Tuesday, September 13, 2011

~Strugle dan Yang Relax~

Assalam n pa kabar my beloved frens...

cuba renung2kan tajuk entry sy kali ni...emoticon14korang rasa, apa maksud di sebalik tajuk tu? sy rasa, sapa yg dapat jawab tu, mmg orang tu pernah menghadapi situasi macam tu juga..huhu same like me ok..

sebenarnya kan, sy pelik bah dengan sikap beberapa orang disekeliling sy dan termasuklah juga pelik terhadap diri sy sendiri. ok la, straight to the point, sebenarnya sy mau cerita pasal sikap2 student sekarang ni.

memang kita x nafikan la yg mana ada segelintir student yg sempoi n relax jak kalau time dekat2 exam or kuiz, dan pastu ada juga yg memang strugle habis la dalam menghafal teori or formula itu ini (ermm sy la tu salah satunya...hehe).

kemudian, lepas habis exam jak, mesti la kita t'tunggu2 result yg bakal kita dapat,kan. ada yg nervous, b'debar2 (dup dap dup dap) dan ada juga yg ketakutan macam nak nangis..ermm macam2 ragam la. ok, time trima result tu, mesti ada la pulak yg terkejut macam nak pitam, ada yg biasa2 jak macam tiada apa2 feeling ni.

ermm perkara tu memang la kita anggap biasa jak, tapi x semua tau yg dapat terima hakikat yg mana usaha mereka tidak setaraf dengan result yg dorang dapat. kira bagus la kalau dorang trima, tapi macam mana pulak bagi senang berputus asa dan mengeluh, perkara tu akan sentiasa menjadi tanda tanya bagi mereka. dan tidak kurang juga pasti ada sifat jeles yg timbul dalam diri seseorang tu.

tetapi korang x rasa pelik ke, apabila ada student yg sempat lagi boleh enjoy sana sini tanpa kerisauan melanda diri mereka, pastu dapat result yg gempak lagi tu, adeh..ini memang sangat menjeleskan..huhu...bagi yg strugle setengah mati pula hingga sanggup belajar sampai lewat malam, tido jam12 or 1 pagi gara2 t'lalu risau dengan exam yg bakal di hadapi, last2, result yg d trima, ermmm sangat mengecewakan la jugak...adeh~

tapi walau apapun, itu semua adalah rezki masing2. tapi sy betul2 x habis pikir, macam mana mereka belajar ar??apa kemahiran yg mereka gunakan time exam??bawa toyol??ermm maybe la, hanya Tuhan saja yg tahu...huhu

owh ya, kawan sy ada beritahu sy pasal 1 nasihat. nasihat ni sangat menarik perhatian sy dan sy sentiasa mengingati nasihat ni sampai bila2 pun dan nasihat ini la juga yg telah buat sy sedar betapa pentingnya mendahulukan tugas terhadap Pencipta kita iaitu Allah SWT. nasihatnya berbunyi begini ::
"walau sibuk mana pun kita, walau pun banyak aktiviti penting yg perlu kita laksanakan dengan segera, tetapi kalau kita mendahulukan tanggungjawab kita terhadap Allah, isyaallah, Dia juga akan membantu kita di kala kita memerlukan bantuannya. contohnya, di IPT la katakan, time tu kamu ada exam, assignment dan homeworks yg berlambak-lambak, pastu pada masa kamu nak siapkan segala tugasan tu, tiba2 kamu ada aktiviti keagamaan yg perlu dibuat juga macam bacaan yasin, ceramah agama, bacaan tilawah Al-Quran, solat terawih, solat hajat dan macam2 lagi la aktiviti yg berkaitan agama. Insyaallah Allah akan memberi keutamaan kepada kamu juga seperti mana kamu telah memberi keutamaan kepada suruhan-Nya..."

so, sama2 la kita renung2 kan ya...

2 comments:

Lady Miey Lover said...

i like u post @miszqaisyiah......^^

Aisyah Qaisyiah said...

wahh klu like, tekan la button like kat atas tu..hehehe thanx lady miey

Please..Leave Your Name Here...