Thursday, May 26, 2011

~Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang~


salam dan selamat pagi blogger...
time sy tgh blogwalking pagi2 ni,sy t'jumpa pula 1 entry yg sgt menarik dan mmg kena la dgn diri sy yg b'gelar perempuan. entry yg sy nak share nanti ni sy dpt dri mr.Sentuhan Maya.


so,kepada lelaki2  yg mmg rasa dirinya lelaki tu (hehehe kepada yg blur dirinya tu lelaki, baik x pyh bca la entry ni...haha) ketahui la apa yg t'sirat d hati pmpuan atau bidadari pujaan ati mu.

ada 7 perkara yg lelaki perlu tau apa yg ada dlm ati pmpuan slama ni :

1) kadang dia sering menyembunyikan 1 rasa yg sakit pada seseorang sehinggakan menitis air matanya namun kita tidak melihatnya...kerana menangis dia dalam senyap...menangis dia dalam hatinya...deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan bagi menyembunyikan kesedihannya disebalik senyuman yang terukir...

2) dan kadang bila kita mampu melihat  air matanya yang mengalir...sungguh di kala itu amat perit derita yang ditanggungnya...dan seolah telah hilang 1 kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu...dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia akan melakukan perkara di luar kawal...bimbinglah dia...tenangkanlah hatinya...

3) di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji tak kan melukai lagi perasaannya...dia akan menerima kata-kata mu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara...dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya...lantas dia akan mengenggam erat tanganmu...di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayat...

4) dan kadang dia jarang menyatakan kata rindunya...janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu...sengaja dia memberi ruang untuk menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga  bunga jika seseorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukannya...apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya...apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu...

5) apabila dia berkata lelaki itu lebih baik daripada kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu...dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya...walaupun memang sebenarnya  kamulah yang terbaik di hatinya...selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap  masih ramai lagi yang lebih baik di matanya, tetapi di hatinya, kmau tetap yang terbaik...kerana kamulah dunianya selamanya...

6) kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya...percayalah hati perempuan itu lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...kata orang keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya...

7) dan apabila dia berkata, "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda  pergi selamanya...dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja....apabila dia kembali tenang, perayalah dia akan mencari anda semula...itu tandanya dia benar-benar menyintai anda...perempuan sukar untuk mengawal perasaan...dia terlalu emosional...tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan diri kamu....

ketahuilah lelaki, sesungguhnya hati wanita itu sangat sensitif dan lembut hatinya bagaikan gula-gula kapas yang mudah cair....jika sekali perempuan itu jatuh hati pada pujaan hatinya, amat susah untuk dia melupakannya  dan memerlukan masa yang agak lama mgkn berbulan, bertahun dan sampai bila-bila, kita tidak tahu...

itu saja entry sy tuk pagi ni....bye dan assalamualaikum~

2 comments:

wildorchid said...

oooo...br tau :)

Aisyah Qaisyiah said...

ehehe yg penting skrg dah tau kan...

Please..Leave Your Name Here...