please..Leave Your Name Here...