Monday, June 27, 2011

*10 Ciri Sahabat Yang Baik*

assalam and pa kabar korang:r::r::r:
hari ni saya nak cerita tentang ciri-ciri sahabat pula. Kawan2 ada sahabatkah hehe mesti la ada kan kan kan...ermmm ada ke orang yang tiada sahabat erk Rasanya ada la tu kan kan kan.

ok, kalau kawan2 masih tercari-cari sahabat sebenar korang, cuba teliti 10 ciri-ciri kat bawah ni, sekiranya 10 ciri-ciri ni ada pada sahabat anda, sesungguhnya kawan2 memang bertuah sebab mempunyai sahabat yang macam tu..tabik spring la..hehehe...mari kita lihat kesepuluh2 ciri2 tersebut

1) Selalu ada disaat kita memerlukannya

kita sentiasa memerlukan sahabat semasa kita susah or senang, jadi cuba teliti berapa ramai sahabat kita yang akan berada di sisi kita di kala kita sangat memerlukannya? tak ramai kan. At least, cukup la kan sekiranya mereka or kita sumbangkan bahu macam dalam lagu "Cry On My Shoulder", best lagu tu tau...


2) Selalu setia bersama tidak kira masa susah mahupun senang

hah yang ni seperti yang saya katakan di atas tu, jangan la time senang saja baru kita tercari-cari kawan kan, time susah, semuanya menghilang entah ke mana...


3) Menceriakan dikala kesedihan

time kita sedih, dia cuba cari jalan nak menceriakan kita, kadang2 dia terpaksa buat aksi-aksi yang melucukan walaupun aksi tersebut sememangnya tidak melucukan, sekurang-kurangnya dia berusaha demi sahabatnya...kan kan kan


4) Menolong dikala susah

sahabat yang dalam kesusahan mesti la di tolongkan, tak kan la nak duduk2 tengok saja dia resah macam tu..kan kan...sahabat yang baik tidak akan berfikir dua kali untuk membantu kawannya...


5) Selalu memberikan yg terbaik untuk sahabatnya

jarang rasanya dapat sahabat yang akan memberikan sesuatu yang terbaik buat sahabatnya sendiri kan...walaupun dah berusaha untuk memberikan yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya sahabat itu masih ada untuk kita di sisinya...


6) Tidak pernah mengharapkan balasan

seorang sahabat tidak akan meminta apa2 balasan daripada sahabatnya, dan tiada perhitungan budi yang wujud dalam perhubungan persahabatan tersebut...


7) Sentiasa adil dan saling memberi

seorang sahabat sentiasa adil dalam melakukan sesuatu terutama dari segi persaingan pelajaran. kata orang, ilmu yang dikongsi akan bertambah-tambah, so sebagai sahabat, kita harusla memberikan ilmu yang ada tu kepada sahabat kita supaya sama-sama boleh jadi pandai dan dapat bersaing dengan lebih sihat, tiada guna juga kalau ilmu yang banyak tapi kedekut untuk dikongsikan...

8) Selalu memberi sokongan dan semangat

sikap ini sangat baik berkhasiat untuk mengukuhkan lagi sebuah persahabatan. saling memberi sokongan dapat merapatkan lagi ikatan tersebut supaya sahabat merasai bahawa dirinya masih lagi mempunyai insan yang bergelar sahabat a.k.a bestfriend...


9) Tidak saling meninggalkan

sahabat yang sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya berseorangan yang masih dalam kegelapan(susah). Hal ini kerana semasa susah la kita sangat memerlukan sahabat. Tetapi sahabat bagaimana yang diperlukan itu? ya sahabat yang sentiasa ada bersama kita, sahabat yang sering menceriakan kita dengan kerenahnya yang mencuit hati dan sahabat yang tidak jemu2 meluangkan masa bersama kita...


