Monday, June 27, 2011

*10 Ciri Sahabat Yang Baik*

assalam and pa kabar korang:r::r::r:
hari ni saya nak cerita tentang ciri-ciri sahabat pula. Kawan2 ada sahabatkah hehe mesti la ada kan kan kan...ermmm ada ke orang yang tiada sahabat erk Rasanya ada la tu kan kan kan.

ok, kalau kawan2 masih tercari-cari sahabat sebenar korang, cuba teliti 10 ciri-ciri kat bawah ni, sekiranya 10 ciri-ciri ni ada pada sahabat anda, sesungguhnya kawan2 memang bertuah sebab mempunyai sahabat yang macam tu..tabik spring la..hehehe...mari kita lihat kesepuluh2 ciri2 tersebut

1) Selalu ada disaat kita memerlukannya

kita sentiasa memerlukan sahabat semasa kita susah or senang, jadi cuba teliti berapa ramai sahabat kita yang akan berada di sisi kita di kala kita sangat memerlukannya? tak ramai kan. At least, cukup la kan sekiranya mereka or kita sumbangkan bahu macam dalam lagu "Cry On My Shoulder", best lagu tu tau...


2) Selalu setia bersama tidak kira masa susah mahupun senang

hah yang ni seperti yang saya katakan di atas tu, jangan la time senang saja baru kita tercari-cari kawan kan, time susah, semuanya menghilang entah ke mana...


3) Menceriakan dikala kesedihan

time kita sedih, dia cuba cari jalan nak menceriakan kita, kadang2 dia terpaksa buat aksi-aksi yang melucukan walaupun aksi tersebut sememangnya tidak melucukan, sekurang-kurangnya dia berusaha demi sahabatnya...kan kan kan


4) Menolong dikala susah

sahabat yang dalam kesusahan mesti la di tolongkan, tak kan la nak duduk2 tengok saja dia resah macam tu..kan kan...sahabat yang baik tidak akan berfikir dua kali untuk membantu kawannya...


5) Selalu memberikan yg terbaik untuk sahabatnya

jarang rasanya dapat sahabat yang akan memberikan sesuatu yang terbaik buat sahabatnya sendiri kan...walaupun dah berusaha untuk memberikan yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya sahabat itu masih ada untuk kita di sisinya...


6) Tidak pernah mengharapkan balasan

seorang sahabat tidak akan meminta apa2 balasan daripada sahabatnya, dan tiada perhitungan budi yang wujud dalam perhubungan persahabatan tersebut...


7) Sentiasa adil dan saling memberi

seorang sahabat sentiasa adil dalam melakukan sesuatu terutama dari segi persaingan pelajaran. kata orang, ilmu yang dikongsi akan bertambah-tambah, so sebagai sahabat, kita harusla memberikan ilmu yang ada tu kepada sahabat kita supaya sama-sama boleh jadi pandai dan dapat bersaing dengan lebih sihat, tiada guna juga kalau ilmu yang banyak tapi kedekut untuk dikongsikan...

8) Selalu memberi sokongan dan semangat

sikap ini sangat baik berkhasiat untuk mengukuhkan lagi sebuah persahabatan. saling memberi sokongan dapat merapatkan lagi ikatan tersebut supaya sahabat merasai bahawa dirinya masih lagi mempunyai insan yang bergelar sahabat a.k.a bestfriend...


9) Tidak saling meninggalkan

sahabat yang sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya berseorangan yang masih dalam kegelapan(susah). Hal ini kerana semasa susah la kita sangat memerlukan sahabat. Tetapi sahabat bagaimana yang diperlukan itu? ya sahabat yang sentiasa ada bersama kita, sahabat yang sering menceriakan kita dengan kerenahnya yang mencuit hati dan sahabat yang tidak jemu2 meluangkan masa bersama kita...


10) Tidak saling khianat mengkhianati

seorang sahabat tidak akan mengkhianati sahabatnya demi kepentingannya sendiri. Misalnya, jangan la hanya gara-gara seorang lelaki, persahabatan yang telah diikat utuh menjadi renggang seperti cerita dongeng puteri santubong dan puteri sejinjang itu...

adakah sahabat anda atau anda sendiri pernah berbuat begitu terhadap sahabat anda so, hargaiemoticon15 la sahabat2 anda tu ya sebab kita tak tau bilakah agaknya kita akan kehilangan sahabat itu kerana masa semakin ke depan bukannya ke belakang, usia semakin meningkat bukannya bertambah muda, bila kita dah berusia kelak, kita tak kan tahu bila kita dapat bersua muka dan bergembira bersamanya lagi.... sob sob sob~

untuk mengetahui dia adalah benar2 sahabat kita, cuba kita ikut nasihat luqman hakim kepada anaknya dalam segi memilih sahabat.. "cuba menguji sahabat kamu dengan membuatnya marah..lihat tindak balasnya..jikalau tindak balasnya baik terhadap kamu maka jadikanlah ia sahabatmu..jika tindak balasnya tidak baik maka ada hikmah di sebaliknya mungkin dia bukan yang terbaik untuk kamu.

itu saja la entri saya kali ni..kata-kata akhir saya, hargailah sahabat anda ...
wassalam n daa
:: smile always ::

3 comments:

ja luv sa 4ever ( ema_dil ) said...

hahahah emm petua tuk kapel yang baik ada tak syahhh

ja luv sa 4ever ( ema_dil ) said...

hahahah emm petua tuk kapel yang baik ada tak syahhh

Aisyah Qaisyiah said...

amboi...lain jak tu bunyi nya tu ya...hehe kalau mau tahu, search la sm mr.google..hee

Please..Leave Your Name Here...