Thursday, December 29, 2011

Hari Mendaftar Kuliah Bermula

assalam dan selamat malam bloggers...

akhirnya hbs sdh cuti semester buat diri ini yang masih di buai dengan mood2 cuti...aduhai cepatnya masa cuti ni habis, sekarang tiba pulak mau mendaftar semester baru dan ini adalah semester akhir buat sy di politeknik kk ni..

macam-macam ragam dan kerenah yg ada masa mendaftar tu, ada yang heppy, ada yang excited, ada yang kegelisahan dan tidak kurang juga ada yang kerisauan berkenaan pengurusan pendaftaran yang akan di buat nanti sebab ipt kami sudah menggunakan sistem baru, jadi ramai la juga student yang ada masalah pasal pengurusan tu..aduhai~

pendaftaran berkenaan pengajian telah pun selesai, jadi mau urus berkenaan pendaftaran asrama pula. di sini la yg sy paling risau sebab sy masih tertanya-tanya tentang siapakah gerangannya bakal roomate sy nanti. macam-macam yang dipikirkan sebab takut nanti bakal roomate tu tidak sekepala dengan perangai sy...huhu

sy dan dua org lagi kawan sy macam biasa la, pergi pejabat asrama, urus kemasukan asrama,then tiba la masanya untuk mengambil kunci bilik. di situ la debarannya makin memuncak. actually asrama kami ni hanya dua student untuk 1 bilik. dua orang kawan sy yang lain dah tau nombor bilik mereka, jadi giliran sy pula. ya ampun, rupa-rupanya roomate yg sy tidak jangka tu adalah kawan sy sendiri yang sm2 pergi mendaftar tu, macam tidak percaya jak tau.

pd hal seharian sy berpikir siapa la tu bakal roomate sy. sudah la kawan sy tu sekelas dengan sy, satu kelab pulak tu dan 1 kumpulan pulak kalau buat asignment..hehehe betul-betul tidak percaya ow...yg lucunya pulak lagi satu, rupa-rupanya bilik yg bakal kami diami tu pulak adalah bekas bilik kawan sy lagi satu yang sem lalu...aduhai, betul-betul kebetulan semuanya. tambahan pulak, jiran bilik sy yg dulu, jadi jiran bilik sy semula..hahahahaha

jadi bermula la kehidupan kamu sebagai roomate dan student di semester 6..harap2 semuanya berjalan lancar la sepanjang sem ni..

wassalam...

Sunday, December 25, 2011

Hidup Yang Adil

assalam dan selamat petang bloggers...

agak lama sudah sy tidak buat coretan didalam blog kesayangan sy ni...almaklumlah, busy sejak akhir-akhir ni.

selalu kita dengar kan yang orang-orang di sekeliling kita kata "hidup ni tak adi!!!". Sebenarnya mereka, mereka dan anda juga sekiranya berkenaan adalah salah kerana hidup ni memang betul2 adil. nak tau kenapa? sini sy bagi explain perlahan-lahan dan jangan gelojoh2...hehehe

1) adanya seorang wanita atau hawa dalam dunia adalah disebabkan wujudnya seorang yang bernama lelaki atau adam

2) kenapa kita dijadikan miskin?supaya kita dapat menghargai apa yang ada pada kita dengan seadanya

3) kenapa kita kurang pandai? kerana disebalik kekurangan itu, adanya kelebihan yang boleh kita tonjolkan

4) kenapa kita diberi ujian yang banyak sebelum berjaya? kerana disebalik ujian itu, adanya kenikmatan yang tidak kita jangka dan juga kerana kita lebih special dari orang lain.

di sini sy dapat share 4 perkara saja dan yang lainnya pula tu, kawan2 fikir2 kan la ya...

ingat la, tidak semestinya kita susah hari ni, maka kita akan susah juga selama-lamanya...sy kata TIDAK sebab ada 5 perkara yang kita telah diperingatkan iaitu :
# muda sebelum tua
# kaya sebelum miskin
# lapang sebelum susah
# hidup sebelum mati
# sihat sebelum sakit

jadi...jangan la mengeluh lagi ya...
wassalam

Please..Leave Your Name Here...