10) Tidak saling khianat mengkhianati

seorang sahabat tidak akan mengkhianati sahabatnya demi kepentingannya sendiri. Misalnya, jangan la hanya gara-gara seorang lelaki, persahabatan yang telah diikat utuh menjadi renggang seperti cerita dongeng puteri santubong dan puteri sejinjang itu...

adakah sahabat anda atau anda sendiri pernah berbuat begitu terhadap sahabat anda so, hargaiemoticon15 la sahabat2 anda tu ya sebab kita tak tau bilakah agaknya kita akan kehilangan sahabat itu kerana masa semakin ke depan bukannya ke belakang, usia semakin meningkat bukannya bertambah muda, bila kita dah berusia kelak, kita tak kan tahu bila kita dapat bersua muka dan bergembira bersamanya lagi.... sob sob sob~

untuk mengetahui dia adalah benar2 sahabat kita, cuba kita ikut nasihat luqman hakim kepada anaknya dalam segi memilih sahabat.. "cuba menguji sahabat kamu dengan membuatnya marah..lihat tindak balasnya..jikalau tindak balasnya baik terhadap kamu maka jadikanlah ia sahabatmu..jika tindak balasnya tidak baik maka ada hikmah di sebaliknya mungkin dia bukan yang terbaik untuk kamu.

itu saja la entri saya kali ni..kata-kata akhir saya, hargailah sahabat anda ...
wassalam n daa
:: smile always ::

Friday, June 24, 2011

*Contest Blog Saya Comel*



Salam bloggers

emoticon31

ok, sebelum tu saya nak ucapkan trima kasih daun keladi la kat emoticon13Cik Ainaemoticon13 sebab dah tag saya tuk join contest ni...hehehe

actually, contest ni adalah emoticon22Cik Qistinaemoticon22 yang anjurkan, kalau korang nak join, join saja, mari kita sama2 emoticon08memeriahkan contestnya ni...hehehe. tapi sebelum korang join, pastikan banner yang kat bawah ni ada tau kat entri korang nanti..hehe


comel x banner tuhehehe mesti la comel kan macam tuan dia...hehe...ok hentikan puji memuji, nanti ada pula yang terbang..haha

sebelum join, kena baca dulu syarat2 nya ya...

1.Follow blog n like page Cik Qistina dulu..hehehehe


2.buat satu entry mengenai contest nie n tag kpd 4 owg..x kisah laa sapa pown

3.last sekali...tinggalkan link kowg dkt comment box bwh entry ni
tarikh last contest ni adalah 17 julai 2011 dan tarikh tu tak akan di ubah2...dan lagi satu, contest ni ada hadiah yang lumayan tau, kalau nak tau maklumat selanjutnya pasal hadiah2 tu, korang SINI ...

harap2 la kan dapat menang contest ni, hehe walaupun blog saya ni tak la secomel mana pun..hehe pengakuan jujur ni

jadi, tiba masanya saya nak tagging 4 blogger lain pula...hahaha

Cik Minchun

Cik Diana

Cik Jaluvsa

Cik EtySalbiah


ok selesaihehe...

wassalam n daaa

:: smile always dearies ::


Thursday, June 23, 2011

Banyak Duit???



Salam 1 bloggers smua!!!!


emoticon30

tiba2 :face6:pula sy nak buat cerita pasal satu topik ni iaitu menjana duit yang melalui internet. tak kira la dari laman web mana, dari facebook ka, kelabjutawan ka atau apa2 yang sama waktu dengannya la...

sejak akhir2 ni, sy banyak sangat terima tawaran2 macam tu:face31:. ada yang tawarkan supaya join dorang la pastu boleh dapat duit banyak dalam sehari. eh betul ka tu ya:face63:...bukannya sy tak nak percaya, cuma sy risau mana la tau kan first2 aja kita rasa best, ibarat dunia ni kita yang punya. then, lama2 tanpa kita sedar, ada pula kesan sampingannya, ish masalah lg tu.

