Monday, November 07, 2011

Tips Membina Jati Diri

assalam dan selamat malam boggers...

lepas stdy jak tadi terus tangan ni buka game,konon mau main la, tapi disebabkan selalu jak kalah, jadi sy pun bosan sudah mau main, tiba2 timbul pulak mood mau blogging dulu...hehe thats my fav ok, sb kalau blogging, boleh tambah ilmu sikit....

sebenarnya time sy tengah blogwalking tu kan, tiba2 pulak sy terjumpa 1 artikel yg sangat membina dan sy sangat sukakannya...so credit to Blog PemanisKata sebab share benda2 yg membina mcm ni...kasahamnida....hehe tetiba pulak speaking korean ni apa kes...

so, tanpa membuang masa, jom kita cecite pasal tajuk yg sy utarakan tu....

1) BERDIKARI
Belajarlah berdikari, usah hanya mengharapkan bantuan atau terlalu bergantung kepada orang lain. Keupayaan kamu melakukan pelbagai perkara sendiri membuatkan teman-teman di sekeliling berasa kagum. Ia juga menyerlahkan pesona diri kamu yang mempunyai pelbagai kemahiran. namun dalam sesetengah hal, usah malu untuk meminta bantuan jika kamu memang tidak mampu melakukannya sendiri.

2) USAH MENJADI ORANG LAIN
jadilah diri sendiri dan usah meniru gaya orang lain. Tetapi jangan sesekali berlagak seperti kamu tahu serba serbi kerana ia akan membuatkan orang di sekeliling kamu berasa jengkel dan meluat. Gunakan kebijaksanaan kamu untuk memikat hati orang lain. Misalnya menggunakan kelebihan kamu berjenaka untuk menarik perhatian teman-teman.

3) BIJAK BERKOMUNIKASI
Walau ke mana pun kamu pergi, kamu perlu bijak berkomunikasi. Untuk sesi perkenalan, usah bertanya terlalu banyak agar orang tidak berasa rimas. Pilih topik yang menarik dan dilarang sama sekali mengutuk atau mengumpat orang lain. Ia bagaikan cermin yang memberi gambaran negatif tentang sikap buruk kamu. Jadi berhati-hatilah berbicara agar kamu tidak keterlaluan.

4) JAGA PENAMPILAN
Selain komunikasi, kamu juga mesti menjaga penampilan diri agar dapat menyerlahkan lagi pesona diri. Pilih pakaian yang sesuai mengikut majlis personaliti dan umur. Usah mengenakan fesyen yang bukan-bukan sehingga kamu kelihatan hodoh. Ingat! Jangan sesekali menjadi mangsa fesyen. Dalam masa yang sama, rapikan diri kamu dengan bersolek secara sederhana atau bagi jejaka pula tampil dengan gaya rambut yang kemas.

5) HORMATI ORANG LAIN
Sikap mulia ini akan membuatkan orang lain juga menghormati diri kamu. Walaupun kamu tidak suka dengan sesuatu perkara, jangan mengikut emosi meluahkan kebencian sehingga orang lain hilang rasa hormat kepada kamu. Setiap orang mempunyai ego, jadi jangan sesekali menjolok sarang tebuan dengan bercakap perkara-perkara yang boleh mengundang kemarahan orang lain. Misalnya memperkecilkan kebolehan teman. Sebaliknya berilah kata-kata semangat kepada teman-teman di sekeliling. Cara ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan selesa dengan kamu.

5 nasihat yg berguna kan, so apa tunggu lagi, gunakan la kekuatan yg ada untuk memperbaiki kelemahan kita ini. Insyaallah dengan entry ni, sy dapat membantu diri dan kawan2 sy yg lain agar membina personaliti yg baik. Sy harap dengan adanya entry ni jugak, sy dapat la memperbaiki diri sy kelak....amin..

ok la..itu saja untuk malam ni..see u soon guys...i want to continue my stdy again....
wassalam...

No comments:

Please..Leave Your Name Here...