ada 1 emel ni, dia asyik2 hantar emel kat sy sampaikan penuh inbox sy tau, pening kepala sy kalau buka emel sy tu tau...hanya benda tu saja yang selalu memenuhkan inbox sy...huhuhu

ya la, dorang selalu kata, tak perlu bekerja keras untuk mendapatkan duit yang banyak, duduk di rumah saja boleh menjana pendapatan yang lumayan...fuh ayat tu beb, memang sangat menyakinkan la...sampaikan sy pun macam teringin pula nak cuba tapi hati ni masih ada keraguan..hahaha....siapa la yang tak terpengaruhkan kalau gambar duit yang berlambak-lambak dorang pamer kat laman2 sosial, kalau join benda-benda begini, berpada-pada la juga kan, sedangkan doktor, cikgu, peguam, polis, makbapa kita pun bekerja keras tau untuk mendapatkan duit yang banyak untuk sara hidup diri dan keluarga dorang, yang bezanya, dorang bekerja dengan kerja kerasemoticon16


wow banyaknya duit...siapa la yang tak nak duit macam tu kan, kalau bagi kat sy pun, sy akan ambil, cumanya berhati-hati la kan dalam membuat urusan secara online sebab banyak kesan sampingannya

so, kepada siapa2 yang dah dapat duit banyak2 tu or yang masih lagi berfikir sama ada nak join atau tak, its up to you...orang sabah kata, dari kitak jak bah tu...hehe

ok, itu saja la entri sy yang serba melalut ni...hehehe
wassalam n daaaa
:: smile always dearies::

Wednesday, June 22, 2011

VIP a.k.a M-POP

salam 1 blogger smua..

agak lama sudah sy tak aktifkan diri dunia blog ni tau...
ahad yg lalu kan sy ada tonton kat Melodi TV3, ada 1 cite ni sy t'tarik pulak nak buat entri pasal gabungan artis baru n artis lama ni, korang nak tau, dorang dah b'gabung untuk mewujudkan nama kumpulan yg ala2 korea iaitu VIP...kalau korea kita kata K-POP kan, then kalau di malaysia pula mesti la kita kata M-POP,org malaysia mana boleh jd org korea, betul tak?...hehehe, korang mesti sangka dorang ni macam ikut2 grup Big Bang sebab nama fans grup tu dikenali sebagai VIP juga tau, tapi kata salah seorang member VIP M-POP ni iaitu adam af, dorang tak ikut mana2 kumpulan kat korea tu, dia kata "kalau korea, korea la, kita ni orang malaysia, jadi masih lagi mengekalkan imej tu sebagai orang malaysia". harap2 begitu la kan....tak mau la ciplak2 ni..huhu


disebabkan sy ni pun K-POP lover la katakan..haha, so sy search la lagu2 dan cara dance VIP grup ni kat youtube...ermmm komen sy la kan, sy rasa VIP ni not bad la juga, yang penting, dorang tak ciplak mana2 grup dari K-POP....kita nak yg original, baru la org lain pun boleh support....hehe


hah ni la orang2 M-POP tu, ok sy kenalkan satu2 member VIP ni, mula dari kiri nama dia adalah Fadlan, Marlon, Ryan, Adam af, dan hujung sebelah kanan tu pula Yandy....mereka ni semua anak jati sabah bah...hehe...btw sy suka la tengok mamat yg sebelah kiri tu, fadlan nama dia, dia ni rapper tuk grup ni tau, oppss sy just suka tengok dia ok tak ada maksud apa2 pun...haha
kalau korang nak dengar lagu mereka yang sekarang famous di corong2 radio, korang boleh la tengok video kat bawah ni...



amacam...ok tak???not bad la kan....harap2 dorang ni dapat la hasilkan dance dan lagu yang mantap2 kan...
so, kita sokong la keluaran industri malaysia ya....hehehe....


ok, itu saja la sy nak melalut hari ni....hehe wassalam..daaa~
:face64:::smile always dearies:::face64:

Please..Leave Your Name Here...